perjalananjauh

June 10, 2009

PEMBINA Menyerlah

Filed under: Mukhayyam — perjalananjauh @ 10:26 pm

jambori1

Kuala Pilah, 6 JUN- Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) sekali lagi berjaya menghantar kira-kira 20 orang sukarelawan dan ahlinya bagi menjayakan program JAMBORI Remaja Muslim Nasional 2009 yang diadakan di Ulu Bendul ,Kuala Pilah anjuran Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA). Sukarelawan terlibat telah dikerahkan untuk membantu daripada segi pelaksanaan seperti fasilitator dan juga urusetia program.

Jambori yang berlangsung bermula hari sabtu itu disertai oleh hampir 300 orang remaja yang datang daripada seluruh negara. Sukarelawan PEMBINA memainkan peranan yang penting di dalam pelaksanaan program ini kerana terpaksa berhadapan dengan remaja daripada pelbagai latar belakang dan berlainan negeri.

Walaubagaimanapun, Sukarelawan PEMBINA dapat menghadapi situasi yang pelbagai itu dengan penuh kesabaran dan sifat kematangan yang cemerlang. Jambori ini telah berjaya menghimpunkan  sukarelawan PEMBINA daripada beberapa buah negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Kelantan.

jambori3

Ramai remaja yang begitu seronok dan teruja ketika bersama selama empat hari dengan fasilitator PEMBINA, dan jambori2kesedihan untuk berpisah jelas terpampang pada air muka peserta ketika sesi penutupan berlangsung. Salah seorang fasilitator, Amiruddin Husain , 21, mengulas bahawa dia berasa amat senang dengan adik-adik yang begitu besemangat menyertai Jambori kali ini dan dapat berkenalan dengan adik-adik serta ahli sukarelawan PEMBINA daripada negeri yang lain.

Mejar Nazri Musman, 38, Pengarah Program Jambori pula mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada PEMBINA kerana sanggup menghantar barisan sukarelawan yang begitu komited dalam melaksanakan tugas yan diberikan.Ucapan terima kasih itu seringkali diulang-ulang oleh beliau, menunjukkan PEMBINA begitu berjaya mejalankan amanah ini. Kepada sukarelawan dan ahli PEMBINA yang terlibat diucapkan terima kasih. Moga usaha yang sedikit ini akan dikira sebagai satu amalan yang besar oleh Allah Taala. Kepada sesiapa yang berminat menjadi sukarelawan bolehlah menghubungi wakil kawasan dan merasai sendiri keseronokkan bersama PEMBINA.

Tahniah PEMBINA, tahniah semua.

MEMBINA GENERASI BELIA

July 30, 2008

Meraih Ukhuwah, Menuntut Amal, Melakar Sejarah

Filed under: Mukhayyam — perjalananjauh @ 8:10 am



From :Akh-Husain.blogspot.com

Meraih ukhuwwah, menuntut amal, melakar sejarah

Mekah, Madinah, UK, Jepun, US, Mesir, dan Malaysia bersatu, Engineer, Akauntan, Officer, Ustaz, Doktor, dan Student bertemu lagi, meraih ukhuwwah yang jauh dan dekat, menuntut amal yang bersungguh-sungguh dan istiqamah, melakar sejarah baru dan berkekalan, di dalam Mukhayyam Pembina Nasional 2008. (more…)

Create a free website or blog at WordPress.com.