perjalananjauh

January 18, 2009

Tentang Kami

Filed under: Pengumuman — perjalananjauh @ 11:46 pm

Afizhi Bin Atan

Bachelor of Agriculture( Animal Science) UPM, Negeri Sembilan Maticulation Coolege, SMKA Pedas.

Ahli Persatuan Belia Islam Nasional( PEMBINA)

Sukarelawan Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA)

Sukarelawan Aman Palestin Berhad

Jawatankuasa ALUMNI EX-BADAR SMKA Pedas

Abdul Hakim B. Adzman

Bachelor of Mechanical Eng (Ba.Hons) UniTEN, SMKA Pedas

Ahli Persatuan Belia Islam Nasional( PEMBINA)

Sukarelawan Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA)

Sukarelawan Aman Palestin Berhad

Ahli Kelab Sahabat Al-Quran (SAQ) dan Sahabat Al-Farabi

Advertisements

December 1, 2008

Kem Lepasan SPM

Filed under: Pengumuman — perjalananjauh @ 11:43 pm

Anda ber minat?

Langkah mudah mendaftar…

Paling mudah – Berjumpa langsung dengan orang yang mempromosikan program ini kepada anda.

Atau – terus hubungi nama-nama ini bila-bila masa (janganlah waktu tidur…)

FAIRUL – 013 6616676

ATIKAH – 013 6039811

Seterusnya – Isi borang yang diberi kepada anda (jika dapat). Tak dapat? Download saja di link dalam blog ini. Printkan dan bawa sewaktu program nanti/serah kepada orang yang sepatutnya.

Oh ye – Untuk jaminan dan kemudahan kita bersama,elok kalau anda dapat bayar RM30 sebagai deposit. Baki boleh dibayar semasa program. Urusan bayaran boleh terus dilanjutkan kepada bendahari :

SALAHUDDIN – 019 2087187

Dan jangan lupa – Tanda boleh terus melayari blog ; http://kemlepasanspm.blogspot.com/ untuk perkembangan lanjut.

Mudahkan ?

Semoga Allah datangkan kebaikan buat kita semua. InsyaAllah.

October 31, 2008

Program Kembara Ke Pantai Timur

Filed under: Pengumuman — perjalananjauh @ 9:12 am

kepada mana-mana pelajar muslim lelaki, UNITEN yang berminat untuk mengisi masa lapang sempena cuti sem yang bakal tiba, dialu-alukan untuk menyertai program di atas. (more…)

October 20, 2008

Cadangan-cadangan

Filed under: Pengumuman — perjalananjauh @ 4:59 pm

Salam,

Kami ingin meminta sedikit pendapat anda. Terutama bagi penggemar ana muslim. Kami dapati terlalu ramai yang menggunakan nama dan trade mark ana muslim, jadi timbul sedikit kerisauan dihati, takut-takut berlaku kekeliruan. Malah ada juga yang bertanya, dimana kami mendapat cerita ana muslim ini, ” Copy paste dari mana?” tanya mereka.

Ingin kami tegaskan, ana muslim adalah coretan daripada hati kami sendiri, tercipta hasil kajian, pengalaman dan perbincangan. Bukan diciplak.

Oleh itu, bagi mengurangkan kekeliruan dan menghapuskan budaya cetak dan rompak, kami mengalu-alukan cadanga saudara-saudari sekalian untuk mencadangkan tajuk yang sesuai bagi cerpen bersiri ana muslim ini.

Sekian,

Admin https://perjalananjauh.wordpress.com/

August 9, 2008

Perkhemahan Belia DHL

Filed under: Pengumuman — perjalananjauh @ 11:32 am

Assalamuailaikum

Satu perkhemahan akan dianjurkan oleh PEMBINA daerah Hulu Langat di Nur Lembah Pangsun. Banyak aktiviti menarik akan dimasukkan sepanjang program.

Aktiviti –aktiviti hanya sesuai pada mereka yang:

  1. Sukakan cabaran.
  2. Seorang lelaki tulen yang berani dicabar
  3. Tahan lasak dan sanggup menghadapi risiko.
  4. Aktif tidak pasif atau suka berdiam diri.
  5. Sukakan kerja berpasukan, bukan sorang-sorang.
  6. Berani menyahut seruan Allah.
  7. Boleh berqiyamullail dalam keadaan penat( Layak untuk yang ingin berlatih)

Bagi sesiapa yang berminat terutama belia Hulu Langat, boleh hubungi kami.

Kami mencabar belia berani seperti anda.

April 24, 2008

MINGGU PENGHAYATAN ISLAM 2008

Filed under: Pengumuman — perjalananjauh @ 10:39 pm

Pengenalan

InsyaAllah pada 25/4/2008-27/4/2008 (Jumaat-Sabtu), satu program akan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas. Kebiasaannya program ini dikenali sebagai ‘Minggu Penghayatan Islam’ tetapi pada tahun ini pihak penganjur telah mencadangkan satu nama yang baru bagi menampakkan sedikit kelainan iaitu ‘Kursus Insan Rabbani’.

Program ini merupakan antara program wajib pihak BADAR SMKA Pedas pada setiap tahun. Kebiasaanya program ini adalah hasil kerjasama antara pihak BADAR dan Alumni SMKA Pedas. Fokus pesertanya pula adalah pelajar-pelajar Tingakatan 1 yang baru mendaftar pada setiap tahun.

Tema yang dipilih untuk tahun ini ialah ‘Akhlak Mulia, Islam Dicinta’. Bersesuaian dengan tema tersebut, antara objektif yang ingin dicapai dalam program ini ialah:

  1. Memotivasikan peserta dengan sumber motivasi yang agung, Al-Quran dan Assunnah.
  2. Menjana akhlak Islamiah dan nilai-nilai kepimpinan dalam diri peserta.
  3. Membentuk kumpulan peserta yang berukhuwwah Islamiah, saling bantu-membantu sesama rakan dan saling tegur-menegur dalam kesilapan.

Pada tahun ini, pihak Alumni yang terlibat kebanyakannya daripada pelajar-pelajar ‘batch’ SPM 2007 dan sebahagiannya daripada ‘batch’ SPM 2005 & 2006. Program akan bermula pada jam 3 petang hari Jumaat dan berakhir pada jam 12 tengahari hari Ahad.

Harapan

Harapan kami agar program ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai beberapa objektif yang telah digariskan. Semoga usaha kami yang sedikit ini dapat menjadi saham yang akan membantu kehidupan di akhirat kelak. Ameen. Wallahu’alam.

Create a free website or blog at WordPress.com.