perjalananjauh

August 25, 2008

Ramadhan Kareem!!

Filed under: Al-kisah — perjalananjauh @ 5:48 pm

” Riuh rendah je, ada program apa tu? ” Soalan daripada Wahab kepada Hasbudie sebaik sahaja tiba di cafeteria Kolej Serumpun, UPM.

” Alah, kan dah hampir merdeka. Tengah sambut merdeka la tu. Malam Di ambang kemerdekaan” Hasbudie menjawab.

Wahab yang tinggal di luar kolej, seakan terpegun.

” Betul ke? Kenapa ada menyangi-nyanyi, band pelbagai? Merdeka bila?” Wahab bertanya.

” Apa la bengap sangat, slow lah kau ni. Merdeka Ahad ni, 31 Ogos 2008. Mestilah band. Barulah gempak, teriakan kemerdekaan.” Hasbudie menjawab,sedikit menjerit semangat, tangan yang digenggam diangkat.

” Lampi betul. Lambat pick up.” Hasbudie mengejek.

” Oh ye ke. Erm hari lepas tu hari apa?” Wahab bertanya Hasbudie.

” Subhanallah, apalah slow sangat kau ni. Lepas tu hari isnin la. Kita kuliah pukul 10 pagi. Jangan lupa pulak.” Hasbudie mengejek lagi.

” Maknanya kau la yang lampi. Isnin tu kan 1 Ramadhan. Puasa.” Wahab menjawab selamba. Mata ditenung kepada Hasbudie.

” Eh, haah la. Puasa. Macamane aku boleh lupa?” Hasbudie bersuara.

” Mana tak lupa, asik menjerit-jerit, teriakan kemerdekaan la konon. Bersiap sedia sangat nak sambut merdeka, rancang nak berpesta je kerjanya, nak keluar malam merdeka,nak konvoi ramai-ramai. Bawak couple pergi sambut merdeka. Tu je yang diingat eh, mana tak lupa.” Wahab menghamburkan kata-kata pedih, Hasbudie tertunduk malu.

Realiti, realiti, realiti.

Semua belia yang kami tanya, lebih banyak mengingati Merdeka berbanding Ramdhan. Lebih suka menyambut merdeka berpesta, melupakan pesta Ramadhan. Oleh itu, kami mengingatkan.

Allah seringkali menyuruh kita melakukan kebaikan. Menyuruh kita melakukan solat, membayar zakat, menutup aurat, menjaga peribadi, menjaga tingkah laku. Asik menyuruh. Namun..

” Asik suruh je, banyak sangat kene buat. Malaslah, nanti dah tua taubatlah.” Suara yang sering kedengaran.

Kini, Allah tidak menyuruh. Dalam rukun Islam, inilah satu-satunya larangan Allah.

“Berpuasalah sepertimana umat sebelum kamu berpuasa” Maknanya..Allah larang kita.’Jangan makan, jangan minum jangan tengok bukan-bukan’

Kalau ada yang nak bantah jugak, patut dicampak je orang-orang begini ke bumi lain. Halau terus, pergi cari bumi lain, bumi yang tiada undang-undang.

Ramadhan

Firman Allah;

Bulan Ramadhan didalamnya diturunkan Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan bagi petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan batil) : Al Baqarah: 85

Bulan Ramadhan diturunkan Al Quran, amat berbeza sekali dengan bulan lain, bulan yang mana syaitan-syaitan dibelengu daripada mengacau manusia.

Di siang hari umat Islam di seluruh pelosok dunia berpuasa menahan lapar dan dahaga, menjaga akhlak dan anggota, disamping tugas harian yang lain teus berjalan seperti biasa. Malamnya, mereka berbuka bersama keluarga,jiran tetangga atau sahabat.


Apa lagi yang boleh belia lakukan?

Bersedakahlah wahai belia. Bersedekahlah kepada orang miskin, anak yatim dan bayarlah zakat fitrah. Duit banyak pun tiada guna, tidak dibawa ke kubur pun. Nak bayar rasuah pada malaikat pun, diorang tak nak.

Solat terawih beramai-ramai adalah idea terbaik, berbanding melepak tengok TV, main game, atau menjerit-jerit tengok bola. Lepas terawih, terus tidur, berqiamullail dan mengulangkaji pelajaran. Kan lebih molek?

Kejarlah malam lailatulqadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Bukannya kejar primier league.Bulan Ramadhan je tawaran ini dibuka, bulan-bulan lain tak diterima. Tawaran terhad bagi belia yang ikhlas sahaja. Hadiah boleh diambil diakhirat kelak. Tak cukup hebat lagikah itu?

Beriktikaf dimasjid terutama di malam 10 terakhir Ramadhan. Itu akan membuatkan kita lebih hampir pada Allah. Cukup-cukuplah nak menipu, bulan-bulan lain katanya sibuk study, tapi tengok asik dok main terup je. So, inilah masanya belia nak menghadap Allah, jangan asik leka sangat.

Yang terakhir, bulan Ramadhan bukannya bulan pergi bazaar petang-petang dengan kekasih. Hentikan. Jangan asik tidur, hentikan. Jangan asik malas-malas,hentikan. Bulan Ramadhan inilah patutya belia study hard and smart. Kalau rasa penat study, bertadarus Al Quran adalah jalan terbaik. Baik daripada mengumpat, mencela, dan menghina.

Firman Allah

Jika kamu berbuat baik bererti kamu kamu berbuat baik kepada diri kamu sendiri. Dan jika kamu berbuat jahat maka itu untuk diri kamu sendiri. Al Isra’ : 6

Jadi, mana yang patut kita pilih?

Merdeka atau Ramadhan?

Pilihlah sendiri..

9 Comments »

  1. […] 08 2008 sila click link di bawah. cerita yang sangat menarik menanti anda. rugi kalau tak baca https://perjalananjauh.wordpress.com/2008/08/25/175/ “ya Allah, sampaikanlah kami kepada bulan […]

    Pingback by Menjelangnya Bulan Ramadhan « ERTI KEHIDUPAN — August 26, 2008 @ 11:25 am | Reply

  2. ahlan ya ramadhan…moga diri lebih dekat denganNYA dan moga ramadhan ini lebih baik deri sebelumnya

    Comment by nurh — August 27, 2008 @ 3:31 pm | Reply

  3. Alhamdulillah, ramadhan menjelang lagi. Ramadhan yang sama natijah yg berbeza….

    Comment by Umar Abdul Rashid — August 27, 2008 @ 3:51 pm | Reply

  4. Assalammualaikum….x sedar rupanya,rupa2nya Allah beri kita lagi nikmat setahun merdeka…
    Ya Allah…
    berilah kami hidayah petunjukMu…
    jangan Engkau hukum kami…
    ssngguhnya ia amat pedih…
    apatah lagi azabMu di sana nanti…
    Ramadhan…
    datangmu menyenangkan jiwaku..
    namun,
    ia tetap mengundang sayuku…
    kerna Rejab & Sya’ban telah meninggalkanku…
    bermakna engkau jua bakal meninggalkanku…
    Ya Allah,
    jadikanlah Ramadhan ini sentiasa bersamaku…
    setiap saat…
    setiap detik…
    agar Engkau meredhaiku…

    Comment by PeNciNtA_iLLaHi — August 28, 2008 @ 8:35 pm | Reply

  5. aku amat merindui RAmadhan pada kali ini,,
    ya ALLAH dengan berkat Ramadhan ini aku memohon semoga aku dapat mentarbiyyah diriku semula,,

    Comment by fariz — August 30, 2008 @ 6:52 pm | Reply

  6. ramai yang lupa erti kemerdekaan sebenar.

    adakah merdeka harus disambut dengan konsert dsb?
    adakah merdeka harus disambut dengan membuat konvoi motor beramai-ramai yang menimbulkan ketidakteraman komuniti?
    adakah merdeka harus disambut dengan membuat larian merdeka dsb?

    apa erti kemerdekaan sebenar?*fikir*

    alhamdulillah kita masih bebas dan merdeka.

    Ramadhan bakal tiba esok, sama2 kita rebut peluang ini. mungkin tiada lagi ramadhan untuk kita selepas ini, siapa tahu?

    Comment by izzat — August 31, 2008 @ 10:52 am | Reply

  7. manusia tak akan sedar selagi blom ada sesuatu musiabah yg menimpa dr mereka…dh terhantuk br nk terngadah…lumrah bg smua manusia….

    Comment by spydiey — August 31, 2008 @ 3:07 pm | Reply

  8. “barangsiapa yg berasa gembira dgn kedatangan Ramadhan, Allah akan mengharamkan jasadnya daripada api neraka” (maksud hadis)

    adakah kita termasuk dalam golongan yg gembira ataupun sebaliknya??
    rakan2 sekalian,
    manfaatkanlah setiap inci waktu yg ada di dalam bulan yg mulia ini..
    perbanyakkan baca Quran, Qiamullail, solat2 sunat dan membantu meringankan beban saudara2 kita yg memerlukan…
    semoga kita akan keluar daripada ‘madrasah’ ramadhan ni dengan mendapat sijil mumtaz(CGPA:4.0) dan bukannya sijil raasib(CGPA<2.0)..
    RAMADHAN KAREEM!!
    wallahu’alam..

    Comment by perjalananjauh — September 1, 2008 @ 12:00 am | Reply

  9. same2 la kte meng-ihya’ kn ramadhan…

    Comment by Vy — September 3, 2008 @ 12:58 pm | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

Create a free website or blog at WordPress.com.