perjalananjauh

May 11, 2010

Polis Berjasa

Filed under: Al-kisah,Uncategorized — perjalananjauh @ 6:58 pm

Koperal Jenain Subi mengaku tidak bersalah atas kesalahan menyebabkan kematian remaja, Allahyarham Aminulrasyid Amzah dua minggu lalu. Beliau yang telah berkhimat dengan Polis Diraja Malaysia sejak 1985 sebelum ini berkhidmat sebagai Polis Mahkamah sebelum bekerja sebagai Unit Peronda Polis. Akhir kepada karier beliau, tuduhan membunuh di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman maksimum penjara 30 tahun.

Sayu hati melihat seorang anggota polis dikenakan pertuduhan selepas sekian lama menjadi manusia yang mengamalkan perundangan. Sayu juga mengenangkan nasib pihak Polis Diraja Malaysia yang sudah mula ditohmah dan dicari-cari pula kesalahannya. Sayu rasa bila isu tembak –menembak mula dijadikan modal pembangkang untuk mempengaruhi orang awam. Dan sayu bila isu lama dibangkitkan untuk menunjukkan seolah-olah bukti pihak polis memang kejam, sebagai contoh isu memali ,demonstrasi 1998 dan lain-lain.

Masing –masing menulis mengikut pendapat masing-masing. Mengikut pengalaman masing- masing. Dan jarang pula pihak polis mencurahkan perasaaan, pendapat atau keluhan mereka di dalam blog ( kerana tidak dibenarkan).

Pandangan peribadi ini saya ukirkan, bagi mengenangkan jasa dan bakti pihak polis. Mungkin kerana saya pernah dibesarkan dalam keluarga polis, dan sehingga kini saya terasa betapa saya adalah anak polis. Dan secara peribadi, saya tidak pun rasa Koperal Jenain Subi bersalah, dan berdoa moga dia dibebaskan dan boleh meneruskan kehidupan membesarkan anak-anaknya. Amin.

Saya dibesarkan dalam keluarga polis, mengenal apa itu tugas kepolisan. Mengikut apa itu disiplin polis dan sentiasa dididik berdisiplin dan bersemangat. Saya juga tahu apa itu kepenatan, keletihan dan kejerihan menjadi anggota polis.

Saya pernah dengar Isu Memali dari dua belah pihak. Pihak polis yang menghadapi sendiri kejadian memali dan seorang awam yang mendengar daripada mulut orang lain, mengkaji dan berfikir. Bagi saya kedua-duanya betul berdasarkan pandangan masing-masing dan tugas masing-masing. Ayahanda saya adalah salah seorang ( Unit FRU) yang pergi manghadapi Isu Memali ( 2nd group). Betapa beliau balik dengan jiwa yang pilu apabila sahabatnya dipanah ketika kejadian tersebut (meninggal).

Ketika itu, isu kafir –mengkafir begitu kuat antara UMNO dan PAS. Mereka disambut dengan panah dan parang di Memali. Dari pihak orang awam, memali adalah isu keganasan Polis dan Kerajaan Malaysia. Isu tembak sesuka hati. Maka apabila seorang remaja tanpa lesen memecut laju tanpa menghiraukan amaran polis ditembak, isu ini disamakan dengan isu Memali. Isu polis itu ganas, polis tidak tahu peraturan penggunaan senjata. Ada yang berkata ‘ apa nak heran, dulu kat memali dah buat dah’.

Bagi saya, betapa Polis punya jasa yang banyak. Betapa jasa mereka tidak terkira, betapa khidmat mereka tidak terkata. Bayangkan tatkala manusia pulang berhari raya, mereka tercegat ditengah panas menjaga laluan. Agar perjalanan kita aman. Betapa panas pun mentari, teriknya hari tidak dihiraukan. Tapi alangkah sedihnya, teguran mereka dibalas dengan kecaman. Lalu geram, terus mereka keluarkan saman. Kekanda saya juga seorang polis. Pernah dia mengadu. ” aku kerja tengah panas buat roadblock, tahan sebuah kereta dan setelah diperiksa road tax takde, aku tengok tayar dia kurang angin. Aku tegur secara baik, ikhlas nak beritahu. Tapi aku pulak dimaki. Daripada rasa kesian terus jadi benci. Terus aku saman. Apalah salahnya dengar je cakap, cakap je baiklah encik, terima kasih. Aku dah la kerja dari pagi, lama, berpanas lak tu. Cakap baik-baik takde lah aku saman’ Itulah yang selalunya kita buat pun. Kita takut Nampak polis, bukan sebab apa, sebab kita takut polis saman, maka kita benci polis.

Kita jarang nak puji kerja polis. Jarang nak tengok kerja polis. Tapi mudah je kita cari kesalahan polis. Kita tengok dan kita cop. Polis itu rasuah. Polis itu anjing kerajaan. Polis itu gila. Kata kita memaki-maki. Kalau polis lambat bekerja, polis tak buat kerja. Jika polis cekap bekerja, kata pula alah nasib je. Kalau polis tertembak orang tidak berlesen yang mahu melanggarnya, kita cakap hah kan dah cakap polis tu ganas. Kesian polis.Jika mahu diceritakan jasa, takkan ada yang mampu buat sepertimana polis dan tentera buat. Takkan ada.

Sedikit tentang jasa ayahanda saya. Ayahanda pernah bertugas di Balai Polis Rompin, Negeri Sembilan. Tika itu menaiki basikal. Menjaga dan mengawal orang asli, berpuluh kilometer kedalam hutan daripada diganggu komunis. Tidak dapat ditunggang, diangkatnya basikal. Tugasan tetap dilaksanakan; menjaga kawasan setempat dan orang asli.

Kemudian, menjadi anggota FRU (Federal Reserve Unit) , unit berkuda. Tugasannya mejaga kuda-kuda polis diakhiri dengan kecelakaan. Ayahanda jatuh ditimpa kuda yang baru sampai dari luar Negara. Kecedaraannya parah, sebelah kakinya terpaksa dimasukkan besi. Namun, ayahanda tetap meneruskan khidmatnya. Khidmat kepolisan yang berdarah daging dalam dirinya.

Dulu, pernah ayahanda saya bertugas memerangi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Sudah pasti ada yang bersenjata dan menyerang polis . Dan sudah semestinya ada yang terbunuh. Betapa jerihnya polis menghadapi hari-hari yang sukar dalam menghadapi PATI yang ganas. Dalam satu insiden, PATI melarikan diri dan melepaskan dua das tembakan. Atas jiwa kepahlawanan polis, mereka terus sahaja mengejar tanpa menghiraukan nyawa, apa yang difikirkan adalah Negara dan rakyat yang mungkin diancam. Mereka berhenti mengejar hanya tika ayahanda saya mengarahkan mereka supaya tidak mengejar , memikirkan nyawa anggota bawahannya. Al-fatihah buat Insp. Azhar atas pemergian beliau sebagai pahlawan menjaga Negara.

Pernah juga abang saya diserang orang mabuk, hanya kerana beliau polis menjaga keamanan. Dia diserang menggunakan parang . Namun ketangkasannya sebagai anggota polis menyelamatkan beliau. Betapa dia seorang menjaga kampong, seorang diri menjaga keamanan. Tidakkah kita bersimpati? Pernahkah kita membantu?

Bagi saya, polis itu punya banyak jasa bakti. Jika rasuah mejadi ukuran, bukan semua mengambil rasuah. Polis juga manusia biasa, tida lari dari kesilapan. Jika ditanya pada saya apakah Koperal Jenain Subi salah. Jawapannya, langsung tidak. Mana ada manusia mahu membunuh sesuka hati. Melainkan dengan sebab. Jangan diungkit kesalahan polis, melainkan kita tahu dan mengerti kerja polis.

-Afizhi Atan-

Ayahanda di atas ialah;

Allahyarham Koperal Atan Bin Hamid (65563)

Polis balai (1978- 1981)

Unit berkuda, FRU ( 1981-1990)

Jurulatih Perundangan (1990-1995)

Polis Balai (1995-1999)

Kenangan juga kepada;

Afifhi Bin Atan

Polis Balai Kg Pimpi, Membakut ( 2006 –present)

Kenangan juga;

Afian Bin Atan

Perantis Tentera Darat (2008-2009)

Kor Jurutera Letrik Dan Jentera, ATM

3 Comments »

  1. If only more than 31 people could hear about this!

    Comment by Alberto Tompkins — May 28, 2010 @ 10:52 pm | Reply

  2. fizi! aku baru baca entri pasal polis ni. somehow entri ni dapat ‘mengetuk kepala’ aku supaya jangan selalu bersangka buruk dgn polis! teehee. salaam ‘alaik! ^^

    dan al-fatihah untuk ayah yang kau cintai.🙂

    Comment by SyuhadaAdros — July 13, 2011 @ 12:46 pm | Reply

  3. aq harap sume orang yang benci sangat dengan polis tu bace la artikel ni… kalo korang x tau ape yang polis buat jangan suke2 nak maki-hamun polis

    Comment by aq anak malaysia — September 9, 2011 @ 12:11 am | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: