perjalananjauh

February 24, 2010

Catatan:Mengejar Impian

Filed under: Uncategorized — perjalananjauh @ 8:41 am

Catatan:

Berfikir beberapa hari ini tentang pendidikan di Mesir bersama ahli keluarga. Persoalan yang terngiang-ngiang di kepala sejak sekian lama. Kepingin sekian lama, tapi tiada jodoh lagi ke sana atas beberapa perkara. Sekarang rakan berkata ” peluang sudah di depan mata(boleh mendaftar mengambil STAM), jadi tunggu apa?”

Persoalan:

Setelah mengambil masa 4 tahun belajar di Malaysia, tak mungkinlah ilmu ini ditinggalkan sahaja. Sekurang-kurangnnya mahu bekerja, berpendapatan dan berkeluarga. Mahu juga berkereta. Mahu punya kehidupan dunia. Penat lelah mahu terbela. Ibu perlu dijaga. Apa guna ke sana (Mesir), sedang di sini pun boleh berjaya? Karut dan hanya cereka.

Ingatan:

Menuntut ilmu biarlah sehingga ke negeri China. Tatkala muda biarlah berjauhan, tak mungkin larat nanti tua. Ilmu Allah tak akan dapat menunggu sahaja, pergilah belajar dan mengembara.

Keburukan:

Belajar di Mesir punya keburukan? Membuang masa, menghabiskan duit, membuatkan ibu kecewa, malahan keluarga yang menanti penuh harapan, pasti akan terasa juga. Apa faedahnya meninggalkan ilmu yang dipelajari selama ini di Malaysia?

Pemikiran:

Hati ini mahu namun, takut untuk memberitahu ibu. Hati ini kepingin tapi risau mengecewakan keluarga.

Keistimewaan:

Belajar di Mesir, punya Al-Azhar. Ilmunya mantap. Ilmu di dunia tidak sama, tak rugi mana pun ilmu di Malaysia, malah nanti boleh diguna juga. Masa hadapan masih lama(insyaALLAH), tidak sekarang akan datang pasti guna. Tidak akan rugi menambah ilmu didada.

Tapi masih takut untuk bertanya orang tua sehinggalah…

Jawapan:

Along:Nanti kau ambil bidang Usuluddin lah, feqah Along dah ada”

Alhamdulillah.

Ibu: Hah nak sambung belajar Mesir? Alhamdulillah mak sokong sangat-sangat. Nanti mak tolong. Teruskan’

Alhamdulillah

Penutup:

Alhamdulillah hilang sudah ketakutan dan persoalan. Yang tingga hanya diri menegejar matlamat. Moga kuat dan tsabat.

Pesanan:

Hanya sebuah coretan di pagi hari untuk dilihat pada masa akan datang. Dalam cerita mengejar cahaya, untuk menuju tuhan yang Esa.

-Afizhi atan-

3 Comments »

  1. ana datang untuk menyokong nta. kalau ana sudah tidak tebal harapan ke sana, nta yang masih terbuka, sahutlah. jadilah profesional ustaz yang ditunggu-tunggu oleh isma. jadilah tokoh masyarakat malaysia. harumkanlah keluarga. al azhar punya keekslusifan tersendiri. itulah puncak dunia (ilmu). berbincanglah dengan baik lagi ‘halus’ dengan keluarga. kata orang, jurang, sekali dilangkah (ie masalah nak bagitau keluarga / kecewakan keluarga), ia tiada lagi. yang penting, kuatkan tekad, dan harung / rempuh. sekali berjaya, tiada halangan lagi. bercakaplah dari lubuk hati kepada keluarga. sampaikanlah niat yang ikhlas dan keinginan membuak-buak dan kerinduan yang sangat pada bumi Ambiyak, bumi Islam, madrasah al ulum terprestij Islam. berjanjilah untuk mengharumkan nama keluarga dengan dua darjat (sijil profesional dan sijil islam), berapa orangkah dalam malaysia yang punya darjah sehebat ini? pandanglah depan, sonsonglah cita-cita saudaraku! Aku tumpang gembira untukmu!

    Comment by ayuhkitamaju — February 27, 2010 @ 1:49 pm | Reply

  2. Semoga ALLAH mudahkan urusan. Ada rezqi kita jumpa kat sana =) …Doakan ana juga

    Comment by imranfadhil — March 2, 2010 @ 9:24 am | Reply

  3. Jalan terus ya akhee…

    Break…

    Jom KASBEM!!

    A.K
    h

    Comment by A.K — March 10, 2010 @ 5:36 pm | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: