perjalananjauh

November 17, 2009

Praktikal Dakwah Dalam Jiwa Ejen Takaful

Filed under: Uncategorized — perjalananjauh @ 10:19 pm

Salamalaik untuk semua, moga Allah merahmati kalian.

Hari ini adalah hari kedua saya menyertai Agent on Boarding Training bersama eTiQa Takaful Maybank di bangunan eTiQa Jalan Pinang.

Seronok dan amat menyeronokkan.

Saya menyertai Takaful sebagai ejen sejak 3 bulan yang lalu. Tujuannya? Biarlah saya seorang sahaja yang tahu.

Saya melihat eTiQa adalah sebuah syarikat yang amat kukuh dengan penembusan pasaran dunia mencecah sehingga 83% di bidang Insurance dan Takaful, sehinggakan berjaya meletakkan dirinya cemerlang di tempat pertama perkhidmatan.

Pada mulanya kami diberi latihan untuk memikirkan mengapa Maybank beriya-iya mengambil Takaful Nasional sebagai penggabung bersama mereka sehingga tertubuhnya eTiQa. Sedangkan umum sedia maklum, Maybank adalah syarikat perbankan yang besar.

Jawapnnya ialah kerana ejennya.

Untuk melebarkan sayapnya ke dalam produk perbankan syariah islam, Maybank memerlukan ejen-ejen yang mampu bergerak bagi memasarkan produk yang ditawarkan.

Bagi memastikan Maybank menjadi Financial Hypermarket, mereka memerlukan sebuah syarikat yang kukuh dan kuat bagi menembusi pasaran luas. Maka, kekuatan pada Takaful Nasional yang memilki ejen terlatih, dan kedudukan kukuh di bawah naungan PNB(permodalan Nasional Berhad) dipilih.

Pada mulanya, saya tidak faham. Apakah kekuatan yang ada pada ejen? Apa yang hebat sangat mereka berkerja?

Tapi bila dilihat dengan kadar peningkatan pemegang polisi takaful yang semakin meningkat, saya mula ingin mengetahui apakah kekuatan mereka.

  1. Ejen takaful diajar bahawa perjuangan mereka adalah sebagai pendakwah ekonomi. Mereka dididik bahawa jika mereka tidak mengubah masyarakat daripada maksiat(memiliki insurance konvensional) kepada Islam(polisi takaful), itu adalah salah mereka, dosa mereka.
  2. Ejen takaful diasuh bahawa mereka perlu membantu dan menyayangi client (peserta). Merekalah yang akan membantu orang ketika susah. Jika seorang doctor mengambil wang daripada pesakit ketika sakit, jika seorang peguam mengambil wang daripada client ketika bercerai, tapi tidak pada ejen takaful. Mereka memberi wang tatkala berlaku bencana.
  3. Mereka diajar bahawa Islam itu bersaudara. Jadi selagi mana ada umat Islam, selagi itu takaful perlu diterangkan.
  4. Mereka diajar melembutkan lidah. Setiap orang yang mereka kenal , maka diajak bersama untuk berbincang. Tidak menjadi masalah jika berlaku sebarang perselisihan pendapat. Mereka hanya menyampaikan, mereka tidak rugi apa-apa. Modal mereka hanya 2L ( Lidah dan ludah).
  5. Mereka diajar untuk mengumpul data bakal pelanggan. Setiap mereka perlu mempunyai sekurang-kurangnya 100 orang nama. Ianya dipanggil prospect reservoir atau takungan prospek. Dan setiap nama perlu dihubungi.
  6. Mereka disuruh menghubungi paling kurang sepuluh orang setiap hari untuk membuat janji temu. Setiap janji temu itu perlu wajib ditunaikan dengan professional(datang awal, kemas dan wangi)
  7. Mereka perlu keluar dan berjumpa orang setiap hari minima 2 orang sehari.
  8. Mereka perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 24 kes setahun atau mengumpul purata tahunan kutipan sebanyak RM15K
  9. Mereka diberi bimbingan, diadakan kelas khas seminggu sekali, perjumpaan agensi sebulan sekali malahan diwajibkan kursus setahun sekali mengikut nilaian masa merit. Jika tidak dipenuhi, mereka akan dikenakan tindakan.
  10. Mereka sentiasa ceria dan seronok melakukan tugas mereka. Saya melihat, mereka sentiasa bercerita sesame mereka apa yang berlaku, tindakan menangani masalah malahan mereka bersama-sama menjayakan sesuatu urusan.

Kesanya, MEREKA EJEN YANG BERJAYA MEMAJUKAN SYARIKAT MENEMBUSI MASYARAKAT.

Saya selalu mengelamun tatkala Cikgu Sidek Ahmad(Trainer) memberikan ucapan. Saya terkenangkan dakwah. Betapa saya banyak kali gagal dalam dakwah ( tapi belum putus asa). Adakah jika saya lakukan dakwah seperti yang dilakukan ejen takaful maka saya akan berjaya. Saya melihat, banyak yang sama didalam konsep metodologi kedua-duanya ini. Dalam dakwah:

  1. Saya diasuh bahawa perjuangan ini adalah dakwah dan keperluan terbesar pada masakni. Ketiadaan khalifah Islam adalah suatu dosa yang besar, dan saya akan sentiasa berdosa jika tiada usaha yang saya lakukan kearah itu. Dosa jika tidak mengembalikan masyarakat kearah Islam. Dosa saya.
  2. Saya diasuh supaya memandang setiap mad’u dengan penuh kasih sayang. Jika seorang doctor dapat menyembuhkan penyakit melalui kepakarannya, maka siapakah yang mampu mengubati penyakit hati dalam masarakat jikalau bukan pendakwah?
  3. Saya diajar bahawqa selagi mana hayat dikandung badan, selagi itulah dakwah perlu berjalan. Umur dakwah tidak sama dengan umur saya, mungkin saya pergi dulu walaupun dakwah dibumi masih tida matang, namun saya tetap perlu berusaha sungguh-sungguhnya kearah kejayaan Islam.
  4. Saya diajar menyebut kata-kata yang baik, sentiasa bertegur sapa dan member salam. Dakwah saya hanya memerlukan ianya disuarakan. Kata-kata manakah yang lebih baik daripada kata-kata dakwah? Maka saya diajar mengangkat bendera ‘inilah aku’ pemegang panji dakwah.
  5. Saya dididik untuk menyenaraikan 10 orang mad’u sebagai rabtul am. Setiap yang dihubungi selepas itu perlu diganti dengan nama yang baru. Nama –nama ini perlu dicari dan dibuat program yang umum sebagai takungan meluas.
  6. Saya sentiasa diingatkan mencari mad’u yang baru. Katanya untuk saya diarahkan mencari sekurang-kurangnya satu group(3-6 orang) dalam masa 3 bulan sebelum diberikan kepada naqib yang lebih layak.
  7. Saya diingatkan perlu keluar menjadi rijal ummah (pemimpin masyarakat) setiap hari.
  8. Saya sekurang-kurangnya perlu mendapatkan seorang saudara baru yang mendokong dakwah setiap tahun. Jika tidak, tuliskan sahaja ” saya gagal dalam dakwah” dan lekatkan di pintu bilik.
  9. Saya diberi imbinagan, punyai usrah kecil, ada katibah anjuran kawan-kawan sebulan sekali malahan setiap tahun dijemput ke perkhemahan tarbawi. Jika tidak hadir, bermakna ada kekurangan dalam hati saya, perlu segera diubati.
  10. Saya perlu sentiasa seronok dalam dakwah saya.

Saya terfikirkan jawapan diatas, takaful praktikalnya sama seperti dakwah.

Andai kita bersungguh-sungguh seperti ejen takaful, InsyaAllah kita juga akan beroleh kejayaan, dapat menembusi 80% masyarakat.

Keika perjalanan pulang , saya bertanya pada Us Annuar. ” Bukankah sepatutnya kita begini? Seperti para ejen, bersungguh-sungguh dalam dakwah? Setiap hari fikirkan client ( mad’u)?”

Jawab ustaz ” Seharusnya itulah methodology yang patut kita lakukan”

Balas saya ” Cumanya, jarang diantara kita pernah amalkan”

Ustaz tersenyum, saya pun. Dalam hati, moga kami mampu melangkah laju sebagai ejen dakwah.

Amin.

1 Comment »

  1. tolong beri quotation Etiqa sakinah2.
    Saya nak perlindungan untuk saya dan suami ( maisurah 20.2.1977) & (din20.10.1972)
    1. kematian 100k
    2. penyakit kritikal 50k

    Comment by maisurah — March 9, 2010 @ 4:02 pm | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: