perjalananjauh

June 18, 2009

Catatan: Umpama Mentari Siang

Filed under: Fikrah — perjalananjauh @ 12:27 am

budakmoto

Dengan nama Allah, Maha Pengasih dan Penyanyang.

Sembang-sembang di kedai kopi di pagi ahad kadang kala menghasilkan pelbagai cerita dan idea. Idea yang bernas sudah pastinya boleh diambilkira dan dijadikan iktibar serta pedoman. Bak kata pepatah Melayu ‘ Buangkan yang keruh, ambillah yang jernih’.

Sembang-sembang kedai kopi

Kenapa kita tidak sampaikan dakwah kita kepada belia yang ‘degil’, suka buat perangai atau tidak ada gaya orang cerdik?

Satu persoalan yang diajukan kawan saya. Mencabar. Sebab apa? Realitinya memang program dakwah tertumpu kepada golongan yang dianggap cerdik, orang agama atau orang surau dan mungkin mereka-mereka yang ayahnya adalah orang beragama. Program yang dianjurkan pula?  Seminar Ini Sejarah Kita, KOnvensyen, Kelas Tafaqquh Fid Deen… Agak-agaknya belia yang sempoi-sempoi nak ke sertai kita? Erm, setakat pengalaman saya, semua belia menggelengkan kepala bila diajak.

Kita ajak yang cerdik-cerdik sebab mereka lebih senang terima dakwah, lebih pick up, laju berfikir. Jawapan orang disebelah saya.

Lagipun orang-orang yang cerdik dan baik ni punya keazaman yang tinggi, senang mendapat hidayah.Ingat senang ke belia nak datang masjid?Jadi kita tumpu jelah belia yang dah memang mahukan Islam. Jawapan orang dihadapan saya pula.

Jawapan saya? Saya buntu tiada jawapan. Cuma dalam hati terfikir, sampai bila hanya golongan ‘cerdik’ je mendapat seruan? Saya buat-buat minum air bila kawan saya menanti jawapan.

Tepi padang selepas bersukan

Seperti biasa seorang player akan ditugaskan memberikan sedikit tazkirah. Kalau boleh ringkas dan padat. Hari ini, ust Mu terpilih.

Saya dulu di Mesir, gedebe, degil, hisap rokok, ego. Satu je prinsip saya kepada ahli rumah yang tak mahu basuh pinggan atau cawan. Cawan mereka tak layak digunakan, saya buang dalam tong sampah. Ust Mu memulakan tazkirah. -Dalam hati saya(penulis), wah ganazz sungguh.:)

Kadang-kadang saya tak belajar, dan saya mempersoalkan kenapa perlu belajar. Nie bahasa arab Nahu apa semua nie, untuk apa? Saya malas nak belajar. Kawan-kawan pulak panggil saya Taliban. Bukan main bangga saya, Nampak ganazz. Bab rokok, bila kawan tegur saya akan betah balik. Ikut suka la, ni badan aku, duit walaupun duit bapak aku, tapi tetap duit aku. Bapak aku adalah aku.Saya ego, cakap besar.

Satu hari tue, saya demam. Tak siapa nak datang tengok saya sebab takut saya marah diorang ganggu saya. Tapi ada seorang kawan nie, tetiba datang bilik saya Tanya. “ ust Mu, dah makan?” Betapa terasa teruja saya, sebabnya kawan tu adalah orang pertama yang panggil saya ust. Kawan tu lah yang buatkan saya makanan, jaga saya waktu demam. Dia yang jage saya.

Pertolongan dia tak terhenti disitu, dia Tanya saya soalan-soalan exam. Saya gagal jawab. Kemudian dia ajar saya, buatkan saya peta minda, berikan saya latihan –latihan soalan lepas. Dah banyak guru saya belajar, tak pernah paham Nahu tapi dengan dia saya dapat faham dengan mudah. Alhamdulillah.

Sejak itu saya rasa ego saya hilang, saya rasa saya tiada apa-apa disisi tuhan. Saya rasa sikap gedebe tu tak bawa ke mana, saya tetap memerlukan orang lain hidup bersama dengan saya. Melengkapi hidup saya sepertimana sel-sel dalam badan saling melengkapi. Betapa malunya saya pada tuhan, mengangkat kepala ketika solat pun saya malu. Dari situ saya berubah. Ingatlah, keegoan kita tak membawa kemana-mana. Kita memerlukan Allah dan orang-orang disekeliling kita.

Wah, best best cerita ust Mu nie. Pengalaman baru pada saya.

Up-Ten , UniTen

Selepas bermain bola, saya pergi minum-minum bersama kawan-kawan , order teh Radix( Mai SecawanJ)

Bersama saya, ust MU. Hah inilah masanya bertanya soalan. Soalan pertama, jeng,jeng,jeng.

Ust, kenapa ust cerita pasal keadaan ust di Mesir tadi?

Jawapan: Kita nak bagi tazkirah kene ikut situasi. Yang datang main bola bukan awak-awak yang dah lame ditarbiyah nie je, tapi tadi kat belah belakang tue kan ada sahabat-sahabat kita yang baru. Kalau saya cakap pasal tadayyun, hadis riadah, majmuah rasail tak ke pening diorang nanti. Jadi saya ceritakan pengalaman saya. Budak-budak macam diorang kene disedarkan, dan orang-orang macam nie sebenarnya amat-amat diperlukan dalam dakwah. Merekalah ganti sifat ketegasan Umar, keberanian Hamzah.

Oooh..Faham faham faham. Maksudnya ust MU bagi tazkirah kepada golongan tersebut, dengan gaya yang betul dan waktu yang betul.Erm..menarik.

Soalan kedua..jejeng,jejeng,jejeng.

Macamana kita nak tarik minat golongan-golongan lain nie( Belia nakal, orang kampong) untuk bersemangat bantu kita?

Jawapan: Kita kene ajar mereka sifat Jihad. Tengok dekat Paalestin, sebab apa budak-budak kecil pun berani nak lawan Israel guna batu? Sebab diorang yakin dengan Jihad. Yakin kalau mati, mereka mati syahid. Kadang-kadang tu kita tak perlu mengharapkan mereka nie jadi penggerak kita pun, tapi cukup sekadar penyokong kita. Ada tugas yang sesuai dengan mereka, kita berikan. Kalau mereka rasa itu adalah satu sumbangan untuk Jihad, mereka akan laksanakan. Walau tugasnya hanya menjaga bendera. Sedarkan budak-budak muda baya kamu, ajar mereka erti Jihad. Itu yang hilang, itu yang tiada.

Fuhh..Semangattt..Banzaiiik..

Gunung Datuk, Rembau

Aku nak tahu persatuan yang kau join nie. Aku nak tahu sangat. Senang cerita macam nie, soalan dia apa itu PEMBINA?

Huh.. Letih mendaki gunung tak hilang lagi, dah ditanya soalan sebegini. Terkedu juga nak menjawab.

Jawapan saya(penulis): PEMBINA nie adalah wadah belia islam. Maksudnya kita sediakan pelbagai perkara untuk belia beraktiviti tapi mengikut lunas-lunas yang dah ditetapkan Islam.

OOooh, jdi banyak buat seminarlah? Aku dulu masuk BELIA,banyak kene hantar pergi kursus.

Jawapan(penulis): Tak lah semuanya seminar. Ada juga bola, paintball, kembara,mendaki macam kita buat nie.. Cuma mungkin ditambah dengan pengisian rohani, ada tazkirah, ada qiamullail. Ada adab yang kita jaga ikut syarak. Nak join PEMBINA tak?

Ulasan

Begitulah sedikit sebanyak catatan yang berlaku kepada diri saya.Persoalan daripada kawan saya itu simple, namun ingin dipraktikalkan memerlukan keazaman dan amal yang teguh dan berprinsip. Memerlukan penyusunan strategi yang rapi.

Tidak dinafikan, begitu ramai belia yang agak nakal ini berada disekeliling kita menunggu seruan. Apa yang lebih malang, tidak ramai dai’e yang mengambil endah perihal mereka.

Sekadar perkongsian untuk direnung. Dakwah kita untuk semua, terang umpama mentari siang.🙂

1 Comment »

  1. Infomasi yang bagus! Terima kasih…

    Comment by Masrule — October 21, 2009 @ 9:45 am | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: