perjalananjauh

May 22, 2009

Bingkisan Amal

Filed under: Fikrah — perjalananjauh @ 12:28 pm

dakwah-org-tua

Dengan nama Allah, Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Alhamdulillah, kita masih lagi diberi kurniaan iman dan Islam. Paling penting ialah kehidupaan yang Allah berikan, kehidupan yang membolehkan kita memperbanyakkan amal. Alhamdulillah.

Saudara,

Sedikit sejarah saya dalam suasana dakwah dan tarbiyah:

Saya telah mengikuti proses tarbiyah ketika di tigkatan satu, kemudian diminta mencari mad’u( kawan baru) di tingkatan tiga. Setelah itu, saya diperkenalkan dengan sebuah organisasi dakwah ( Ikatan Muslimin Malaysia) pada umur 16 tahun atau di tingkatan 4.

Sekarang saya sedang menuntut ilmu di serdang, dan masih mengikuti tarbiyah yang disusun oleh ISMA.Sepanjang perjalanan ini, saya mempunyai pengalaman sendiri tentang dakwah secara fardhi( personal) dan Alhamdulillah dapat mengumpul beberapa cara atau kaedah lain yang digunapakai ataupun pernah menjadi pengalaman sebahagian rakan-rakan( malahan ustaz2).

Cumanya, tarbiyah saya adalah versi Malaysia. Jadi mungkin tak banyak menggunakan kalimah arab. Saya pun lebih berminat menulis mengikut bahasa kaum tempatan.

Duduk atas motor

“ Ustaz, saya selalu Nampak budak tu( belia la nie) datang surau. Rasa hati nak rapat, tapi mulut nie payah betullah nak mulakan perbualan. Rasa macam nak bawak dia join kita” Saya mengadu kepada ust W ketika minum petang di Sungai Ramal Dalam. Asal perjumpaan hanyalah ingin mengambil kunci kereta, tapi kalau dah jumpa ust W nie, memang akan terlekat sejam dua jugak.

“ Oh, ye ke. Dakwah ni banyak cara. Kadang-kadang kita Nampak benda tue macam ringkas je, tapi benda ringkas tu la titik permulaan dakwah kita.” Ujar ust W.

Saya meningkah cepat, “ Tak kisahlah titik apa pun ust, macamana nak buat tu yang penting”

Ust W tersenyum dengan telatah anak muda di depannya, nak cepat je. Bagilah orang tua buat intro dulu.

“ Ok. Budak tue datang naik apa?” Tanya ust W.

“ Naik motor, ust.” Ringkas menjawab.

“ Dulu saya lepas solat, saya keluar cepat-cepat, duduk atas motor orang yang saya nak kenal. Kemudian saya cari jerawat guna cermin motor dia. Masa dia nak balik, dia datang ambil motor, masa tu la saya buat-buat minta maaf. Borak sikit-sikit tanya nama, ambil nombor telefon.” Ust W bercerita.

“ La, tu je ke? Hasilnya?” Saya terpelongo.

“Hasilnya macam yang ada sekaranglah, yang dok ikut kita dalam dakwah nie.” Ust W tersenyum.

Main Bola

“ Ust masa  bawa dakwah di UPM, ust buat macamana yek? Saya masih tak dapat cara la nak mencari kenalan baru yang dapat menjadi pendokong.” Saya mengadu pada ust M ketika saya ke pejabat ISMA.

“ Saya main bola.” Ust M ringkas.

“La. Tu je? Tapi takkanlah boleh tertubuh persatuan dakwah masa tu? Tak mungkin dengan bola. Bukan ceramah himpun orang dulu ke ust?” Saya mahu kepastian, setakat ni masih lagi menganggap program berbentuk ceramah adalah cara terbaik mencari mad’u.

“Saya main bola. Tiap hari ahad tu saya main bola. Masa main mula-mula tu budak-budak takut jugak dengan saya, entah ust dari mana datang main bola tiba-tiba. Tapi lepas dah 3 minggu, saya kenal-kenal terus buat sesi taaruf kat tepi padang. Ada je orang baru, saya akan buat sesi taaruf. Makin lama, makin ramai yang turun main bola. Lepas tu nak bagi mereka nie percaya dengan saya, saya bawak mereka nie pergi berkhemah. Masa berkhemah tu buat aktiviti langgar-langgar apa semua, hilang la rasa beza tu,lepas tu mereka percaya la dengan saya.” Ust M mengimbau kembali cerita dia di UPM dulu. Saya memang kenal dengan orang-orang yang pernah dia bawa dulu, dan mereka memang antara yang berhasil memegang tampuk dakwah dengan Ikhlas.

Bagus juga idea nie. “ Tapi kalau saya ada sikit je kawan-kawan, takkan nak main bola, ust?” Saya nak lagi pengalaman, cungkil.

“ Awak mainlah futsal” Wah, satu idea bernas. Baru je pun saya terfikir dan saya akan cuba praktikkan.

Teringat kata-kata ust Lah, “ Dakwah kita bermula di padang bola” Memang betul.

Ikat Perut

Untuk menjadi para duat yang berjaya mendidik kader dakwah bukanlah sesuatu yang mudah. Menjadi daie memerlukan kesabaran, perlukan pengorbanan dan perlukan kefahaman. Kadang –kala duit kita, masa kita dan tenaga kita akan habis semata-mata kita mahu memastikan orang yang kita dekati memahami nilai menjadi seorang individu muslim, mengikuti jalan dakwah. Tapi itulah jual beli dengan Allah, moga para duat dibayar diakhirat kelak.

“ Untuk mengikat hati mad’u yang sebaya awak nie,ikat perut mereka dulu.” Ust Az berpesan pada kami, ketika satu program berjalan.

“Ikat perut macamana tue? Guna tali rapia ke tali kapal?” Kawan saya buat lawak bengap, kami tetap ketawa. Masa zaman tu pun, kami budak-budak lagi, baru habis sekolah menengah.

“ Bukan macam tu, awak nie. Maksud saya, gunakan duit awak tu, belanja mereka makan. Student ni, masalah utama dia adalah makan. Jadi bila awak dapat setelkan bab makan, awak boleh proceed bab lain pulak.” Ust Az menerangkan. Kami angguk, angguk, angguk.

Dalam hati, “ Aku pun tak da duit nak makan, huhu”

Apabila saya melangkah ke IPT, inilah cara yang sering saya gunakan. Walaupun dalam keadaan saya pun kadangkala tidak berduit. Berbekalkan keyakinan rezeki milik Allah , saya laburkan juga duit. Apa yang saya dapati, cara ini cukup-cukup berkesan. Dulu, saya agak kehairanan juga bila kami lapan orang sentiasa dibawa ke restoran, makan ikan bakar, masak tiga rasa, macam-macam lagi. Hairannya, yang bawa ialah seorang guru sekolah menengah, banyak mana sangat gajinya. Tapi apabila melihat keberhasilan daripada teknik ini, barulah saya faham mengapa ust Az menekankan aspek ini. Alhamdulillah, saya doakan kesemua rakan saya terus tetap( terutama saya) dalam dakwah ini.Amin.

Minat Yang Sama

“ Saya dulu rock,minat lagu-lagu brutal. Suka sukan lasak, bola tak pernah terlepas. Ada buat jahat jugak, macam-macam. Cumanya, saya tak pernah tinggal solat. “ Abang J selesa bercerita sambil memandu ke Seremban. Saya di sebelahnya teliti mendengar.

“ Jadi, macamana boleh tahu pasal dakwah dan tarbiyah?” Saya cungkil rahsia.

“ Ada sorang brother tu, cuba rapat dengan saya, datang bilik. DIa tahu saya minat lagu rock, jadi dia datanglah, borak sambil-sambil tu dia layan sama lagu tu. Pastu, satu hari dia datang bawak kaset baru, dia suruh cuba lagu tue pulak. Ingat lagu apa , rupa-rupanya lagu nasyid. Dengar sekali rasa best pulak, dengar punya dengar, sangkut.” Abang J bercerita.

Sambung lagi. “ Kemudian, dia tahu saya minat sukan, ajak saya main bola, jogging. Lepas abis semua aktiviti, dia ajak saya lumba lari pulak. Wah, memang saya minat la. Lepas tu rapat dengan dia, terus dia ajar macam-macam bab agama. Lama-lama baru jadi seronok ikut, dan terus ikut.”

Saya kagum. Berapa ramai daripada kita melupakan minat mad’u kita. Mengajak mereka mengikut program kita, kehendak kita. Abang J telah mendapat tarbiyah daripada minat. Saya amat kagum. Payah nak jumpa pengalaman macam nie.

Sentimental

“Macamana abang boleh ikut usrah?” Direct saya tanya, tanpa selindung.

Abang Yus tersenyum, terus menjawab. “ Dulu saya duduk di pedalaman, takda kenderaan. Jadi ada sorang ust ni ajak saya pergi usrah di surau. Apa yang buat saya melekat dengan dakwah, sebab saya naik motor tiga orang sekali semata-mata nak pergi surau buat usrah. Yang ada motor cuma ust je, kami tumpang la. Kesian jugak tengok ust tersepit dekat depan semata-mata nak bawak kami dan bagi kami selesa duduk. Daripada situ saya dapat rasa ust tue ikhlas didik saya, dan pengalaman di atas motor tu yang mengingatkan saya agar terus kekal dalam dakwah. Sungguh manis.” Abang Yus senyum.

Dalam hati saya, rupanya macam tu pun boleh jadi cara mulakan dakwah. Menarik.

Perbincangan

Dakwah adalah bermaksud menyeru manusia kembali kepada Allah. Dakwah punya pelbagai cara dan kaedah. Orang yang berdakwah memerlukan pemahaman yang jelas tentang apa yang dia bawa, dan kearah mana dia menyeru. Maka aspek ini ditampung oleh tarbiyah(pendidikan) yang mengutamakan aspek kerohanian dan jiwa para duat itu sendiri.

Dakwah kita memerlukan dua perkara asas iaitu merobohkan dan membina( Hadmun Wa Bina’un). Para daie perlu merobohkan jahiliyyah dalam diri mad’u dan membina kembali nilai-nilai Islam yang sepatutnya diwarisi.

Namun dakwah jugak bergantung kepada iman seseorang. Selagi imannya kuat dan kukuh, hatinya dekat dengan Allah, selagi itulah dakwahnya boleh berjalan lancar.

Oleh itu, para daie perlu menjadi pelopor dakwah yang realistik agar dia tidak kelelahan dan berpenyakit(kaslad dakwah).

Mungkin menjadi kebiasaan kita mendengar apabila seorang yang hebat di peringkat sekolah hilang ghaib diperingkat university, seorang syeikh di university lenyap terus sesudah menikah.Semua itu merupakan satu ujian ketika berdakwah, bahawa apa yang perlu bukanlah semangat tapi kefahaman yang sohih. Seorang kawan tidak perlu memarahi rakannya kerana terlambat menghadiri program dengan alasan pergi beli pampers anak kerana realitinya itu adalah kewajipan beliau memenuhi hak anak.

Saydina umar pernah meminta keluar daripada rasulullah tatkala majlis ilmu sedang berlangsung dengan alasan perlu mencari sedikit wang untuk belanja keluarga lalu rasulullah membenarkan. Setelah itu umar kembali semula kepada nabi. Cerita –cerita begini jelas dalam sejarah bahawa dakwah yang dipikul oleh sahabat adalah bersifat realistic, sepadan dengan keadaan tanpa meninggalkan sedikitpun aspek tarbiyah.

Apa yang membuatan para duat penat berdakwah ialah apabila mereka tidak realistic, terlalu memikirkan perlu seperti dulu. Jika di sekolah, banyak masa untuk kawan, di university banyak sangat masa untuk assignment. Lantas memikirkan aspek dakwah dan tarbiyah sebagai satu bentuk beban yang amat berat walhal ianya boleh ditangani dengan mudah melalui perbincangan. Itulah pentingnya menjadi murabbi(pendidik) yang memahami selok belok kehidupan para mad’u.

Untuk menjadi pemuda yang terus tetap dalam jalan ini, kita perlu sentiasa setia kepada janji kita dengan Allah. Kesetiaan kitalah yang akan menjamin kita terus berjuang sehingga kita akhirnya bertemu dengan Allah kelak. Inilah pemuda yang berhak disifatkan dengan sifat kelakian yang sebenar( Anak jantan).

“ Di antara orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah( untuk berjuang membela Islam); maka diantara mereka ada yang selesai menjalankan janjinya itu(gugur syahid), dan diantaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah( apa yang mereka janjikan itu) sediktpun. (al-Ahzab:23)

Untuk mereka yang mahu mengetahui tentang dakwah dan tarbiyah, saya syorkan blog ma’alim fit toriq

4 Comments »

  1. bes2. kumpulkan lagi kisah2. boleh buat buku

    Comment by jabalnurr — May 22, 2009 @ 11:02 pm | Reply

  2. Penulisan yg baik akhi, semoga kita juga tergolong dlm kelompok yg “berhasil memegang tampuk dakwah dengan Ikhlas.”

    Comment by Muhammad — May 23, 2009 @ 2:46 pm | Reply

  3. Bila jmp Ust W, mmg slalu jd 2 jam.. huhu..

    Comment by qsm3 — May 27, 2009 @ 11:08 am | Reply

  4. hm… siapalah agaknya ustaz W?

    Ya Akh… X pernah bertemu di dunia sebenar, ana dah pon ketemu enta (afizi) di ruang maya.

    JazakAllah khairan kathira… Semoga brother MNH akan bersama-sama dalam bahtera kita ini.

    🙂

    Comment by iQHakIm — May 28, 2009 @ 9:54 pm | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

Create a free website or blog at WordPress.com.