perjalananjauh

May 7, 2009

Filed under: Uncategorized — perjalananjauh @ 7:09 pm

Rabu, 2009 Mei 06

Panggilan Terakhir KBAZ!!

backdropkbaz-dengandetail1

KONVENSYEN BERAKHIRNYA AGENDA ZIONIS
Anjuran Bersama :
AMAN PALESTIN BERHAD & PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL (PEMBINA)

9 MEI 2009

8 pagi – 5 petang

Dewan Merdeka

Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC

Siapa Panelis?

Dr. Muhsin Saleh

Pengarah El Zaytouna Centre for Studies and Consultations di Beirut, Lubnan

Profesor Sejarah dan Kontemporari Arab Moden

Dr Azzam al-Tamimiy

Pengarah Institut Pemikiran Politik Islam di London

Dr. Roslan bin Mohd Nor

Pensyarah Kanan Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Universiti Malaya

Phd Kajian Jurusalem – Islam

Kenapa mesti datang?

Menunjukkan kesungguhanan dan solidariti bersama pejuang dan rakyat Palestin untuk membebaskan bumi Anbiya’ iaitu Palestin daripada cengkaman Zionis – Israel. Mendapatkan kefahaman tentang empayar “Israel Raya” yang sedang dibina oleh Zionis, serta ancaman bahayanya kepada ummat Islam khususnya, bahkan dunia amnya. Mendapatkan kefahaman tentang propaganda dan dakyah negatif Zionis kepada ummat Islam, bahaya yang dibawanya serta langkah menghadapi ancaman propaganda Zionis itu. Mendapatkan kefahaman bahawa akhirnya usaha Zionis hanyalah sia-sia dan pasti menuju kehancuran, bahkan mereka sedang menuju kehancuran. Mendapatkan kefahaman bahawa perjuangan jihad ummat Islam seluruh dunia terutama dalam membela Palestin akan berjaya, bahkan ia adalah sesuatu yang pasti kerana telah dijanjikan oleh Allah swt. Menunjukkan solidariti dalam mencabar Zionis di persada media antarabangsa bahawa kita ummat Islam bukanlah lemah, bahkan kita sedang bangkit. Biar Zionis terkejut dengan cabaran kita bahawa ‘Agenda Zionis Akan, Bahkan Pasti Berakhir’. Jom datang sertai 3,000 atau lebih peserta konvensyen. Tunjukkan solidariti mencabar Zionis laknatullah!

Apa yang menarik?

Mari bersama-sama mendengar amanat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru, Y.B Mej. Jen. Dato’ Haji Jamil Khir bin Haji Baharom berhubung agenda Zionis dalam Ucapan Perasmian beliau di konvensyen ini. Mari bersama-sama mendengar pembentangan yang insyaAllah sangat menarik daripada 3 panelis yang sangat pakar dalam isu Zionisme, lagi masyhur di persada antarabangsa dan nasional. Salah seorang panelis adalah anak Malaysia. Inilah semangat anak Malaysia untuk dein Allah Islam dan bumi para ambiyak Palestin.

Dr Roslan Mohd Nor adalah anak Malaysia, pakar isu Zionisme yang dimaksudkan, kini Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Universiti Malaya adalah pemegang PhD dalam bidang Kajian Jerusalem-Islam, Aberdeen University, Scotland.

Panelis kedua ialah Dr Azzam At-Tamimiy, Pengarah Institut Pemikiran Politik Islam, London yang Kerap muncul sebagai pengantara di rangkaian satelit Bahasa Arab iaitu al-Jazeera dalam bahasa Inggeris dan Arab. Beliau pernah menjadi ‘visiting’ Profesor di Universiti Kyoto (2004) dan Universiti Nagoya(2006) dan telah menerbitkan beberapa buah buku termasuk Democrat within Islamism (Oxford University Press, New York 2001), Islam and Secularism In The Middle East (Hurst London dan NY University Press, New York, 2000) dan HAMAS, The Unwritten Chapter.

Panelis ketiga ialah Dr Mohsen Saleh, Pengurus Besar Pusat Penyelidikan dan Perundingan Al-Zaytouna, Beirut, Lubnan. Mantan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini adalah Profesor Sejarah Kontemporari dan Arab Moden, pernah menjadi penerima Anugerah Bait-Al-Maqdis untuk Ilmuwan Muslim Muda oleh Islamic Research Academy, UK. Pakar kajian Palestin ini adalah juga pembantu editor untuk 15 buah buku, editor laporan tahunan Palestinian Strategic Report dan akhbar elektronik Palestinian Today sebanyak lebih daripada 1400 keluaran.

Di konvensyen ini, apa nak dibincangkan?

  1. Kejatuhan Islam dan Kewujudan Negara Israel
  2. Sejauh Manakah Kesan Kewujudan Zionis Terhadap Dunia Sejagat.
  3. Peranan Seorang Muslim Dalam Menghadapi Musuh Zionis
  4. Hakikat Zionis dan Agenda yang Dipropagandakan.
  5. Kebangkitan Islam di Palestin dan Status Agenda Zionis Masa Kini.

Jom daftar sekarang!

Sebelum 3 000 tempat duduk penuh

Cara 1 : Tel 03 8926 7019 Nyatakan penyertaan KBAZ, Nama Penuh dan No IC

Cara 2 : Fax 03 8925 9963 Nyatakan KBAZ, Nama Penuh dan No IC

Cara 3 : Email kbaz2009@yahoo.com Nyatakan KBAZ, Nama Penuh dan No IC

Cara 4 : Sms 019 607 7372 Nyatakan KBAZ, Nama Penuh dan No IC

Bayar masuk RM10 semasa hadir

Lawati http://www.kbaz.net

Aturcara

Sabtu 9 Mei 2009

8.00 – 8.30 pg Pendaftaran Peserta

8.30 – 9.30 pg Pembentangan 1 – Dr. Roslan bin Mohd Nor

(Kejatuhan Islam Dan Kewujudan Negara Israel)

9.30 – 10.00 pg Kehadiran VVIP / VIP

10.00 – 10.45 pg Majlis Perasmian

Ucapan Alu-aluan

Ustaz Abdullah Zaik bin Abd Rahman

Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Berhad dan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia ISMA

Ucapan Perasmian

YB Senator Dato’ Mejar Jeneral (B) Jamil Khir b Baharom

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

10.45 – 11.00 pg Jamuan VVIP / VIP & Jamuan ringan peserta

11.00 – 12.00 tgh Pembentangan 2 – Dr. Azzam al-Tamimiy

(Sejauh Manakah Kesan Kewujudan Zionis Terhadap Dunia Sejagat)

12.00 – 1.00 ptg Pembentangan 3 – Dr. Muhsin Soleh

(Hakikat Zionis dan Agenda Yang Dipropagandakan)

1.00 – 2.00 ptg Rehat / Makan / Solat

2.00 – 3.00 ptg Pembentangan 4 – Dr. Azzam al-Tamimiy

(Peranan Seorang Muslim Dalam Menghadapi Musuh Zionis)

3.00 – 4.00 ptg Pembentangan 5 – Dr. Muhsin Soleh

(Kebangkitan Islam Di Palestin Dan Status Agenda Zionis Masa Kini)

4.00 – 5.00 ptg Majlis Penutup / Ucapan Penangguhan dan Bersurai oleh

Dr. Kamil Azmi bin Tohiran

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: