perjalananjauh

February 22, 2009

Peringatan Dariku

Filed under: Uncategorized — perjalananjauh @ 6:44 pm

Bismillah

Sebuah peringatan yang menyedarkan itu adalah amat berharga. Untuk setiap manusia supaya tidak terpesong dan kembali kepada jalan yang benar, tidak kira siapa pun dia pasti akan melakukan kesalahan. Oleh itu peringatan adalah perkara yang amat penting.

Kawanku

Aku mungkin bukanlah orang yang layak untuk menegurmu, kau lebih tahu kenapa. Namun aku mahu juga menegurmu, mungkin kerana egoku, dan mungkin kerana rasa hatiku yang tidak senang dengan kerenahmu.

Kawanku

Guruku dulu mengajarku tentang dakwah pada orang lain. Katanya, untuk menjadi seorang pendakwah itu perlu hati yang besar, perlu jiwa yang besar, perlu kasih sayang yang besar. Pandangan seorang pendakwah itu berbeza daripada orang biasa. Katanya, pandangan pendakwah itu perlu penuh dengan kasih sayang, penuh dengan cintakan orang. Tujuannya , untuk menyeru mereka kembali kepada Allah.

Kawanku

Usahlah dikau mengeluarkan lagi kata-kata seperti ” nampak je bertudung labuh, tapi begitu begini”, ” nampak je berkopiah, tapi begitu begini”. Alasanmu, perlua ada kebencian sedikit didalam hati tatkala melihat mungkar. Ya , aku setuju dengan dirimu tentang perlunya ada benci pada mungkar, tapi tak perlulah dikau mengeluarkan perihal keburukan orang padaku. Cukuplah dikau sahaja yang melihatnya, usahlah diceritakan keburukan mereka.

Kawanku

Mungkin kita perlu berfikir dan membenci perbuatan orang yang melakukan maksiat, namun usahlah dibenci orangnya.Bencikan sahaja perbuatan mereka. Bencikan sahaja kelakuan mereka. Tapi pandanglah mereka dengan belas ihsanmu, seperti mana Allah memandang kita dengan belas ihsannya.

Kawanku

Kata- katamu nanti boleh diklasifikasikan riya’. Ketahuilah bahawa amalan manusia yang menyangka dia lebih baik itu sukar diterima Allah. Ketahuilah, kita tidak masuk syurga kerana amalan kita semata-mata, tetapi kerana rahmat Allah. Jika amalan kita sahaja dikira , kemungkinan besar kita tidak ke syurga.

Kawanku

Aku tahu engkau sedang bersemangat dalam berdakwah. Kalau ukuran dakwah itu diukur melalui program yang diadakan, ya engkau telah berjaya. Berjaya melaksanakan pelbagai jenis program dan festival. Yang mungkin bagimu telah menyedarkan pelbagai pihak tentang islam dan Allah. Tapi kawanku, aku telah terbaca buku karangan Ahmad Ar Rasyid yang menyatakan kejayaan jemaah dakwah itu bukanlah dikira melalui banyaknya program atau ramainya ahli. Sebaliknya kejayaan dakwah itu dikira pabila ahli dalam jemaah dakwah banyaknya memikirkan Allah, dan banyaknya taubat kepada Allah. Mungkin kau sudah lama daripadaku dan lebih tahu, aku cuma mengingatkan.

Kawanku

Kini dakwahmu sedang ditatang oleh pelbagai pihak. Engkau melakukan program dengan sumber kewangan yang datang bukan daripada poketmu, engkau melakukannya dengan dibantu oleh orang yang punya rasa sama denganmu, rasa gembira melakukan program dan mengikuti program. Ketahuilah, itu belum lagi cabaran dan mungkin kau sebenarnya belum lagi pun berada dalam medan dakwah. Aku lihat, dirimu terlalu senang, hatimu gembira dan kadang-kala kau memerli akan dakwahku. Ya, aku akui aku lambat, tidak punya program sepertimu, aku tidak semampumu. Tapi usahlah kau memerli aku, akan tiba masanya kau akan ketahui dakwah sebenar. Dimana kau perlu mengeluarkan wang mu sendiri, buka seringgit dua tapi beribu untuk kau sedarkan seorang mausia, tiada lagi bantuan masjid IPT, tiada lagi bantuan ustaz-ustaz, tiada lagi bantuan HEP. Nanti kau akan rasa, dan doaku moga dikau cekal dan tabah menghadapi dakwah ini

Kawanku

Ingatlah jalan kita masih jauh. Siapkanlah perbekalanmu. Usah terlalu seronok dengan keadaanmu, usah memandang rendah pada yang lain. Jagalah mulutmu, jagalah dirimu, agar kamu tidak tertipu. Teruskanlah berusaha, majulah kehadapan menjaga dirimu. Ingat jua, di akhirat kelak, amalmu dihisab sendiri-sendiri. Tiada lagi jemaah yang kamu banggakan, tiada lagi kumpulan yang selalu membuatkanmu senyum selalu. Tiada lagi.

8 Comments »

  1. pesan seorang murabbi,
    dakwahlah dengan kasih sayang..
    kerana kita dakwah kepada hati..
    maka kembali pada antara fitrah hati itu sendiri..
    btw,kalimatul mumti’ah..
    peringatan yang sangat2 bermanfaat!

    Comment by al-huda — February 22, 2009 @ 8:33 pm | Reply

  2. sungguh bermakna penulisan ini…
    kasih sayang merupakan kunci dakwah yang sebenar..
    wallahualam

    Comment by sinar mentari — February 23, 2009 @ 6:34 pm | Reply

  3. Kawanku,

    Kau dan dakwahmu tidak pernah menjadi bahan gelihati untukku,

    Bahkan,

    Tadhiyyah dan mujahadahmu selalu menjadi sumber inspirasi buat diriku.

    Tuhan tahu kau berkemampuan lebih besar dari kami,
    Tuhan tahu kau lebih tabah daripada kami,

    Kerana itu Tuhan memilih kami untuk berkumpulan,
    Kerana itu Tuhan seolah menjagamu berseorangan.

    Tetapi,

    Kau dan aku juga tahu,
    Kejayaan tidak pernah diukur dengan keberhasilan,

    Jika begitu,

    Gagallah Nuh a.s.
    Gagal juga Isa Ibn Maryam a.s.,
    Gagal sama sekali Yunus a.s.

    Mungkin Tuhan mahu mengajar kita,

    Yang Islam tidak pernah meletakkan sempadan dengan dinding madrasah,
    Tidak pula dengan bendera firqah,

    Sedang Islam melata, melampaui semua halangan yang nyata.

    Mungkin Tuhan mahu menegur kita,

    Sungguh kau seperti berseorangan
    Kami seolah berkumpulan,
    Kau dan kami adalah KITA,
    KITA yang sepatutnya berjuang untuk matlamat yang sama,
    KITA yang sebetulnya berjuang dengan KERJASAMA.

    Masanya sudah tiba,
    Kau dan kami mengatur langkah BERSAMA.

    Ampuni dosa-dosa kami,
    wahai Tuhan yang kami bekerja untukNya.

    Comment by annajm5 — February 24, 2009 @ 9:29 am | Reply

  4. tidak perlu melihat pada warna kulit, tapi perlu melihat pada warna hati…tidak perlu melihat dengan mata kasar, tapi perlu melihat dengan mata hati…tidak perlu berkata yang sia-sia, tapi perlu berdiam dengan muhasabah diri…tidak perlu selalu melihat puncak, tapi perlu selalu berusaha mendaki…jangan selalu meninggi diri, kelak nanti kita yang rugi…ingat nikmat iman bukan selalu kekal, tapi mesti selalu dibajai…wallahua’lam

    Comment by nurh — February 24, 2009 @ 11:23 am | Reply

  5. Tak pernah nak ambil pengajaran daripada kelekaan orang-orang yang Allah limpahi kemewahan tetapi lalai dengan kemewahan itu. Bukankah itu antara punca tamadun Islam itu jatuh?

    Comment by anonymous — February 24, 2009 @ 8:10 pm | Reply

  6. (ditujukan kepada semua pemberi komen)

    Akhi fillah..

    Bertenanglah, bersabarlah. Tidak perlu melafazkan kata2 tajam menusuk kalbu tapi disulami dengan kata2 indah. Sekiranya antum merasakan telah mempunyai kumpulan atau jemaah yang diyakini serta dipercayai, teruskan langkahmu dalam jemaah itu. Mengapa perlu mengatakan yang tak perlu kepada penulis blog ini.

    Aku bersaksi, bahawa dia tidak pernah berseorangan. Bahkan kami sentiasa bersamanya, biarpun jauh dari tanah air.

    Suatu masa kami pasti pulang dan bersama2 dengannya.. Langkah kami pasti. Kejaan islam semakin menyinar.

    -Tarbiyyah bukan segalanya, tetapi segala-galanya tidak dapat diperoleh tanpa tarbiyyah-

    Hazim Azhar, Kaherah.

    Comment by Hazim Azhar — February 26, 2009 @ 5:56 pm | Reply

  7. Salam Afizhi…

    Begitu mendalam peringatan yang diberikan…
    Percayalah,enta tidak bergerak seorang.Dan harapkan kita tidak menyalahkan diri kita atau berasa iri hati jika orang lain mempunyai jemaah mereka ataupun mempunyai sumber untuk mereka menggerakkan dakwah mereka. Kerana mereka tidak mampu untuk bergerak keseorangan berbanding kamu.

    Allah pilih kamu keseorangan kerana kamu mempunyai identiti diri yang teguh dan kuat.Azammu kuat.Kata-katamu kuat tidak seperti kami.Kami yang lemah ini perlu berganding bahu untuk mencapai tarafmu.Jalan kita sama iaitu dakwah Islam.Cuma cara kita berbeza.Ranjau kita juga berbeza.Mungkin sekarang jalan kami dibuka seluasnya oleh Allah tetapi masa hadapan kita tidak tahu lagi.Mungkin rezekimu pada masa akan datang lebih baik apa yang kami perolehi hari ini.

    Diri ini tidak pernah mempersoalkan dakwah mu malah diri ini kagum dengan semangatmu.Tetapi ku pohon,hormatilah cara orang lain.Mungkin persatuan ku tidak seteguh persatuan mu.tetapi kita masing-masing ada caranya.Berfikirlah cara positif.Dan terima kasih atas peringatan yang diberikan oleh mu buat kami semua.Jalan kita berbeza tetapi destinasi kita satu…Assalamualaikum…Asif Jiddan..

    Comment by FaREasT — February 28, 2009 @ 2:47 pm | Reply

  8. jzk dgn peringatan🙂

    Comment by jabalnurr — March 23, 2009 @ 2:25 pm | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: