perjalananjauh

February 1, 2009

Jihad Tentera Malaysia

Filed under: Uncategorized — perjalananjauh @ 11:57 pm

Dengan nama Allah, Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Alhamdulillah.

Hari ini saya telah diberi peluang untuk mengikuti Seminar Training of Trainers Palestin(TOT) di Klana Resort Seremban.

Banyak input menarik yang telah dipelajari, namun perlu melakukan homework sedikit untuk maklumat itu diolah mengikut gaya sendiri sebelum dipanggil memberikan ceramah mewakili Aman Palestin.

Selesainya TOT, saya pulang ke rumah di Bangi. Sempat melihat Buletin Utama TV3.

Memeranjatkan, pada pukul 8.10 malam saya disajikan dengan berita pembelasahan anggota seorang Angkatan Tentera Malaysia(ATM) yang diyakini ahli komando.Seorang dibelasah secara beramai-ramai.

Dipaparkan secara jelas melalui video yang dimainkan. Memalukan , menyedihkan, dan menakutkan.

Saya terbayangkan HAMAS. Adakah tentera HAMAS juga begini?

Adakah tentera Malaysia begini yang akan dihantar ke Palestin bagi membebaskan Al-Aqsa?

Video ini memberikan jawapan kepada segelintir jemaah gopoh yang melaung-laungkan agar dihantar tentera negara-negara Islam kini dan menggempur Israel. Adakah tentera kita yang sebegini layak pergi berjihad dan membebaskan Palestin?.

Berita ini juga menjawab persoalan sesetengah orang kebanyakkan yang mencemuh usaha kami mengutip derma,melakukan ceramah dan pameran sebagai membuang masa. Percayalah, usaha memahamkan orang dengan isu Palestin sefaham-fahamnya adalah lebih besar jihadnya berbanding menghantar tentera pergi ke Palestin tanpa mengetahui tujuan dan maknawi jihad.

Jadi , perlukah menghantar tentera ke sana sekarang?

Jawapannya , belum tiba masanya sehinggalah kita mendidik tentera kita sekental tentera Solahuddin Yusuf Bin Ayyub.

Bagaimana caranya?

Soleh wa muslih. (Perbaiki diri, tingkatkan taqwa dan perbaiki pula orang lain)

-Afizhi Atan, UPM-

7 Comments »

  1. salam~

    Ish~
    Jelousnyer!!
    Ana nak gi jugak!!
    Kite orang selalu disisihkan~
    nie yg membuatkan niat untuk konspirasi
    Penubuhan Pembina HUKM makin tinggi..

    Comment by azharizhahir86 — February 2, 2009 @ 9:58 pm | Reply

  2. tentera malaysia ke palestin??
    kahkahkahkah
    mcm kelakar!!
    x payah nk bawak tentera pegi sane….pm pon pengecut nk lawan amerika.,.kat kampung beria-ria kutuk amerika..sampai sana melutut2 puji amerika,.,,tpm pulak beria-ria lulus projek sane sini…gaza entah hilang ke mana….kalo pemimpin dah takot,ni kan pulak askar2…kahkahkahkah malaysia boleh…boleh blah!!!!!hahahhahaha anwar ibrahim plak beria-ria lawan amerika+isreal…padehal pangkat dlm negara pon xde…
    nk erdogan m’sia?
    anwar ibrahim lah jwpnyer

    Comment by adikariff8 — February 3, 2009 @ 9:26 am | Reply

  3. Salam,

    Jihad (holy fighting in Allah’s Cause) is ordained for you (Muslims) though you dislike it, and it
    may be that you dislike a thing which is good for you and that you like a thing which is bad for you. Allah knows but you do not know.

    Albaqarah 216

    Comment by zeuser — June 17, 2009 @ 5:41 am | Reply

  4. salam saudara.

    Minta maaf, saya cuba mengulas dgn bahasa yg berhemah dan jelas mudah2an saudara mendapat kefahaman yg sebenar.

    1. Latihan tentera seharusnya begitu. dlm perang sebenar, ianya lebih kejam dari itu. Tujuan latihan keras dgn deraan dan penderitaan adalah utk melahirkan perajurit yg berdisplin, kental dan keras semangatnya serta tidak mudah mengalah di medan perang. sejarah latihan ketenteraan mmg begitu sejak dahulu lagi. Kita tidak mahu tentera kita bersemangat spt pengakap diraja atau bulan sabit merah. tugas asas tentera serata dunia adalah utk membunuh dan dibunuh. Dan latihan yg keras adalah utk menyediakan mereka supaya dpt menjalankan tugas. Justeru itu, wanita perlu dijauhkan dari menyertai tentera.

    2. Jihad ke atas palestin adalah satu perkara yg besar dan jauh dari perbatasan negara. Palestin merupakan bumi yg akan sentiasa bergolak sejak zaman Nabi Daud lagi hinggalah ke hari ini. Tidak berupaya tentera kita utk diaturgerakkan ke sana memandangkan keterbatasan dari segi ekonomi, kelengkapan, pengangkutan, keanggotaan dan semangat sedangkan negara kita sendiri sentiasa terancam dgn ancaman dari Singapura (agresif defence), Indonesia (ganyang Malaysia) dan Thailand (Pembebasan Pattani). seharusnya kita bersemangat untuk membantu dan berjihad ke atas Tentera Pattani yg menentang tentera Thailand dan MILF di Filifina yg mengganyang masyarakat muslim. Juga kita perlu bersiap sedia dgn tindakan agresif indonesia yg semakin hilang kecerdikannya lantaran kemiskinan yg membebani mereka.

    3. sbg pembina belia islam, cdgan saya, andalah sepatutnya menjadi pengukuh persaudaraan sesama Islam dan bangsa di Malaysia, menyokong kuat gerakan dakwah mudah2an kalimah LAA ILLA HA ILLALLAH tertanam kukuh dihati setiap masyarakat Islam Malaysia, bersiap sedia dgn ilmu ketenteraan dan pertahanan diri serta nasional,menjadi kan minda lebih terbuka dan bijak, serta berhati-hati dgn mainan politik. Sejarah silam menunjukkan, perebutan kuasa politik adalah punca kejatuhan banyak bangsa. dan..nampaknya, kita sedang menuju ke arah itu.

    4. Marilah kita sama2 mengukuhkan iman, taqwa, ihsan dan kefahaman kita terhadap Islam. Marilah kita sama2 mencari, mengenal dan memahami diri sendiri dengan perasaan dan ilmu. Mudah2an kita akan hidup mulia dan mati syahid.

    5. jauhkan perjalanan dan banyakkan membaca terutamanya sejarah Islam dan ketenteraan.

    Comment by Acinetobaxter — September 14, 2009 @ 10:50 pm | Reply

    • ulasan yang baik lagi benar..baca banyak lagi dan pelbagai bahan bacaan termasuk wasilah tentera dan kepahlawanan..nak lawan dan mempertahankan negara dan negara tak leh lembik bila bab tentara ni dimensi tugasan mereka berlainan dengan kita…ye kutip derma juga satu perjuangan..yang pasti dua dimensi ini perlu..asalkan persatuan jemaah dalam satu perjuangan..wallahuaalam

      Comment by tarmezdi — August 11, 2011 @ 10:20 am | Reply

  5. korg ape tau,jentik skit dah menangis..dok kampong jadi mat rempit je,,xpayahlah nak kutuk org klu diri sendiri xkental,tah2 kene buli nangis.

    Comment by suhailimorni — September 23, 2010 @ 11:07 pm | Reply

  6. sebagai rakyat malaysia aku sentiasa berbangga deagan kepinpinan ankatan tentera malaysia dalam mempertahankan negara dari ancaman luar dan dalam hidup malaysia aku sanggup mati demi mempertahan negara…..

    Comment by rifai bin mohd thamrin — May 12, 2011 @ 2:20 pm | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: