perjalananjauh

December 16, 2008

HAMAS: Pengganas?

Filed under: Uncategorized — perjalananjauh @ 10:14 pm


GAZA CITY, Dec 14 — Tens of thousands of Hamas loyalists are gathering in a Gaza City arena to celebrate the militant group’s 21st anniversary.

Today’s rally is another show of strength by the Islamic militants who have ruled Gaza since a violent takeover in June 2007. The arena can hold about 150,000 people and is full, with more people spilling out into the streets. Many Hamas supporters are wearing baseball caps in the movement’s Islamic green.

Thousands of policemen are organising traffic on roads decked with green Hamas flags and plainclothes policemen are patrolling the area.

Senior Hamas leaders are expected to lay out the future of an Egyptian-mediate truce with Israel and its relations with rival Palestinian group Fatah, which rules the West Bank. — AP

Sumber: Malaysia Insider

Berita ini dipetik daripada Malaysian Insider web, sebuah sesawang berita yang agak terkenal juga di Malaysia.

Kami berminat untuk memberikan sedikit pandangan dan pendirian kami tentang berita ini, yang secaranya nyatanya diambil daripada AP, sebuah agensi berita luar negara.

Kami cuba mengulas satu persatu, mengulas apa yang tidak kami persetujui.

Dalam laporan berita ini, pihak AP mengatakan bahawa HAMAS adalah sebuah gerkan militant, “celebrate the militant group’s 21st anniversary”. Pendirian kami dengan tegas mengatakan bahawa HAMAS bukanlah sebuah gerakan pengganas. HAMAS adalah sebuah pertubuhan yang mementingkan kemerdekaan Palestin, sentiasa mengambil berat hal ehwal masyarakat Palestin dengan mendirikan tabung-tabung sekolah , rumah anak yatim dan klinik kesihatan.

    Makanya, pada bulan Januari 2006 atas dasar demokrasi, pihak HAMAS telah melalui sistem pilihanraya dan terbukti berjaya menjadi pemerintah yang dipilih oleh rakyat. Yang memilih HAMAS adalah rakyat jelata, bukannya dipilih melalui rampasan kuasa. Perkara ini membuktikan HAMAS bukanlah sebuah gerakan pengganas. Cumanya kemenangan mereka tidak dipersetujui oleh Amerika sendiri( yang menyeru demokrasi ), malahan mereka(Palestin pimpinan HAMAS) dikenakan sekatan ekonomi.

    Perkatan ‘ violent takeover’ yang digunakan amat tidak kami persetujui. Mengikut sejarah Palestin , apa yang berlaku pada June 2007 adalah berbeza daripada apa yang disiarkan diberita-berita telivisyen. Ketika itu,majalah Vanity Fair pada bulan april 2007 telah mendedahkan usaha jahat AS yang telah cuba merancangkan peperangan saudara di Palestin demi menjatuhkan kerajaan HAMAS yang telah dipilih oleh rakyat Palestin.

      Amerika Syarikat dengan sengaja memberikan tugas kepada Muhamad Dahlan, Penasihat Keselamatan Presiden Mahmood Abbas untuk membuat kekacauan. Dokumen ini telah terbongkar dan menyebabkan HAMAS bangkit menggagalkan usaha ini dan mengambil alih Gaza. Namun berita ini diputar belit, menampakkan seolah-olahnya HAMAS yang memulakan serangan keganasan dan cuba merampas kuasa. Ini semua adalah permainan media barat dalam usaha menghancurkan Islam yang indah ini. Secara betulnya, usaha HAMAS disokong oleh seluruh rakyat Palestin. HAMAS adalah sebuah gerakan yang cuba mengembalikan maruah dan kemerdekaan negara mereka.

      Jika mahu diceritakan semula keperitan muslim di Palestin, kami yakin ramai sudah tahu. Pendirian kami jelas. Kami mengecam tindakan Israel menduduki Palestin dan menyokong segala usaha mengembalikan Palestin ketangan penduduk asalnya yang berhak. Kami juga meminta pihak Malaysian Insider untuk menapis setiap berita yang diperolehinya dan mengkaji berita sebenar sebelum disiarkan kepada orang awam.

      Bagi kami, sebagai rakyat Malaysia cukup marah dan membenci sebarang bentuk penjajahan. Cuba kita umpamakan, Negara adalah sebuah rumah. Pada satu hari, datanglah seorang lelaki muda ke rumah kita. Lalu lelaki ini memasuki rumah kita, terus ke bilik ibu bapa kita. Lantas si lelaki menghalau ayah kita, malah mengatakan ayah kita pengganas dan menghukum bunuh ayah kita. Ibu kita ditidurinya, rumah kita dijadikan seperti rumahnya. Sebagai anak , apakah peranan kita? Adakah kita kita mahu membiarkan sahaja atau menjadi seorang anak yang berjuang menentang si lelaki yang menceroboh rumah kita? Anda fikirkanlah.

        Apa yang penting, semua penjajah perlu dihapuskan, perlu ditentang.

        Mungkin berita ini lebih tepat dan sepatutnya disokong oleh rakyat Malaysia.

        BANDAR GAZA 14 Dis. – Beribu-ribu penyokong Hamas berhimpun di bandar ini hari ini untuk menyambut ulang tahun ke-21 penubuhan pergerakan itu.

        Penyokong Hamas yang tiba dengan bas dari serata tempat di wilayah Genting Gaza membanjiri bandar ini sambil mengibarkan bendera Hamas.

        Ketua pentadbiran Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh dijadual berucap pada perhimpunan tersebut lewat hari ini.

        Ismail dijangka menyatakan pendirian Hamas berhubung perjanjian gencatan senjata dengan Israel yang berakhir pada Khamis ini setelah berkuasa kuasa selama enam bulan.

        Hamas menuduh Israel gagal mematuhi perjanjian itu kerana terus mengenakan sekatan ekonomi ke atas Genting Gaza.

        Israel pula mendakwa Hamas gagal bertindak untuk menghalang puak militan daripada melancarkan roket dan melepaskan tembakan mortar ke pekan-pekan di selatan Israel.

        “Tidak ada gunanya untuk melanjutkan gencatan senjata itu sedangkan pihak musuh tidak mematuhinya dan terus mengenakan sekatan ke atas Gaza,” kata jurucakap Hamas, Fawzi Barhum.

        Hamas menawan Genting Gaza daripada Parti Fatah pimpinan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada tahun lepas.

        Sumber: Utusan Malaysia

        1 Comment »

        1. Setuju!!!!
          Hampir SEMUA akhbar termasuk yang dipunyai oleh kerajaan dan orang Islam sendiri idak faham bahawa HAMAS menang pilihanraya. Dan Mahmud Abbas sebagai presiden Palestine adalah seakan talibarut Yahudi sama seperti Anwar Sadat dulu.
          Dan semua kerajaan Arab lebih rela tengok Yahudi sembelih umat Islam supaya mereka boleh berkuasa.

          Comment by mieaab — January 11, 2009 @ 9:37 pm | Reply


        RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

        Leave a Reply

        Fill in your details below or click an icon to log in:

        WordPress.com Logo

        You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

        Twitter picture

        You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

        Facebook photo

        You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

        Google+ photo

        You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

        Connecting to %s

        Create a free website or blog at WordPress.com.

        %d bloggers like this: