perjalananjauh

December 7, 2008

Nikmatkah Berkorban?

Filed under: Fikrah — perjalananjauh @ 9:59 am

“Bila di hatimu tiada rasa lazat yang boleh kamu peroleh

Daripada amal yang kamu lakukan, maka curigailah hati kamu”

-Ibnu Taimiyah-

Banyak orang mengatakan berkorban itu mendatangkan rasa ni’mat dalam hati. Benarkah begitu?

Kenapa memerah tenaga membanting tulang , menggadaikan darah dan nyawa, mengeluarkan harta untuk kepentingan orang lain selalu memberikan keteduhan dalam hati?

Kenapa ada orang yang sanggup memberikan hartanya kepada orang lain meskipun dia dalam keadaan yang sangat memerlukan semata-mata untuk membahagiakan orang lain?

Berkorban secara lahirnya memberikan sesuatu kepada orang lain atau dengan kata lain mengurangi apa yang kita ada. Sebaliknya dari segi maknawi berkorban mampu mendatangkan ketenangan batin dan keteduhan hati bagi pelakunya.

Benarlah kata Anas R.a. yang menyatakan bahawa Rasulullah adalah orang yang tidak pernah diminta sesuatu kecuali beliau pasti memberi.

Praktikal pengorbanan juga dapat kita lihat pada diri salafussoleh yang lebih rela memberi tanpa mengharapkan balasan. Sebagaimana kisah seorang ulama yang tidak mahu menerima sebarang hadiah daripada anak muridnya apabila beliau selesai mengajarkan hadis kepada anak muridnya itu.

Saudaraku,

Apakah rahsia disebalik penolakan pemberian tersebut?

Pastinya mereka ingin lebih merasai ni’mat berkorban, memberi dan sejuknya hati saat bersusah payah dalam memberi manfaat pada orang lain demi meraih keredhaan Allah.

Ingatlah saudaraku, berkorban itu ni’mat yang tiada tandingnya dalam kehidupan. Sebagaimana kisah syaikhul intifadhah, Sheikh Ahmad Yasin(semoga beliau ditempatkan bersama golongan syuhada’) yang tetap teguh dalam perjuangannya untuk membebaskan bumi palestin daripada kongkongan rejim zionis demi melindungi kiblat pertama umat Islam iaitulah Masjid Al-Aqsa meskipun dengan kondisi tubuh beliau yang lumpuh. Bagaimana beliau tetap istiqomah berangkat ke masjid pada waktu fajar dengan kerusi rodanya untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah sehingga takdir menentukan beliau akhirnya syahid dibedil peluru penjajah zionis. Pengorbanan darah dan nyawa yang mahal di sisi Allah. Semoga Allah merahmati beliau.

Namun demikian, perlu diingat saat kita melakukan amal pengorbanan lantas kita tidak dapat merasakan secebis keni’matan dan kesejukan dalam hati maka curigailah hati kita. Hal ini kerana amal kita sebenarnya telah dicemari dengan perasaan riya’,ujub,bangga diri, tidak ikhlas yang ditiupkan oleh syaitan dan nafsu. Berhati-hatilah saudaraku. Jernihkan niat sebelum memulai sesuatu ibadah.

Sempena menyambut kehadiran ‘aidiladha yang bakal tiba ini marilah sama-sama kita memperingati semula kisah pengorbanan nabi Ibrahim dan nabi ismail. Kisah yang sungguh bermakna jika difahami dengan teliti. Sesungguhnya mana-mana manusia pun sering merasa berat dalam melakukan ketaatan kepada Allah tetapi sabar dan yakin dengan janji Allah adalah pembakar semangat perjuangan melawan perasaan tersebut.

Saudaraku,

Sesungguhnya ni’mat pengorbanan bergantung pada seberapa besar kita mampu bersabar dalam melakukan pengorbanan dalam beramal soleh.

Mungkin mudah menaip di papan kekunci.

Tetapi hakikatnya lebih sukar menghadapi realiti.

Semoga diri ini tidak menyalahi firman Allah;

Wahai orang-orang beriman, mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan

(As-Saf:2)

1 Comment »

  1. “Bacalah dengan nama Tuhanmu…Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah… Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia…Yang mengajar manusia dengan pena… Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya…Sekali-kali tidak! Sungguh, manusia itu benar-benar melampaui batas… Apabila melihat dirinya serba cukup…” (96:1-7)

    Allahu Akbar!!~

    Comment by alif haikal — December 12, 2008 @ 8:04 am | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: