perjalananjauh

October 20, 2008

Ana Muslim

Filed under: Al-kisah — perjalananjauh @ 4:11 pm

Episod 7

Selesai Ah Meng mandi, dia terus diberikan sehelai baju T –shrit bewarna hijau tua berlengan panjang. Kemudian diberikan kain pelikat yang kelihatan agak baru, bewarna hitam berjalur biru. Pada mulanya Ah Meng agak kebingungan, tidak pernah dia memakai kain pelikat. Waktu malam biasanya dia hanya mengenakan boxer dan singlet sahaja ketika di bilik. Namun, hasil daripada tunjuk ajar Nazmie, Berjaya juga dia menggulung kain pelikat itu ke tubuhnya, agak longgar tapi cukup selesa.

” Selesa jugak lo, berangin.” Bisik Ah Meng, tersenyum sendiri.

Sebentar tadi,Ah Meng dilarang balik ke biliknya oleh Deli, itupun setelah Abang Nazif mengumumkan sebuah idea. Agak memeranjatkan Ah Meng kerana dia wajib ikut serta. Dia mahu memberontak, dia mahu pulang.

” Majlis Taklim? Seminar aqidah? ” Ah Meng tertanya-tanya.

” Saya non-muslim, I don’t want lo..” Ah Meng pada mulanya membantah.

” Tapi ini satu arahan..” Deli bersuara.

” Arahan daripada siapa? You ke? ” Ah Meng tetap tegas, tidak mahu.

” Sebentar lagi arahan bersurat sampai.” Deli berkata lagi, cukup yakin.

” Baik, saya tunggu setengah jam, kalau tiada arahan university saya akan pulang.” Ah Meng berkata, sedikit ego. Melupakan kesalahan yang dilakukannya sebentar tadi.

Seperti yang dijanjikan, setengah jam kemudian ketukan dipintu kedengaran. Tangan Ah Meng masih bergari. Seorang lelaki dialu-alukan masuk oleh Hakimi dan Abang Nazif.

” Ustaz Adnan??” Ah Meng kecut perut, terkejut habis. Kakinya kembali menggigil. Ustaz Adnan, bekerja di bahagian Disiplin dan Latihan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar muncul. Ustaz yang dikenali sebagai ‘ Harimau Barantai’ yang selalu melatih pelajar-pelajar bermasalah kini didepan matanya. Pudar pandangan Ah Meng.

” Ye ustaz, saya salah ma..Tolong lo, jangan kasi hukuman.” Ah Meng terus merayu.

” Oh, awak Tan Jui Meng. Sudah pandai berkayu-kayu menyerang yang lain yek. Sudah hebat sangat ke? ” Ustaz Adnan terus menengking.

” Takla la ustaz, salah paham jak lo.” Ah Meng mahu menangis. Takut.

” Sebagai hukuman, ini surat untuk awak. Ini satu arahan dari unit disiplin.” Suara ustaz Adnan sedikit kendur. Satu sampul berisi surat dihulurkan kepada Ah Meng. Mengeletar tangan Ah Meng menyambut.


Universiti Tenaga Nasional, Km 7, Jalan Kajang-Puchong, 43009 Kajang, Selangor.
Tel: 603-8921 2020, Fax: 603-8928 7166.

Ruj. Kami: Uniten/09/10/08UDT/BHEP

Tarikh      : 1 Oktober 2008

Tan Jui Meng

Program Kejuruteraan Mekanikal

Universiti Tenaga Nasional

Tuan,

Arahan Mengikuti Seminar Motivasi Rohani

Dengan segala hormatnya Perkara di atas dirujuk.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Disiplin dan Latihan, Bahgaian Hal Ehwal Pe;ajar, UniTEN menganjurkan seminar sehari untuk pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin.

3.    Sehubungan dengan itu tuan diminta melaporkan diri di Unit Disiplin dan Latihan pada 2 Oktober 2008 dan bertemu dangan En Adnan B. Mansur, Pegawai Kanan Disiplin dan Latihan.

4.    Tuan diberikan masa sehingga pukul 4 petang untuk melaporkan diri. Kelewatan tuan akan dekenakan tindakan tegas daripada pihak university.

Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Berkhidmat demi negara

Saya yang menurut perintah,

Adnan B. Mansur

Pegawai Kanan Unit Disiplin

Bahagian Hal Ehwal Pelajar,

Universiti Tenaga Nasional

Cetakan computer.Tidak memerlukan tandatangan

Suara bacaan surah Al-Quran diluar mematikan lamunan Ah Meng. Ah Meng berjalan menuju ke ruang tamu. Kelihatan Hakimi, Nazmie, Deli dan Muaz sedang bersolat. Diketuai oleg Abang Nazif . Bacaan Abang Nazif cukup lembut, beralun dan kadang kala Ah Meng seakan-akan dapat memahami setiap patah ayat yang dibaca.

Selesai Solat Isya’ mereka terus berkumpul mengelilingi abang Nazif, jarak antara mereka dan Abang Nazif, lebih kurang tiga meter. Nazmie pula sibuk menyiapkan projector berjenama BenQ MP612c-nya beserta dengan sebuah laptop.

” Ah Meng, mari dekat. Kita nak mula da ni.” Hakimi bersuara memanggil Ah Meng.

Ah Meng yang bersandar di dinding mula bergerak, duduk di sebelah Hakimi. Hakimi memberikan Ah Meng sebuah buku dan sebatang pen. ” Untuk kamu catat, moga dapat menambah dan berkongsi ilmu ye.” Bisik Hakimi, lembut sambil tersenyum.

Ah Meng pula, diam membisu seribu bahasa.

” Bismillahhirrahmanirrahim, Dengan nama Allah, Maha Pemurah , Maha Pengasihani.” Abang Nazif memulakan bicara.

” Hari ini, kita akan membincangkan tentang ilmu akidah, atau pun jua dikenali dengan nama Theology. Abang tau, awak semua mesti terkejut pabila abang terus mahu mengadakan seminar ini. Namun abang percaya dengan adanya majlis ilmu ini, dapat menambahkan kepercayaan kita terhadap Allah , memantapkan akidah kita, dan bagi Ah Meng mungkin dapat menjelaskan siapakah kita yang dituduhnya Taliban sebentar tadi. Abang amat berharap majlis ini berguna untuk kita, dan dapat disampaikan kepada orang lain. Anggaplah ini sebagai halaqah kita minggu ini.” Abang Nazif memberikan kata pendahuluan.

Ah Meng mendengar dengan khusyu’, di terpegun dengan kata- kata Dengan nama Allah, Maha Pemurah , Maha Pengasihani. ‘ Maha Pemurah? Maha Pengasih? Argh pembohong. Papa selalu cakap Tuhan tipu. Mana ada tuhan’ Monolog pada hati Ah Meng menafikan,.

” Ah Meng!” Abang Nazif bersuara memanggil.

” Ye.” Ah Meng menjawab.

” Boleh Abang Tanya, Ah Meng penganut agama apa?” Lembut sahaja suara Abang Nazif.

” Erm, erm. Papa cakap tak la tuhan. Tuhan-tuhan ni semua pembohong. Semua membuatkan olang jadi bergaduh, buat orang buang masa. Tinggalkan family. Saya tak la agama, kami freethinker.” Ah Meng menjawab, agak takut-takut. Manakala yang lain terkedu, Muaz terpelongo. Deli diam memandang Ah Meng, Hakimi terkedu. Sangkanya Ah Meng penganut Buddha. Nazmie dan Nazif tenang memerhatikan Ah Meng. Malah Nazif tersenyum.

” Ok Ah Meng terima kasih. Baguslah, kita akan terus bertanyakan Ah Meng, menerangkan pada Ah Meng apakah akidah kita.Menggunakan kalimah syahadah menerangkan pada Ah Meng. Baiklah Meng, kenapa papa awak ajar awak yang dunia tak da tuhan?” Nazif bertanya lagi, malah lebih lembut.

Ah Meng mula berani. Senyuman Abang Nazif membuatkan dia terasa mudah untuk berkongsi cerita, dia selsesa.

” Dulu papa ada adik, dua orang. Atuk sama nenek saya sangat sayang pada adik ini. Mereka menjaga itu adik dengan penuh kasih sayang, hantar ke luar Negara, United Kingdom. Mereka bagi macam-macam pada itu dua orang adik, mahu apa semua bagi. Papa pula nenek dan atuk suruh berhenti sekolah sahaja. Tidak pandai katanya. Papa rasa sangat sedih, hali-hali dia doa sama tuhan, kasi juga nenek sama atuk sayang pada dia. Papa rasa nenek dan atuk tidak adil. Papa pergi itu tok kong ali-ali, pergi jumpa imam kasi minta ubat, doa pada tuhan tapi imam takmau sebab papa bukan Islam. Pegi macam-macam tempat, berdoa. Pergi kuil Hindu, gereja dan macam-macam, mau jumpe tuhan. Tapi nenek sama atuk masih buat tidak tahu sama papa. Satu ali, itu adik dua olang balik lumah, dua –dua kata sulah tidak lagi Buddha. Sudah kawin sama itu mat saleh. Nenek sama atuk sangat terkejut, atuk ada sakit jantung. Atuk terus tumbang dekat situ juga. Mati. Nenek sangat sedih, tak mau makan lo.” Ada air mata meleleh pada kerlip mata Ah Meng. Suaranya terhenti.

” Sebab tak mau makan, badan nenek jadi sangat kulus, lalu nenek pun ikut itu atuk. Mati. Papa sangat sedih, papa pergi semua tempat, marah-marah. Papa tanya itu imam di masjid, mana tuhan? Papa pergi kuil tanya sami, mana tuhan? Pergi geleja Tanya father mana tuhan? Semua tak tau jawab. Papa jerit-jerit cakap tuhan jahat, amik atuk dan nenek, amik adik-adik. Agama itu bodoh, agama hancurkan hidup papa, tuhan tak adil. Sejak itulah papa tak mahu tau ada agama, papa akan marah bila tahu ada agama, papa benci azan, loceng , bunyi-bunyi agama. Kami pun tak suka, agama ini tipu. ” Ah Meng habis menceritaka segalanya. Namun dalam hati Ah Meng masih melekat kata-kata yang didengarinya tadi, yang menyentuh hatinya tadi, dengan nama Allah, Maha Pemurah , Maha Pengasihani.

” Jadi awak pun tidak percaya Tuhan?” Nazif bertanya.

” Ya saya tak percaya. Malah ramai lagi yang tak percaya.” Ah Meng menjawab. Yang lain hanya memerhatikan .

” Jadi awak percaya yang bagimana? Kami yang percaya tuhan menganggap bahawa bumi ini dicipta oleh Tuhan, bagaimana pula pendapat freethinker seperti awak Meng?”Nazif bersuara.

Ah Meng terdiam, berfikir barangkali. Lalu mebuka mulut. Yang lain tak sabar menanti.

” Bumi? Bukan sahaja bumi, tapi semuanya ini adalah nature, wujud secara kebetulan. Kanun andaian. Saya, awak malah kawan-kawan, bumi, bulan , bintang, planet, cakerawala, semuanya. Hanya terjadi secara nature. Terjadi dengan teori Big Bang, Alam berkumpul lalu meletup secara kuat menghasilkan apa yang kita anggap sekarang alam, angkasa dan sebagainya. Gas- gas dari letupan menghasilkan oksigen dan gas-gas lain, semua terhasil dari nature. Kebetulan hasil daripada letupan.” Ah Meng berhujah. Tegas menegakkan pendapatnya, pendapat yang diajar papa.

” Bolehkah saya berikan bandingan kata-kata kamu itu? ” Nazif meminta izin.

” Ye silakan, saya akan berhujah.” Ah Meng bersedia menghadapi bandingan yang akan diberikan.

” Baiklah, cuba bayangkan kamu dan Hakimi sesat di padang pasir dan melalui satu istana yang makmur. Didalamnya terdapat dinding yang penuh dengan ukiran dan perhiasan, permaidani yang mahal, jam dan harta. Apa pendapat kamu Hakimi?”

” Ada seseorang yang membina istana ini dan segala kelengkapan itu abang,” Hakimi menjawab.

” Ah Meng pula?” Nazif bertanya pada Ah Meng. Jelas kelu pada lidahnya, agak gusar.

” Erm, itu berlaku secara semula jadi juga.” Mata Ah Meng memandang ke bawah.

” Bagaimana maksud awak Meng” Nazif bertanya lagi, yang lain menantikan jawapan.

Ah Meng mendapat idea, dia pasti ini idea yang menarik. Dia yakin. ” Di sana ada sebuah batu yang dibawa air banjir, angin dan factor-faktor cuaca, lalu terkumpul. Selepas berlalu beberapa kurun ia bertukar menjadi dinding secara kebetulan.” Ah Meng menjawab, Deli dan Muaz berkerut dahi memikirkan jawapan Ah Meng. Ah Meng perasan kerutan itu.

” Bagaimana pula dengan permaidani itu?” Nazif makin galak menyoal.

‘ Abis gua, dia jerat gua nih’ Bisik hati Ah Meng.

” Ern ar. Bulu- bulu kambing beterbangan lalu terhimpun dan bercampur antara satu sama lain, kemudian datang pewarna mencelupnya sehingga bertukar menjadi permaidani.” Jawapan Ah Meng, tatkala itu, Ah Meng terasa dirinya seperti melakukan satu kerja bodoh, bercakap berdasarkan kebodohan.

” Bagaimana pula dengan jam?” Sekali lagi Nazif menyoal.

” Oh itu jam, ar ar ar. Besi yang terhakis disebabkan oleh factor cuaca lo, dia terpotong menjdi bulat dan bergabung. Selepas itu bertukar menjadi seperti yang abang lihat la.” Ah Meng tersengih, menoleh memandang Hakimi. Mungkin meminta persetujuan, namun Hakimi menundukkan kepala.

” Kah kah ka, huhu. Gila ke apa tue? Kah kah ka.” Suara Muaz menghamburkan gelak tawanya. Deli tersenyum, Nazmie hanya diam menanti jawapan Nazif, Hakimi tertunduk. Ah Meng terasa dia adalah pelajar tadika, memberi jawapan yang amat pelik. Tak disangka perbandingan kali ini berbeza amat. Selalunya dia boleh sahaja menghuraikan bagaimana teori manusia daripada spisies beruk. Hari ini dia tewas. Kepala ditunduk kebawah.

” Ah Meng..” Abang Nazif memanggil lembut.

” adakah kebetulan yang menjadikan lidah mempunyai 9,000 simpulan urat kecil yang boleh merasa?”

” Tak mungkin.” Jawapan Ah Meng.

” Ah Meng, adakah kebetulan yang menjadikan telinga mempunyai 100,000 sel untuk mendengar, mata mempunyai 130,000,000 sel untuk menerima cahaya? Adakah semua kebetulan yang menjadikan pelbagai sel yang kecil hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop melakukan kerja dengan tersusun?” Kebetulankah?” Nazif bertanya lagi.

” Tak mungkin” Jawapan Ah Meng. Kepercayaan Ah Meng ranap. Ranap hanya dengan jawapannya sendiri. Jawapan bodoh kepada sebuah perbandingan ringkas.

” Sekarang bagaimanakah kamu wujud?” Nazif mula lagi bertanya.

” Saya sudah tidak pasti. Mungkin secara nature.” Ah Meng teragak-agak, jawpan yang sudah tidak diyakini. Dia bimbang jawapan bodohnya akan digelakkan semula oleh Muaz.

” Adakah awak sendiri yang menciptakan diri sendiri dengan kemahuan dan akal kamu? Adakah kamu sendiri yang memasukkan diri kamu ke dalam perut ibu kamu? Adakah kamu sendiri yang memilih perut ibu manakah yang akan melahirkan kamu? Adakah awak yang memilih hospital manakah awak akan dikeluarkan, dan memilih doctor manakah yang akan megeluarkan awak? ” Pertanyaan Nazif menghentam hati, bukan sahaja Ah Meng, malah semua yang berada disitu.

” Bukan, bukan saya.” Ah Meng mula terasa dia sudah tersilap Mana mungkin dia yang memilih untuk dilahirkan, tak mungkin. Dia mengenal, yang melahirkan itu dipanggil ibu, tidak pula dia yang memilih orang itu menjadi ibunya. Argh tak mungkin.

” Jadi, siapa yang menciptakan kamu? Papa kamu? ” Nazif bersuara lagi.

Ah Meng pening, dia rasa tertekan dia rasa bodoh, dia rasa tersalah. Papa ajar benda salah. Papa silap. Mana mungkin papa yang pilih dia menjadi anak papa.

” Ah Meng.” Nazif memanggil, Ah Meng diam. Hakimi disebelah turut menyiku, Ah Meng terus diam.

” Ah Meng,,, Ah Meng.. Meng.. ” Nazif nemanggil lagi. ” Hoi! Meng.” Suara Deli pula kedengaran, keras. Namun Ah Meng terus diam. Mata Ah Meng semakin kabur, gelap. Lama, diam, gelap, pekat, hilang semuanya dan sunyi. Ah Meng rebah dipangkuan Hakimi, hanya mulutnya bergerak- gerak.

Hanya kedengaran, oleh semua yang berada disitu. Kedengaran dari mulut Ah Meng.” Dengan nama Allah, Maha Pemurah , Maha Pengasihani” Perlahan namun jelas. Ah Meng pengsan.

Bersambung…

3 Comments »

  1. indah rasanya mbaca nukilan yg semakin menarik saban hari ni
    jelas nampaknya ah meng mungkin akan bkemungkinan utk mjadi muslim sejati dgn bantuan hakimi(mcm kenal jer watak ni)

    tapi dlm keadaan dunia masa kini, bukan ramai golongan ah meng yg sudi mdgr dan bfikir sejenak bteraskan landas akal yg rasional. nafsu tbebas mjadi kuasa penentu utama dalam mjadi panduan dlm khidupan. atas prinsip yg bdiri ats landasan yg x nyata, keteguhan akal yg boleh memacu khidupan tertutup dgn andaian bteraskan fahaman dan semakin ramai pula golongan yg cauvinis dan extremis yg tibul

    wallahualam

    Moga Allah selamatkan Msia dan umat Melayu dari perpecahan

    Comment by azrai — October 20, 2008 @ 9:31 pm | Reply

  2. penulisan yang baik,teruskan berdakwah

    Comment by nurh — October 21, 2008 @ 6:45 am | Reply

  3. Salam semua..

    Mmm terkejut gak saya membaca coretan nie. Best..

    Saya doakan anda semua berjaya di dunia dan terutama sekali di akhirat ya ..

    Comment by Siti — January 13, 2010 @ 3:51 pm | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: