perjalananjauh

September 22, 2008

Resepi untuk semua

Filed under: Hawa — perjalananjauh @ 12:39 am

oleh: Lilydvalley Kek Coklat(Kukus)


Lilydvalley@myresipi.com

Bahan-bahan ( 8 in )

  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan susu segar perisa coklat
  • 1 cawan minyak
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3 biji telur

Cara-cara

  1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
  2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
  3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
  4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
  5. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.
  6. Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan.
  7. Angkat dan sejukkan.

oleh: umi_e Kek pisang


umi_e@myresipi.com

Kek yang murah dan mudah untuk dibuat. Gambar di atas adalah kek pisang yang telah siap dimasak. Gambar di bawah adalah kek yg telah siap dihias.

Created on : 27-11-2006

Bahan-bahan ( – )

  • 4 biji pisang sederhana besar
  • 3 biji telur sederhana besar
  • 1 3/4 cawan tepung naik sendiri
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan minyak
  • 1 sudu teh bicarbonat soda
  • secubit garam

Cara-cara


  1. Pukul telur dan gula hingga kembang


  2. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan gaul


  3. Kemudian masukkan tepung dan gaul lagi

  4. Akhir sekali masukkan minyak dan kaup balikkan adunan hingga sebati

  5. Masukkan dalam acuan yang telah disapu sedikit margerin dan dialas dengan kertas minyak


  6. Bakar hingga masak selama 45mins dengan api sederhana atau pastikan kek telah masak dengan mencucukkan lidi dan jika lidi bersih bermakna kek telah masak

Kek Coklat Kukus


lisafiq@myresipi.com

Resepi daripada kak ipar…amat mudah menyediakannya.

Created on : 23-04-2007

Bahan-bahan ( 8-10 orang )

  • 1 cawan gula
  • 1 tsp krim tartar/baking powder
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • 4 biji telur
  • 1 tin susu pekat manis
  • sedikit esen vanila
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan minyak jagung
  • Untuk toping – coklat masakan, susu cair dan mentega (anggaran sendiri)

Cara-cara

  1. 1.ayak bersama krim tartar,soda bikabornat,tepung gandum dan serbuk koko
  2. larutkan gula dengan air panas
  3. pukul telur hingga kembang sedikit
  4. masukkan susu pekat manis
  5. kemudian masukkan esen vanila dan gula yang dilarut tadi.
  6. masukkan adunan tepung – kacau sebati
  7. masukkan minyak jagung – kacau sebati.
  8. tuang adunan ke dalam bekas plastik dan kemudian kukus selama 45 minit.( anggaran 4 bekas plastik 4 segi)
  9. Pastikan air di dalam periuk kukus dididihkan terlebih dahulu sebelum mula mengukus.
  10. Untuk toping – coklat masakan, susu cair dan mentega (anggarkan saja) dimasak dengan kaedah ‘double boil’.
  11. setelah kek sejuk, tuang toping ke atas kek dan taburkan coklat rice.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: