perjalananjauh

September 12, 2008

Warkah buat seorang sahabat

Filed under: Fikrah — perjalananjauh @ 4:18 pm

Salam my brother..

First of all I would like to wish you ‘Selamat menyambut Ramadhan Kareem’. May this barakah month motivates us to increase our ‘amal’ and more importantly make us closer to Allah. Ameen.

Regarding the ‘secret’ that u told me recently, here I’ll try to give the explanation and I hope that u will read it carefully. Read it with your heart not just with your mind. Inshaallah you’ll get something from it.

Taubat dan Istighfar:

Allah menciptakan manusia dan menjadikan di dalam nalurinya sukakan dunia, panjang angan-angan, suka menghimpun harta, bernafsu untuk mendekati wanita, mempunyai perasaan marah, perasaan ingin menunjukkan kekuatan dan membalas dendam. Allah menjadikan syaitan yang sentiasa menghiaskan kepadanya perkara keji dan mendorongnya ke arah maksiat. Allah juga menjadikan di dalam manusia nafsu yang menyuruh kepada kejahatan(al-ammarah bi al-su’), merasa seronok terhadap perkara haram, kemudian dibantu oleh syaitan, lalu natijahnya dia mengerjakan maksiat dan membuat dosa. Apakah yang dia akan lakukan supaya terselamat daripada balasan maksiat dan hukuman dosa tersebut?

Sesungguhnya Allah dengan rahmatNya telah membuka pintu taubat kepada hamba-hambaNya.

Pintu taubat sentiasa terbuka selagimana seseorang itu masih sihat dan kuat. Jika dia bertaubat dengan taubat yang benar, ia akan diterima. Pintu taubat tidak akan tertutup melainkan ketika saat hampir mati, ketika roh sudah sampai ke halkum dan saat dia melihat secara jelas apa yang telah diberitahu oleh Rasulullah S.A.W. ketika itu taubatnya tidak diterima lagi. Ini kerana taubat adalah kembali kepada Allah secara sukarela, sedangkan ketika itu dia dalam keadaan terpaksa. Oleh itu pengakuannya ketika itu sudah tidak berguna lagi. Rujuk An-Nisa’ ayat 17.

Syarat-syarat Taubat:

Syarat taubat yang pertama ialah berhenti daripada melakukan kejahatan dan berazam tidak akan mengulanginya lagi. Kalau anda melalui satu jalan, tiba-tiba seorang lelaki membuka jendela rumahnya dan mencurahkan air kotor ke atas anda. Apabila anda mencelanya, dia memohon maaf tetapi dia masih lagi mencurahkan air ke atas anda, atau dia berhenti tetapi berjanji akan mengulanginya lagi esok hari. Adakah anda akan memaafkannya dengan sikap sedemikian?

Taubat juga mempunyai roh dan jasad. Rohnya ialah merasakan kejelekan maksiat, dan jasadnya pula ialah menahan diri daripada melakukannya. Bandingannya samalah seperti orang yang melalui satu jalan, tiba-tiba dia melihat papan tanda yang menunjukkan bahawa itu bukan jalan yang dikehendaki, dia akan merasa bahawa dia telah tersalah. Perasaan ini adalah tuntutan utama, kerana kalau tidak disebabkan dia mengetahui perkara tersebut adalah kesalahan, sudah tentu petunjuk kepada kebenaran tiada. Tetapi kalau dia hanya tahu semata-mata bahawa perkara itu salah dan tidak mengikut arah yang sebenar, malahan terus berjalan melalui jalan salah tersebut, maka pengetahuannya itu tak memberi apa-apa manfaat. Malah ia dosa yang lebih besar kerana orang yang sesat dalam keadaan tidak mengetahuinya masih boleh dimaafkan. Sebaliknya orang yang sudah tahu jalan yang betul tetapi dia melencong ke arah lain secara sengaja, tidak boleh dimaafkan lagi.

Syarat kedua ialah menjadikan berbuat kebaikan sebagai ganti kepada kejahatan dan pemulihan sebagai ganti kepada pemusnahan. Jadi, taubat akan berlaku dengan menukarkan kelakuan buruk kepada amal soleh. Firman Allah, “maka barangsiapa yang bertaubat selepas melakukan kezaliman(dosa) dan membuat kebaikan, maka sesungguhnya Allah akan mengampuninya.

Di antara pembaikan ialah anda meninggalkan dosa dengan sebenar-benarnya dan berazam penuh tidak akan mengulanginya lagi. Jika anda telah menanamkan keazaman yang sebenar, kemudian anda dikuasai nafsu atau keadaan memaksa anda sehingga membuat dosa lagi, lalu anda bertaubat, taubat itu akan diterima meskipun kesalahan dan taubat berulang-ulang. Tetapi jika keazaman anda sudah bercampur-baur dengan keraguan daripada awal lagi dan anda berkata: kalau keinginanku memuncak, aku akan mengulanginya lagi, kemudian aku bertaubat. Maka taubat yang sedemikian tidak benar dan tidak diterima.

Mereka yang bertaubat pula, Allah akan mengampuni mereka dengan limpah kurniaNya. Ini adalah kepada sesiapa yang bertaubat selepas melakukan dosa. Adapaun orang yang bertaubat dan insaf kerana takutkan Allah sebelum dia menyempurnakan dosa yang sedang dia lakukan, lalu dia meninggalkannya walaupun dia begitu berkeinginan untuk melakukannya, maka dia mendapat pahala yang lebih besar. Contohnya ialah seperti orang yang ditipu syaitan yang mendorongnya untuk berzina, sehingga dia hampir-hampir melakukannya tanpa apa-apa halangan, tiba-tiba dia teringatkan Allah, lalu dia meninggalkannya sedangkan syahwatnya begitu memuncak sekali. Siapakah yang boleh berbuat sedemikian melainkan mereka yang Allah bantunya dengan kekuatan?

Tetapi janganlah seseorang mencubanya kerana ia diibaratkan seperti seseorang yang memakan kuman penyakit yang bahaya. Jika dia terselamat daripadanya, dia akan mendapat antibodi yang lebih kuat daripada orang yang belum terkena penyakit tersebut. Tetapi kemungkinan mendapat antibodi tersebut hanyalah 1 peratus, sedangkan kemungkinan menderita dengan penyakit tersebut pula ialah 99 peratus. Ini adalah penyakit jasad.

Praktikal:

Mengenai mengawal diri daripada melakukan dosa dan anda sukar mendapatkan penghalang daripada mengulangi dosa tersebut, maka pertama sekali anda hendaklah menjauhi dosa tersebut, menghilangkan sebab-sebabnya, menutup jalan ke arahnya dan memulau orang-orang yang ingin menyeru ke arahnya.

Sesungguhnya sahabat yang baik adalah orang yang mampu membimbing rakan-rakannya menongkah arus jahiliah yang deras dengan cara mereka bersama-sama mencipta arus Islam yang jelas. Rapatkanlah diri anda dengan mereka kerana nasihat dan teguran mereka amat anda perlukan untuk menjelaskan matlamat kehidupan.

Beritahuku siapa kawan kamu,

Nescaya aku beritahu siapa kamu.

Seterusnya, sibukkan diri anda dengan pelbagai aktiviti(yang bertepatan dengan syariat) bersama masyarakat sekeliling(eg: sukarelawan mempromosi isu Palestin) kerana anda lebih terdedah kepada melakukan maksiat apabila berseorangan dan mempunyai masa terluang yang tidak terisi. Biarlah anda ‘busy’ sekalipun kerana di dalam kesibukan itulah sebenarnya anda tidak akan mendapati masa untuk melakukan perkara yang sia-sia. Akhir sekali, banyakkanlah berdoa kepada Allah, minta supaya diberi kekuatan dan semangat untuk melawan dorongan hawa nafsu dan bisikan halus syaitan.

Semoga jawapan yang dikongsikan dapat menjawab kemusykilan yang terbuku di hati dan yang lebih penting adalah ia dapat membuahkan amal(tindakan) untuk melakukan perubahan.

Ingatlah, sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka sekalipun dosa terlalu banyak. Janganlah anda berputus asa daripada keampunan Allah kerana perbuatan itu adalah lebih besar dosanya daripada segala dosa(Al-Zumar:53).

Wallahua’lam..

Yang Ikhlas,

-Sahabatmu-

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: