perjalananjauh

August 30, 2008

Susahnya bertudung

Filed under: Hawa — perjalananjauh @ 12:23 am

Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Agak sukar untuk kami bicarakan, kerana kami adalah lelaki.

Kurang sangat pengetahuan tentang wanita, apatah lagi untuk menegur wanita dan kaum hawa sekalian.

Akan tetapi kami ingin berkongsi sedikit ilmu dan cerita barangkali, boleh dihujahkan, dibantah malah diperbetulkan kalau tersalah. Usah dimaki hamun sudah.

Kami mendapat e-mail daripada rakan yang meminta pendapat. Tulisannya begini.

‘pe pendapat ko klo orang kte ‘wat pe pki tudung klo hati x ikhlas’ n ‘yg pi tudung bukanya bek pon’

Huhu, ayat terakhir itu, kami amat tak suka. Namun tidak mengapa, kami cuba untuk menjawab. Yang lain, bolehlah memberi pandangan.

Setelah sedikit perbincangan dengan rakan lain, kami suka untuk merujuk sebuar artikel, dan pengolahan mungkin akan mengikut gaya kami. Artikel ini bertajuk ‘ 10 Sebab Paling Top Wanita Muslim tidak Suka Berhijab’ oleh Dr. Huwaydaa Ismaeel. Kami ambil sedikit sahaja.

Sebab Pertama : Saya tidak yakin lagi dengan apa perlunya berhijab( bertudung).

Pernahkah dengar sebab yang ini? Kami pernah dengar.” Tudung? What the H you nak I pakai tudung? Apa yang penting sangat yek? Kalau just nak jaga nafsu para lelaki, please la. Tak kuasa I..Eh makk, tolongla. Iman dalam dada, bukan pada rambut I yang canteek nie ha” Kata-kata yang pernah terhambur satu ketika dulu, ketika menegur. Mulut sedikit memuncung-muncung tatkala mempertahankan diri beliau, intonasi bahasa sedikit beralun lembut pedih.

Betulkah beliau belum yakin?

Tatkala kita mengucap syahadah kita mengakui, Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah,beerti beliau talah meyakini aqidah. Muhmmad itu pesuruh Allah yang beerti beliau telah mengakui apa-apa yang dibawa oleh Muhammad adalah hukum Allah yang benar.

Jadi bagaimana pula dikatakan meyakini Allah dan Rasul tetapi tidak yakin dengan hukumnya?

Jika kerajaan mengumukan cuti umum, kita yakin dengan pengumuman kerajaan. Namun adakah dikatakan kita orang yang yakin jika tetap beriya-iya pergi kelas atau kerja?

Itu bukannya yakin, yang itu, ” Bengong.” Kata- kata Ustaz Mustafa Dolah,bekas pengetua SMKA Pedas.

Allah berfirman:

Hanya ucapan orang-orang mukmin, apabila diajak kepada Allah dan rasulnya agar rasul memutuskan Diantara mereka, mereka berkata,” Kami dengar dan kami taat.” Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.( Surah An-Nur.24:51)

Sebab kedua: Saya nak pakai tudung nie, tapi mak saya tak berapa nak bagilah. Bukankah mentaati ibu bapa itu wajib?

Pernah Tipah cakap benda ni pada kami, ” Halo geng, sori la. Aku bukan taknak ikut cakap korang tapi mak aku cakap dunia dah berubah, zaman dah maju, So, aku ikut je, malas nak bantah-bantah.” Oh Tipah, jawapanmu itu mensyahdukan sungguh, terharu.

Tapi Tipah Allah berfirman:

Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua( An-Nisa’ , 4:36)

Allah fiman lagi Tipah:

Dan jika keduanya memaksamu mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau mentaati keduanya , dan pergauli keduanya di dunia dengan baik , dan ikutilah jalan orang yang kembali kapada-Ku. Kemudian kepada-Ku tempat kembalimu, maka akan Aku beritahumu akan apa yang telah kamu kerjakan.( Luqman, 31: 15)

Tipah, nak tanya sikit. Macamana awak boleh patuh kepada mak awak dan engkar kepada Tuhan yang menjadikan awak dan mak awak?

Oh Tipah, jangan tertipu lagi.

Sebab ketiga: Kedudukan dan pekerjaan saya tak mengizinkan saya untuk bertudunglah.

” Saya ni student engineering, susahlah nak pakai kain, tudung bagai. Leceh. Saya suka lagi pakai jeans then kenakan dengan baju t-shirt. Barulah engineer.” Kawan-kawan yang sering memberikan alasan ini pada kami.

Mungkin betul, dan banyak lagi yang tak berapa nak betul.

Sebabnya, ramai je kami jumpa rakan-rakan muslimah yang cantik bertudung walaupun bekerja sebagai engineer, student engineer. Teramat ramai.

Mungkin muslimah yang ni ada terbaca firman Allah:

Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dan memberinya rezki yang tidak disangka-sangka. ( Talaq, 65 :2-3)

Rakan-rakan, yang menentukan kedudukan kita di dunia ini adalah Allah kan? Allah boleh aja menjatuhkan kita daripada kedudukan kita sekarang. Jadi, jangan sombong kepada Allah.

Sebab keempat:Panaslah Malaysia nie, susah nak bertudung.

Mila pernah hamburkan ayat ni. ” Huh panas betul Malaysia ni. Ni semua global warming la ni. Potong sana, tebang sini. Abih rosak pokok, udara, panas jadinya. Yang paling penting diorang dapat dosa juga sebab membuatkan aku tak pakai tudung, panas tau. Hehe.” Mila tersebgih-sengih tatkala bercakap, senyum .

” Neraka lagi panas.” Kata-kata kami tika itu, terus terdiam Mila. Muka nak nangis. ” Ambik kau” Dalam hati kami, sekadar berbisik.

Allah berfirman:

Katakanlah ” api neraka jahannam lebih panas “,jika mereka mengetahui ( At-taubah,9:81)

Sebab kelima: Takutlah kalau pakai hijab tak ikhlas nak buat apa, nanti akhirnya buka juga. Ramai dah jadi macam tu.

Alasan yang ini jika diaplikasikan menggunakan logik, pasti akan lahirnya ramai manusia yang meninggalkan terus ibadah.

” Malaslah nak solat, aku tak ikhlaslah. Nanti last-last aku tinggalkan juga, buat bertambah dosa je. Buat tak ikhlas.”

” Malaslah nak puasa..malaslah nak itu, malaslah nak ini..aku tak ikhlaslah..”

Amboi-amboi, ikut suka hati je yek.

Bukankah Allah menyuruh kita sentiasa berdoa agar tsabat( tetap teguh) dalam agama ini? Sewajarnya kita berdoa dan beristiqamah, bukannya tengok orang lain buat kejap dan tinggalkan , maka kita pun terasa kita akan jadi begitu.

Jika kita terasa lemah, Allah menyuruh kita meminta tolong daripadanya dengan sabar dan solat. Bukannya minta pada pakwa, bukan juga pada yang lain. Hanya pada Allah. Lindungi daripada sifat sekejap-sekejap.

Sebab Keenam: Saya akan bertudung apabila Allah memberi saya hidayah nanti.

” Tunggulah dulu, nanti aku dah pergi haji aku pakailah. Aku tak puas lagi nak enjoy, kau ni. Aku muda lagi, hidup hanya sekali, so kita enjoyyy.” Rambut digerbang-gerbangkan, tangan pula diangkat keatas. Buat muka ala-ala puteri gitu. Rasa menyampah pun ada, tapi nak buat mecamana, kawan-kawankan.

” tapikan maut tu sentiasa hampir?” Kami bertanya.

” Hei, mulut tu jaga sikit. Aku muda kagi tau. Sihat, tubuh solid molod lagi. Jangan nak sebut-sebut mati.” Marah pula kakak ni.

” Ha, tahu pula takut.” Kami mengejek.

” Bukan takut, just ngeri.”

Allah berfirman:

Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau mempercepatkan sesaat pun ( Al –A’raf, 7:34 )

Kalau bukan sekarang, bilakah lagi? Nak tunggu, tunggulah.

Kami beritahu je.

Ada lagi alasan?

Silakan dengan alasan-alasan itu. Sebabnya nanti mulut tak akan dapat mempertahankan kita, lidah kelu tak bersuara. Yang jawab adalah anggota badan kita, kepala, tangan, kaki, telinga dan sebagainya.

” Mana mungkin telinga boleh bercakap, bukan ada lidah pun kat telinga.” Huh ada juga yang membantah ye.

” Pada radio dan telivisyen pun tiada lidah, bagaimana pula radio dan telivisyen boleh bersuara? Manusia mencipta keduanya, dan Allah yang mencipta menusia. Jadi jangan pelik jika ciptaan Allah berjuta kali hebatnya.” Kata Ustaz Ali Tantawi.

Maaf jika ada terkasar bahasa, tersalah hbicara. Hanya pendapat dan pandangan peribadi.

Syurga atau neraka?

Yang mana anda pilih?

Terserahlah kepada anda.

18 Comments »

  1. tudung… hmmm tudung je tp aurat terbuke… ramai gak yg macam tu rite

    Comment by zaini — August 30, 2008 @ 2:56 am | Reply

  2. T.kasih sahabat..

    Comment by ingin tahu — August 30, 2008 @ 4:50 am | Reply

  3. mereka itu menutup aurat tapi seperti tidak menutup aurat,,

    Comment by fariz — August 30, 2008 @ 6:50 pm | Reply

  4. tudung mmg diwajibkn bg setiap p0mpan islam..tp kalu die x pkai 2dung lantak die la jwb gn allah kt akhirat nti…bknnye ssh sgt p0wn nk ttp aurat..

    Comment by ieja — August 31, 2008 @ 1:59 pm | Reply

  5. sepatutnya kita yg menyedari bahawa perintah menutup aurat ini satu kewajiban perlu berperanan..
    masalah umat kita tidak akan selesai jika kita asyik menuding jari pada org lain dan hanya mementingkan diri sendiri sahaja yg jadi baik..
    adakah perintah Allah supaya kita melakukan seruan ke arah kebaikan dan Cegah kemungkaran sudah kita penuhi??
    sama2 kita berusaha mengikut kemampuan masing2..

    Comment by perjalananjauh — September 1, 2008 @ 12:14 am | Reply

  6. Assalammualaikum…hmmm…mmng sukar utk di p’katakn isu ini…hati & hidayahah itu milik Allah…Ana pernah jga m’punyai kwn bgini masa kat PLKN…mcm2 ragam…nasihatlah dgn b’hikmah…i’Allah pasti byk hijrah yg akan antun lihat…di samping itu doakan utk sahabat2 kita agar di bukakan hati…kerna kita x kan rugi…smakin rmai umat Islam yg sedar atas tanggungjawab mreka…smakin rugilah syaitan…b’pesan2lah dgn kesabaran…
    RAMADHAN KAREEM….KULLU SANNAH TOIYIB

    Comment by PeNciNtA_iLLaHi — September 1, 2008 @ 12:39 am | Reply

  7. assalamualaikum…alhamdulillah dikurniakan hidayah dan kehendak untuk menutup aurat…sebenarnya bab-bab aurat dan lain-lain nih sebenarnya atas hati masing-masing..nak atau tak…tapi fatwa dari hati nih biarlah betul..oleh itu bersihkan hati2 dengan mengaji dan mengingati mati, banyakkan air mata keinsafan di malam hari…kadang-kadang bukan kita tak tahu apa itu haalal dan haram…cuma atas kehendak hati masing2..ikut nafsu atau hati yang mengingati Allah…sedar tapi kita kadang2 saje buat2 tak sedar…moga dalam bulan ramadhan nih kita sama2 bersihkan ati dan jiwa

    Comment by nurh — September 1, 2008 @ 6:20 pm | Reply

  8. ni sapa ni,mengeluh pasal hukum tuhan,xnak bertudung xpyh pakai senang cite,lu ni mesti jiwa kaco punya ehehehe

    Comment by orgkita — September 4, 2008 @ 2:11 am | Reply

  9. Assalamualaikum kepada akhi Hakim dan Afizhi, mohon untuk di’copy’ artikel ini untuk disebarkan…Syukran jazilan..ana akan letak sekali dipetik dari ‘perjalananjauh.wordpress’..teruskan menulis..moga dengan tulisan antuma berdua bakal menguatkan lagi hujah2 duat dalam menghadapi mad’u mereka..Kepada semua,selamat berpuasa!Moga kita menjadi golongan yang lebih bertaqwa bermula dari 1 Ramadhan hingga ke akhir hayat kita.Ameen..

    Comment by Hanif Stam — September 4, 2008 @ 11:20 am | Reply

  10. salam bro…
    mmg setuju sgt la..pompuan skang mmg byk cekadak…pandai upenye pompuan zaman skang cr alasan..
    hope you all can continue writing this issue…ye r skang pompuan pakai tudung, tp aurat msh gak nmpk..btk badan,ketat, suara…
    laki lak camner?

    Comment by aljenderami — September 4, 2008 @ 10:55 pm | Reply

  11. Assalammualaikum….benar kata sahabat2 smua…nk dip’salahkan mreka 100%….x thu nk ckp bgaimana….sbb….ada yang lngsung x ade basic agama…(latar blakang agama)…namun…mreka jgak spatutnya cri ilmu ttng agama krana hidayah itu prlu dicari…utuk ng yg m’cari…hmmm…x thu…tp kpd sahabat2 yg sdar akn hal ini….prlulah bntu sahabat2 kt di luar sana…jgn biarkan mreka…”tidak sempurna iman seseorang itu jika dia x mengasihi saudaranya yg lain”….ambil jln hikmah…ikut cara Rasulallah….sabar atas kerenah madu’ kita…..
    SaLaM RaMaDhAn…teruskan p’juangan…

    Comment by PeNciNtA_iLLaHi — September 6, 2008 @ 2:12 am | Reply

  12. salaam..perbincangan yang menarik..tapi apa yang ana boleh kongsikan, segala perintah Allah akan dilakukan oleh sesiapa sahaja apabila dia telah mengenal Allah dan hatinya merasa ingin taat kepadaNya dengan penuh rela..bukanlah tudung itu soal pertama, yang lebih penting berusahalah tundukkan hatinya terlebih dahulu supaya mencintai Allah..insya Allah segala masalah lain akan berjaya dirawati🙂..jemput la ke blog ana, http://khalisah.wordpress.com di bawah entri ‘biah yang celaru: part tudung’..wassalam

    Comment by khalisah — September 6, 2008 @ 12:59 pm | Reply

  13. Itu bukannya yakin, yang itu, ” Bengong.” Kata- kata Ustaz Mustafa Dolah,bekas pengetua SMKA Pedas.

    hahaha.. seriously boleh imagine intonation ustaz mustafa. (dulu dia PKHEM kat smapl).

    tudung, aurat, semua nih..

    pada saye balik kepada education. pendidikan. supaya basicnye betul. supaya basic principle nye betul.(iman dan islam)

    selalu sahaja dihalakan soalan oleh non muslim,

    ‘i’ve met a lot of muslim women without the scarf that u wear, so is it obligatory?’

    ‘it is’

    ‘then y arent they wearing it?’

    ‘it is something i believe in.’

    mostly they will respect ur religion and faith. and those with the rational mind will accept u as a human being, a friend i shall say.

    trust me.. tarbiyah tuh datang dengan pelbagai cara. pada saye, kita kene pergi, dekat dengan mereka. belajar dan faham. kenal, dan usahakan dari situ.kadang-kadang kita yg tahu nih, kena bantu mereka yg tahu tapi kurang nak memahami ataupun mereka yg tak tahu.

    just my 2 cents.🙂

    Comment by ainishamsi — September 7, 2008 @ 11:30 pm | Reply

  14. assalamualaikum wr,

    Menarik blog ni.. teruskan usaha menulis…suka cara yg santai sahaja…

    Comment by nour — September 8, 2008 @ 9:33 pm | Reply

  15. salam.

    Alhamdulillah.

    Kalian. bagus tulisan ni. Bagus menyampaiannya.Lantas, boleh kah mahu mengambil teks bertudung ini utk dipublishkan? akan di linkkan ke page kalian. Bagusnya ilmu itu apabila diamalkan. boleh diamalkan setelah disampaikan.

    Saya sendiri insaf diri. Perlu mengikhlaskan lagi niat ini dalam beribadah:)

    terima kasih.

    Comment by Aini — September 25, 2008 @ 5:34 am | Reply

  16. salam..
    bagus nya..
    ‘alasan2 lazim’ x nak pki tudung..
    tp cuma mahu memberi sedikit pandangan..
    jgn lah dicemuh atau dipandang serong wanita yang tidak bertudung ni..
    mane tahu kalau2 mereka sempat bertaubat sblm mati..
    atau ibadah mereka lebih ikhlas dan diterima Allah berbanding kita..
    siapa tahu??
    kita mampu menilai, namun Allah sahaja yang berhak menentukan..

    jika aurat wanita tentang bertudung selalu diambil berat, bagaimana pula aurat lelaki terutama yang memakai seluar pendek..
    menyarungkan seluar pendek atau seluar panjang tidak terlalu banyak bezanya jika dibandingkan dengan memakai tudung atau tidak memakai tudung..
    sekadar pandangan..wallahualam~

    Comment by aireensamirah — November 30, 2008 @ 2:16 am | Reply

  17. assalamualaikum
    wahai saudara2 ana sekalian
    hidup ini penuh dengan tipu daya
    sekiranya kita tidak mendekati Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW
    selagi itu kita akan jauh dari kebenaran,

    pada pendapat ana…sebenarnya kita ini sebagai seorang hambah Allah perlu sentias mengingati KEMATIAN sbb dengn cara inilah kita akan sedar akan perbuatan yang kita lakukan di muka bumi ini

    selain itu, kita cuba perbanyakkan tuntutan ilmu
    terutama tentang hukum2 Allah….
    ingattttttt kita ada dua sumber ilmu yang paling utama sekali ianya ialah:
    Al Quran DAN Al hadith

    renung2lah kita ini berada diambang akhir zaman jadi sama2lah kita beristiqoma dalam beribadah..

    semoga ALLAH SWT sentiasa meredhai setiap perbuatan kita

    jadi akhir kata
    apa yang baik tu kita ambil iktibar n yang burruk tu kita buatkan sempadan k

    yang baik datangnya dari Allah SWT yang buruk tu datang dari diri ana sendiri atas dasar kelemahan ana yang masih kurang ilmu ini.
    dan diharap maaf atas segal$a kesilapan …..

    wallahualam

    Comment by muslim-sejati-man — December 28, 2008 @ 4:02 pm | Reply

  18. salam..mmg terkesan di hati betul artikel ni…MMg boleh diaplikasikan pd org sekeliling yg tetap bagi mcm2 alasan utk pakai tudung..paling byk alasannya..nanti dh kawin atau dah tua barula pakai..tapi kite kan tak tau bile ajal nak sampai…Hm..paling sedih bile org yg kite kenal bertudung cantik tetibe bukak tudung disebabkan tekanan sekeliling….pengaruh member2, tekanan tempat kerja n mcm2 lagilah..Ya Allah, kuatkanlah jiwa-jiwa kami utk sentiasa taat kepadamu..Amin..ok..Tudung itu satu anugerah!!!!

    Comment by yaya — October 7, 2009 @ 10:55 pm | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: