perjalananjauh

August 10, 2008

Ana Muslim

Filed under: Al-kisah — perjalananjauh @ 5:01 pm

Episod 6

Ketukan Ah Meng semakin keras. Makin laju, bertambah kuat.

Tombol pintu kelihatan berpusing namun perlahan. Ah Meng bersedia, dia tetap nekad. Dia mahu buktikan, manusia bernama Ah Meng tidak mudah dipermainkan. Sebaik sahaja daun pintu kelihatan renggang, dengan pantas Ah Meng menendang sekuat hatinya.

‘Degangggg’ Hentakan kuat pada dinding membingitkan, bising amat. Ah Meng meluru masuk, kayu besbol di tangan digenggam erat. Lantas kayu itu mula mencari mangsa, dan yang paling pasti kayu itu ingin dihadiahkan khas buat Hakimi.

Tatkala itu dihadapan Ah Meng berdiri seorang lelaki, berbaju biru tua, seluruhnya. Ah Meng tidak berapa pedulikan kelibat itu, yang difikirkannya hanya melibas sesiapa jua di hadapannya. Melibas sesiapa sahaja yang membuka pintu. Maknanya, lelaki ini mungkin adalah mangsa pertama Ah Meng.

Ah Meng memulakan libasannya terhadap lelaki tersebut, menggunakan teknik libasan seperti yang dipelajarinya didalam kelas Taekwan-Do. Libasan dari arah kanan ke kiri, separas bahu. Libasan Ah Meng kelihatan laju, padu dan sekuat mungkin. Mulut Ah Meng terkeluar carutan-carutan khas buat Hakimi, dan yang paling jelas, ” Cilaka lu Hakimi”. Carutan yang sentiasa berulang-ulang.

Lelaki dihadapan Ah Meng kalihatan tenang, libasan pertama Ah Meng disambut dengan sedikit unduran kebelakang. Apabila Ah Meng melibas untuk kedua kalinya, libasan Ah Meng agak pelahan. Mungkin kerana libasan kali ini bermula daripada kiri ke kanan. Gerakan perlahan Ah Meng mmbuatkan lelaki tadi mula mengira-ngira akan kelemahan Ah Meng. Seperti yang pertama, libasan ini juga dielak dengan sedikit langkahan dan bongkokkan badan kebelakang. Pada masa yang sama , lelaki tadi rupa-rupanya telah membuat perkiraan terhadap semua gerak, kekuatan dan gaya Ah Meng.

Setiap libasan Ah Meng dikira saatnya, tenang sekali. Lelaki tersebut dapat membuat jangkaan. Setiap libasan Ah Meng mengambil masa 3 saat,dan lajakan terhadap libasan daripada kanan ke kiri memerlukan sesaat lagi bagi menstabilkan badannya untuk melibas daripada kiri ke kanan dan seperti diketahui, libasan kiri ke kanan agak perlahan.

Apabila Ah Meng melibas untuk kali ketiganya, kanan ke kiri, ketika itulah si lelaki mengambil peluang untuk bertindak.

Lajakan Ah Men dihujung libasan memberi peluang. Lelaki tersebut mengelak badannya ke kiri, lantas lengan kanan Ah Meng yang mengenggam kayu besbol dicengkam kuat. Tangan kiri lelaki itu pula dengan pantas memaut leher Ah Meng. Kaki kirinya dengan laju mencari pelipat kaki Ah Meng, lalu ditujah sekuat mungkin membuatkan Ah Meng melutut. Nafas Ah Meng kelihatan sukar, tercungap-cungap. Tangan kanan yang mengenggam lengan kanan Ah Meng dilipatkannya kebelakang, dan merenggangkan cengkaman Ah Meng terhadap kayu besbolnya. Tergolek –golek kayu besbol tersebut.

Ah Meng semakin sesak nafas, badannya ditolak ke lantai. Tangannya dilipat kebelakang, kedua-duanya. Dia umpama terkunci. Leher masih dipaut, ketat dan merimaskan.

” Arghhhhh” Ah Meng menjerit sambil meronta-ronta, rona merah di muka Ah Meng terpancar. Menyala-nyala betul.

” Lepaskan la !” Ah Meng jerit, marah.Suaranya tersekat-sekat.

Tika itu, Ah Meng terdengar suara yang dikenalnya. Seakan merayu-rayu. Sayu.

” Deli, tolonglah syeikh. Dia ni kawan saya ni. Dia tak bersalah apa-apa. Mesti ada salah faham ni. Lepaskanlah dia Deli, dah hampir pengsan tu.” Suara itu merayu.

Lelaki tadi tetap tidak berganjak. Malah lagi kuat.

” Deli, tolonglah. Tolonglah. Saya jamin, dia tak akan lakukan begitu lagi, lepaskanlah dia” Suara Hakimi masih kedengaran merayu, seperti ada esakan pada suara itu.

” Erm, mana boleh” Itu sahaja suara yang keluar daripada mulut lelaki bernama Deli itu.

” Deli, lepaskan si cina tu.” Satu suara daripada sudut tepi apartment agak tegas, dan Ah Meng tahu itu bukan suara Hakimi.

Seketika kemudian, lelaki tadi mula melonggarkan pautannya pada Ah Meng. Tiba-tiba Ah Meng terasa tangannya seperti diikat, peliknya bukannya dengan tali tapi terasa seakan besi. Ah Meng dibangunkan dalam keadaan tangannya kebelakang, dibangun secara diangkat untuk berdiri.

Dalam apartment itu, baru Ah Meng sedar ada lagi kelibat lain. Sedang duduk bersila di sebelah penjuru berdekatan dengan balkoni apartment. Tiga orang sedang duduk, melopong memandang Ah Meng. Barangkali mereka teperanjat. ” Balu tahu siapa gua. Huh” Ah Meng sedikit bangga kerana membuatkan mereka teperanjat.

Dihadapan Ah Meng berdirinya Hakimi. Matanya kelihatan merah, basah. Hakimi menggosok-gosok badan Ah Meng. ” Sakit ke Meng?” Sempat lagi dia bertanya, namun Ah Meng memalingkan mukanya kebelakang.

Ketika Ah Meng berpaling kebelakang itulah dia agak terperanjat beruk. Lelaki di belakangnya, berpakaian biru, pistol jelas tersisip di sisi kiri pinggangnya. Ah Meng lihat muka lelaki tersebut, bengis.

” Duduk!” Lelaki tersebut membentak.

Rasa bergoyang lutut Ah Meng. Takut, kecut.

” Tu.. tu.. tu..an.. Saya..ye..say..” Ah Meng gagap.

” Aku Cakap duduk! Apa tak paham bahasa ke?” Suara Deli menengking Ah Meng.

“Jangan sampai ak..” Belum Deli menghabiskan kata-katanya, Ah Meng sudah pun berada di kerusi, diam tidak bergerak. Cuma kelihatan giginya menggigil.

“Buka garinya tu, Deli.” Suara daripada lelaki dihujung penjuru seperti mengarah.

” Tapi Abang Nazif, dia menyerang kita tadi. Budak ni patutnya dibawa ke balai dulu” Deli memprotes,tegas.

” To..to..tolong la tu..tu..an. Saya tak bersalah lo” Ah Meng merayu tergagap-gagap.

” Lepaskan dia, kita dengar dulu apa masalahnya. Kita tak perlu menghukum seseorang tanpa tahu apa perkara sebenar yang membuatkkan dia bertindak begitu. Islam datang membawa rahmah. Hukuman Islam adalah pengajaran, bukan penyiksaan.” Suara Nazif berhujah.

” Erm.” Sedikit keluhan terkeluar daripada mulut Deli.

” Saya lepaskan satu gari sebagai mendengar pendapat abang, dan satu lagi saya biarkan sebagai mengikut pendapat saya.” Tetap juga Deli dengan pendapatnya. Abang Nazif diam, dia tahu dengan perangai Deli, keputusannya sukar dibantah.

Ah Meng kelihatan takut- takut. Hilang semangat jantannya sebentar tadi. Terbang entah ke mana. Dalam hatinya mengutuk-ngutuk dirinya. Macam manalah dia boleh tidak perasaan yang dia menyerang seorang anggota polis, dia bingung. Dia pasti, hukuman berat akan menantinya kalau perkara ini dibawa keperingkat polis. Kemungkinan yang mengerikan, dibuang daripada pengajian dan dipenjarakan. Menitik air mata Ah Meng. ” Gua bodoh” Mencaci diri sendiri.

Hakimi yang berdiam diri sebentar tadi, mula melabuhkan punggungnya disebelah Ah Meng. Lelaki-lelaki tadi, yang bersila di penjuru apartment juga mula mengelilingi Ah Meng. Senyap kecuali ada seoang, sejak tadi tergelak-gelak.

” Kenapa awak tiba-tiba menyerang Meng? Beritahu saya, kenapa awak marahkan saya?” Hakimi bertanya selembutnya.

Ah Meng diam, langsung tidak membuka mulut.” Nak jawab ke tak?” Kedengaran suara Deli, Ah Meng kecut perut.

” Ba..ba..ik gua jawab.” Ah Meng gegap.

” Guna saya, gua..gua..aku bagi makan kayu kang” Sekali lagi Deli menengking.

” Anta syeikh, sabarlah sikit.” Suara Nazif menegur Deli. Deli diam. Manakala yang seorang lagi terus-terusan ketawa. Terkekeh –kekeh geli hati, Ah Meng bengang dalam ketakutan. Namun Hakimi disebelah memberi Ah Meng sedikt kekuatan.

” Ustaz Mad, dia belitahu gua..eh saya.. Hakimi ni olang Taliban” Ah Meng bersuara , membuatkan seisi rumah itu terkejut.Deli terkejut, Hakimi terlopong, Nazif dan Nazmie terpelongo. Hanya Muaz ketawa terbahak-bahak.

“Kah, kah ,kah. Hakimi, mungkinlah. Muka mu dah macam mat Afghan kot. Tu lah orang tuduh mu.Kih kih kih.” Muaz ketawa panjang.

” Hish, perlahan sikit” Nazmie menegur Muaz tapi Muaz terus-terusan ketawa jua.

Nazif yang sudah faham dengan perangai anak buahnya, membiarkan sahaja.

” Kenapa dia kata begitu?” Nazif bertanya pada Ah Meng.

” Sebabnya lu olang berkumpul macam Taliban, berbincang –bincang mahu Islamkan saya. Ustaz Mad cakap Hakimi sihir saya.” Ah Meg takut untuk beselindung dihadapan Deli, mukanya bengis.

” Astagfirullah, astagfirullah. Maafkan mereka ya Allah, mereka tak mengerti.” Keluar daripada mulut Hakimi dan yang lain. Muaz yang tergelak itu pun masih sempat beristigfar, itu pun sambil tersengih-sengih.

” Kau apek, silap seranglah. Kau serang anggota polis kenapa? Kah kah kah.” Muaz kembali ketawa, suka betul hatinya tatkala orang lain runsing. Inilah gunanya orang seperti Muaz, meneutralkan suasana. Deli yang pembengis itu pun, kelihatan sedikit tersenyum. Senyuman yamg manis.

” Erm, lagi apa katanya? ” Nazmie pula bertanya,sambil tangannya mengusap-usap belakang Muaz agar ketawanya sedikit reda. Mata ditumpukan pada Ah Meng.

” Hakimi zikir tak guna tasbih,sebab dia sihir saya. Saya rasa tertipu, saya rasa marah. Sebab tu saya serang, saya tak berniat nak serang polis, cume nak ajar Hakimi je.” Kemarahan Ah Meng kelihatan sedikit reda, dia luahkan apa yang terbuku didalam dadanya.

” Selalunya ini adalah masalah aqidah, masih ada juga orang Islam yang terkeliru akidahnya.Ah Meng, untuk mengenal Islam perlu melalui pintunya. Seperti awak masuk ke sini tadi, melalui pintukan? Begitu juga dengan Islam. Dan pintu kepada Islam adalah aqidah” Nazif menerangkan.

“Ye, dulu Hakimi ala celitakan pada saya.” Ah Meng teringat kembali.

” Ye, dia mungkin ceritakan. Tapi mungkin juga tak sepenuhnya. Ramai yang belajar aqidah ini tidak sepenuhnya, sebab itulah ramai yang mempertikaikan Islam. Ramai lagi yang menggunakan nama Islam, namun sering menentang ajaran Islam itu sendiri. Menentang hukum judi, hukuman terhadap penzina, hukum terhadap pencuri,hukum riba malah hukum aurat yang ringkas itu pun.” Nazif mengulas, yang lain senyap. Tawa si Muaz sudah tenang. Ah Meng turut diam.

“Ha begini..Abang ada satu idea, idea besar untuk majlis besar, terbaik mengatasi segala perkara di dunia ini..” Nazif tiba tiba separa menjerit, membuatkan yang lainnya terkejut.

” Ha?” Hakimi terpana.

“Ye?” Nazmie tidak sabar.

“Apa dia? ” Deli keras bersuara.

“Jangan melawaklah, keh keh keh.Apa dia?” Muaz ketawa sambl tenanti-nanti.

” Ha? Cepat wo, apa lo? ” Ah Meng seakan tidak sabar.

Bersambung…

7 Comments »

  1. isu penyelewengan akidah masih berlaku…kadang-kadang dalam diri sendiri..moga Allah beri petunjuk dan sama-sama memuhasabah diri

    Comment by nurh — August 11, 2008 @ 11:56 am | Reply

  2. ceritanya sedikit laju..namun saya pasti penulis ada sesuatu yang ingin dilakukan..saya minat gaya flash back saudara..cerita yang menarik, ape lagi ye lepas ni?

    Comment by renda — August 11, 2008 @ 2:05 pm | Reply

  3. hmmm….tahniah akim
    ko mmg bjaya buat aku tpaut pd jln pceritaan ana muslim
    wpun ada yg bpendapat cerita ni dpercepatkan ke kemuncak cerita
    tapi aku bpendapat sebaliknya
    bnyk plot2 baru yg boleh dijalankan lagi slps penamat setiap bhgn cerita
    penumpuan pd isu islam dan konflik remaja mungkin boleh dkupas dgn lbh mdalam lagi
    sekadar memberi pdpt dr sudut bahasa
    keep up the good work
    nnt aku suruh kwn2 aku baca page ni
    Assalamualaikum

    Comment by Azrai — August 18, 2008 @ 10:48 am | Reply

  4. SALAM ZIARAH DARI DUBLIN.. JEMPUT2 LA SINGGAH MY BLOG..🙂

    Comment by JHaZKiTaRo — August 20, 2008 @ 1:34 pm | Reply

  5. akim n fizi…at las dpt gak ana bcer cter ni stlah skian lamer x brksmpatan..very nice..ikhwah hukm dah nak final exam nih,antum doakan la kami suma lulus..tnsion2 stdy blh ana bcer cter ni…cpt2 la smbung ek…hahaha

    Comment by Nudeen — August 22, 2008 @ 12:02 pm | Reply

  6. salam perkenalan buat JHaZKiTaRo… nice blog!!

    Comment by perjalananjauh — August 25, 2008 @ 6:00 pm | Reply

  7. salam perkenalan buat JHaZKiTaRo… nice blog!!
    buat Nudeen.. good luck utk antum nye exam.. I.A jayyid jiddan fil imtihanukum.. semoga cemerlang dalam ujian dunia n akhirat terutamanya..😀

    Comment by perjalananjauh — August 25, 2008 @ 6:04 pm | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: