perjalananjauh

July 29, 2008

Mengharap Kasih

Filed under: Al-kisah — perjalananjauh @ 1:33 am

Kelas Pemakanan Haiwan tamat lebih awal, lantas memberi ruang buat siswa- siswi ke cafeteria berhampiran untuk melepaskan lelah. Tuan Haji Ismail Idris laju sahaja meninggalkan Bilik Syarahan Sains Haiwan, melangkah tanpa toleh.

Ada dua tiga orang siswa sibuk kehadapan untuk membuat salinan nota yang tersimpan di dalam komputer bilik syarahan.

Memang sengaja Tuan Haji Idris simpankan, bagi memudahkan pelajarnya.

Suasana Jabatan Sains Haiwan agak kosong, hanya beberapa pelajar luar negara lalu lalang. Meja yang tersedia tidak terisi. Memang biasalah, pukul 12 tengahari memang selalunya begini.

Lantas Kadir mengambil keputusan untuk mentelaah kembali kuliah pemakanan sebentar tadi. Kadir labuhkan punggung di kerusi kayu, lalu Kadir keluarkan nota yang sempat disalin.

” Hai Kadir..” Suara Madihah menegur Kadir , bersama dengannya Zainul menjinjing beg laptop.

” Assalamualaikum..” Kadir menjawab sambil tersenyum.

” Alaikumsalam, perli ke?” Madihah menjawab laju, terasa mungkin.

Zainul yang bersama dengannya terus sahaja duduk dihadapan Kadir , membuka laptopnya dan terus leka menaip sesuatu.

Manakala si Madihah pula, tanpa banyak berfikir mengambil tempat di sebelah Zainul. Kadir tumpukan perhatiannya kembali pada nota yang erat di tangan.

” Kadir, aku sedihlah..” Tiba-tiba Madihah bersuara.

‘ Ape hal pulak minah ni’ Kadir bermonolog di dalam hati.

” Kenape?” Kadir bertanya.

” Aku malu la nak cirita kat kau dengan Zainul..” Madihah sedikit gugup.

” Dah tahu malu, yang kau tiba –tiba beremosi kenape?” Kadir menegur.

Madihah diam, kepala menunduk memandang meja.” Tapi aku nak cerita gak..” Madihah mennyusun ayat.

” Hah ceritalah.” Zainul disebelahnya menyampuk.

Kadir memandang Madihah sesekali, selebihnya mata ditundukkan ke nota. Cuba untuk memberi perhatian. Manakala mata Zainul terus menghadap laptop.

” Macam ni, kau rasa kalau lelaki tu dah ada girl, dia akan ajak ke girl lain keluar?” Laju sahaja Madihah bersuara, menyusun ayat yang tadinya tersekat.

Zainul memandang Madihah.” Eh engkau ni. Erm, aku rasa tak la. Lelaki kalau dah ada girl dia dah tak keluar dah dengan yang lain. Takut kantoi.” Zainul memberi pendapat yang dirasanya bernas. Kadir pula hanya diam berfikir.

‘ Hah macamana nak fahamkan umat?’ Terdetik pada hati Kadir.

” Eh ye ke? Aku kurang yakinlah. Macam ni. Ada sorang mamat ni ajak aku keluar haritu. So, aku pun keluarlah dengan dia. Masalahnya sekarang aku tak tahu apa status dia.Dah berpunya ke belum, entah-antah dah kahwin. Sebab tu aku tanya korang.”Madihah berani, menghamburkan segala persoalan.

” Erm, kau dah nak nikah ke?” Kadir bertanyakan soalan sensitif.

” Eh gila ke, aku nak nikah umur 25 lah. Sekarang baru je 20 tahun.” Madihah melenting.

” Owh, ingat nak menikah dah.” Kadir menjawab selamba.

” Aku sedih ni. Korang tolonglah aku.” Madihah sedikit beremosi.

” Nak tolong apa?” Zainul menyoal.

” Bagilah pendapat.” Madihah pula merayu.

” Macam ni, kau berterus terang jelah yang kau nak pada dia. Kau tanya apa status hubungan korang berdua.” Kadir berkomentar.

” Ish malulah, perigi mencari timba. Tak pernah dibuat orang.” Menjawab pula si madihah.

Kadir tenang. ” Yang Siti Khadijah buat pada nabi tu apa? Bukan orang? Ahli perniagaan, dermawan malah dihormati dikalangan penduduk Mekah. Boleh je Khadijah meminang Nabi. Tiada istilah perigi timba. Betulkan?” Lembut sahaja Kadir menjawab, kata-katanya sejuk semilir angin di pergunungan . Masuk ke halwa Madihah.

” Erm betul juga yek . Eh, tapi itu nabi, isteri nabi, aku orang biasa. ” Madihah cuba berhujah.

Kadir sedikit ketawa, Zainul memandang Kadir menantikan jawapan, Zainul tahu jawapan Kadir berbeza daripada orang lain yang sebaya dengannya.

” Sebab nabi dan isterinya lah kita patut ikut. Bukankah pada nabi itu terdapat contoh teladan yang baik?” Kadir membuat persoalan agar Madihah berfikir.

Madihah termenung.

” Erm, kalau aku beritahu dia. Nanti aku dicop orang yang tak tau malu. Tak naklah.” Madihah berkata perlahan.

” Yang pergi keluar dengan mamat tu baru sekali kene ajak tak malu pulakkan?” Tepat menikam jantung kata-kata Kadir kali ini.

Madihah muram. Makin sayu pula mukanya.

” Erm, tapi aku just nak couple je. Kawan-kawan aku kau nak tahu, hari-hari bermesej tau. Aku jeles.” Madiahah menerangkan.

Zainul yang dengar membalas.” Kalau itulah sebabnya, lebih baik jangan couple. Buang masa je.”

” Haah lah. Kau buang masa je. Kau nak menikah umur 25 tahun, ada 5 tahun lagi tau.” Kadir cuba memujuk.

” Tapi aku tak bolehlah. ” Madihah mempertahankan diri. ” Aku nak rasa.”

” Kalau kau nak rasa, kau nikahlah awal-awal. Itulah cara terbaik.” Kadir menyelesaikan.

” Eh ni kes naya. Mamat tu pun student, nanti dia nak bagi aku makan apa?Makan pasir?” Gusar.

Zainul cuba menjawab.” Bagi makan nasilah, kot pasir tu boleh di buat roti lainlah cerita.” Selamba betul jawapan Zainul.

Kadir tersenyum.” Hehe betul jugak. Madihah, kalau kita dah laksanakan satu perintah Allah, insya-Allah akan dimudahkan urusan. Orang selalu bagi alasan kalau nikah awal tak cukup duitlah, takut tak dapat makanlah. Tapi cuba tengok betul-betul realitinya, yang bercouple sekarang. Boleh je mereka pergi ke shopping kompleks, beli barangan canggih, handphone terkini, kamera digital untuk dihadiahkan kepada kekasih. Mana mereka dapat duit?” Kadir berceramah.

” Kita memang selalu memberi alasan pada benda yang halal. Yang halal tu kita susah-susahkan, tak cukup duitlah, takut makan pasirlah, takut tak dapat cari rumahlah, takut hilang tumpuan study. Tapi yang haram? Boleh je keluar berjalan walau sekali diajak, boleh je beli handphone seribu ringgit, boleh je makan KFC setiap kali bersama. Tak sebut langsung nak makan pasirkan?” Segalanya dilontarkan, moga menyedarkan.

Madihah terkedu. Ada titisan air mata di pipinya.

” Habis apa aku nak buat?” Rayu Madihah minta dibantu.

” Engkau tak sepatutnya bersedih pada benda yang tak perlu. Membazir masa. Banyak lagi perkara kita nak fikirkan. Kalau kau nak rasa berkasih sayang, menikah jalan terbaik. Kalau kau rasa nak menikah umur 25 tahun nanti, lama lagi, penumpuan pada study adalah jalan terbaik.” Kesimpulan dibuat Kadir.

Madihah angguk, Zainul tersenyum. Nota ditangan terus digenggam erat, penumpuan kembali hadir. Moga semua berjaya menempuh dugaan. Amin.

3 Comments »

  1. penulisan yang amat bgs. mg mmeberi kesedaran dalam diri ini…teruskan usaha berdakwah.

    Comment by nurh — July 29, 2008 @ 9:47 pm | Reply

  2. salam.
    suatu usaha yg bgs.harap dpt dijadikan iktibar dan beri kesedaran kepada muda mudi zmn skrg.sy pecaya tiada siapa yang terlepas drpd melakukan silap tapi masih ada masa untuk kembali ke pangkal jalan.harap kita semua sentiasa dipeliharaNya drpd perkara2 yg keji dan mungkar.Amiin.

    Comment by shirin91 — August 6, 2008 @ 1:21 am | Reply

  3. bercerite adlh satu inisiatif yg baik tuk mnyampaikn sesuatu msj..hrp2 nanti blh la buat buku plak..k, tme ksh bebnyk..bnyk dpt input dr blog neii..truskn ushe..smoge rmai yg akn tebuke hatiny tuk mngikut syiar islam..

    Comment by ana — January 6, 2009 @ 12:42 pm | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: