perjalananjauh

July 2, 2008

Ana Muslim

Filed under: Al-kisah — perjalananjauh @ 11:33 pm

Episod 5

Tok, tok , tok.

Kedengaran suara ketukan agak keras di tingkat 3 Blok A3, apartment Amanah. Dari tadi Ah Meng mengetuk –ngetuk pintu bilik tersebut. Puas ditanya orang, baru kali inilah diketemui bilik Ustaz Mad.

” Halo, halo, Mad.” Ah Meng bersuara. Dilaung-laung beberapa kali dengan harapan ada yang membuka. Hati Ah Meng jadi geram, gusar, takut, keliru dan bercampu-baur. Dia resah setelah mendengar cerita daripada Wei Han sebentar tadi. Dia asik tertanya-tanya dirinya. Apakah dia adalah mangsa? Mangsa kepada Hakimi untuk dijadikan Taliban? Pengganas?

” Argh, mana ni..? ” Ah Meng merungut. Ketukan dikuatkan lagi.

Tidak lama kemudian keluar seorang lelaki sebaya dengannya, pun sama seperti Boy. Memakai boxer, rambut berserabut, mata kuyu. Ditenyeh-tenyeh matanya seolah –olah memberitahu bahawa Ah Meng mengganggu tidurnya yang lena. Jam ditangan tepat pukul 12.00 tengahari. ” Huh, gila. Balu bangun ka?” Tanya Ah Meng.

” Pehal lu apek? Mau ape? ” Lelaki tadi menyoal,malas.

” Ini bilik itu Mad ka? ” Seringkas mungkin Ah Meng bertanya, dia mahu segera. Hidungnya mula terhidu bau tengik daripada badan lelaki tersebut. Busuk. Bau masam ketiak sedikit meloyakan kerongkong Ah Meng. Dia mahu cepat beredar.

” Aah, dia tak da. Keluar. Lu apek, pergi tengok dia di surau la.” Lelaki tersebut menjawab. Belum pun sempat Ah Meng mengucap terima kasih, pintu terus dihempas. Angin keras menujah ke muka Ah Meng akibat hempasan itu, disertai dengan carutan Ah Meng dalam bahasa ibundanya. ” Jantan tak guna. Sohai.”

Ah Meng terus menuruni tangga menuju ke surau. Dia tahu benar dimana letaknya surau, dia selalu mendengar alunan azan berkumandang. Apabila azan berkumandang, selalu kepalanya dijengahkan melalui tingkap. Dilihatnya kearah surau. Itulah dia tahu dimana letaknya surau.

Sepanjang menuruni tangga, dia terfikirkan tentang Ustaz Mad. Setahunya, Ustaz Mad bukanlah sebetulnya ustaz. Itu hanyalah gelarannya sahaja. Mungkin kerana pakaiannya, berserban, berjubah, dan sedikit celak dimata. Kata-katanya pula selalu menegur sahaja. Menegur perbuatan sumbang pelajar di kawasan kediaman Amanah. Dek kerana selalu benar ditegur oleh ustaz Mad, maka sengaja budak menggelarkannya ustaz. Seakan –akan memerli. Walhal bidangnya lebih kepada Electrical Engineering. Itulah sedikit sebanyak yang Ah Meng tahu tentang Ustaz Mad ini. Ah Meng terus menghampiri surau. Hatinya berdebar-debar.

Setibanya dipintu surau, dilihatnya selipar agak banyak didepan pintu. Dalam sepuluh pasang. Dari luar pula, kedengaran suara seakan-akan orang memberi ucapan. Agak tegas dan bersemangat. Ah Meng mula mengintai –ngintai daripada celahan pintu. Kelihatan pula lelaki-lelaki berserban duduk membentuk bulatan. Ustaz Mad rupanya yang memberikan ucapan itu. Yang lain sekadar mengangguk, ada jua yang kelihatan tersengguk-sengguk seperti ayam mematuk jagung. Suasana sunyi, kecuali suara Ustaz Mad mengawal situasi yang semestinya hambar.

” Hoi kafir laknatullah! Apa yang kau mahu ha? Mahu menghancurkan Islam? Mahu mendengar rancangan kami?” Tiba –tiba sahaja suara Mad menghala ke pintu. Yang lain tersentak, kepala masing-masing menghadap pintu. Memerhati apa yang dijeritkan.

” Hoi kafir laknatullah! Apa yang kau mahu? ” Sekali lagi suara Mad menuju ke pintu. Ah Meng tersedar, jeritan itu ke arahnya. Dia mula panik. ” Eh, dia jelit kat gua ka? ” Ah Meng masih ragu-ragu.

Kali ketiga, Mad menjerit. ” Hoi kafir laknatullah, keluar usah bersembunyi.” Keras sungguh Mad kali ini. Dia agak marah apabila majlis ilmu yang dikendalikanyya terganggu. Terutama apabila yang mengganggu adalah seorang kafir. Dia tidak dapat terima. Kafir tetap kafir. Tempatnya di neraka paling bawah . Neraka Jahannam. Begitu keras pendirian Mad terhadap semua yang bergelar kafir. Disama ertikan juga kafir dengan zionis, pengganas.

Dalam takut-takut disergah, Ah Meng keluar menghulurkan mukanya di sebalik daun pintu. Elok mukanya menjengah pintu, Mad menengking lagi. ” Jangan masuk! Tempat suci bukan untuk orang kafir macam kau. Apa kau mahu ha?”

” Hoi lu ingat ini tempat manyak suci ka? Itu ali ada kucing belak tau. Gua nampak.” Ah Meng yang geram mula membalas.

” Kurang hajar punya kafir. Apa kau mahu ha? Mengganggu? ” Mad tidak berpuas hati. Dia mula membara kembali.

” Gua nak jumpa lu. Gua mahu tanya tentang itu Hakimi. Apa lu sulah cakap sama Wei Han..” Ah Meng memberitahu niatnya, terus tanpa selindung. Bukan apa, dia tidak sanggup lagi mendengar tengkingan Mad yang keras baginya. Melihat muka Mad pun dia naik rimas. Langsung tidak seronok, tidak tenang pun.

” Apa kau nak tahu? Cakap je daripada situ. Aku jawab. Biar ahli jemaah lain dengar. Perkara yang aku cakap pasti dijanjikan benar. Allah akan bantu orang yang mahu menolong agamanya. ” Berani sahaja Mad menjawab.

” Tapi inikan hal pelibadi lo. Gua penah dengar itu olang cakap, hal pelibadi olang lain talak boley cakap depan olang. Dikila mengumpat dan mengutuk. ” Ah Meng memprotes. Dia tidak mahu orang tahu sekiranya benar Hakimi terlibat dengan kegiatan mengkaderkan dirinya untuk menjadi pengganas, Taliban. Dia mahu rahsiakan.

” Ko cakap je la. Aku jawab dari sini. Mengutuk dan mengumpat demi kebenaran agar orang lain tidak mengikutinya tidak menjad dosa. Kau mana faham, kau tu kafir.” Mad menerangkan ringkas, dan ditekankan pada perkataan kafir. Ahli jemaah yang lain mengangguk sambil tersenyum. Bangga bila melihat Mad berjaya menundukkan si kafir, bagi mereka Mad sungguh berkaliber dan berani mematahkan hujah lawan. Bagi mereka sahaja, bukan bagi orang lain.

Ah Meng mulai keliru. Kotak fikiranyya mulai memberontak dengan sikap Mad. Mad ini, Islamnya jenis apa? Persoalan yang sedang bermain dalam fikiran Ah Meng. Namun dibiarkan dulu, kerana perasaan ingin tahu tentang Hakimi lebih terkesan pada dirinya. Perasaan itu ditingalkan berlalu. Dia mahu segera tahu tentang Hakimi.

” Mana lu tahu iu Hakimi pengganas?” Ah Meng terus bertanya.

” He he he. Ooo itu yang menjadi punca engkau kemari ya. Ya lah, engkaukan salah seorang mangsa.” Tawa Mad dengan pertanyaan Ah Meng. Ah Meng mula geram.

” Jawab sahajalah, gua tanya ni ma..” Geram Ah Meng membarah.

” Baiklah aku jawab. Masa aku di masjid hari tue, aku terlihat Hakimi duduk berkumpul dengan sekumpulan anak muda dan seorang lelaki berumur lebih kurang 30-an. Seakan –akan membuat perancangan, mencatat dan memegang al-quran. Lalu aku mula cuba menghampiri, aku buat-buat seakan melakukan solat sunat ditepi mereka. Sepanjang yang aku dengar, mereka memang membuat pelbagai strategi, dan ternyata strategi mereka tidak megikuti sunnah Rasulullah ,Muhammad. Tapi..” Mad berhenti seketika, mengambil nafas.

“Tapi apa?” Ah Meng menyampuk. Dia tidak sabar.

” Tetapi mengikuti jalan yang dipelopori oleh orang-orang Taliban. Dalam Islam berdakwah hanya dengan cara nabi, cara lain tidak diterima sama sekali. Ini, cara yang aku ajarkan kepada ahli jemaah yang ini sahaja yang diterima. Nabi hanya mahukan yang ini. Nanti dihadapan Allah, bila ditanya apakah yang kamu buat dibumi, jalan manakah yang kamu ikut, kalau jawab selain jalan yang ini, maka dihumban kedalam neraka. Kamu kene berhati-hati dengan golongan-golongan Taliban seperti ini, pengganas, penjahat. ” Mad seakan-akan menerangkan kepada ahli jemaahnya tentang apa yang didengarinya. Manakala Ah Meng terpelongo, tidak paham.

” Hei Mad , gua tak paham la.. So, kenapa senang-senanglu cakap dia jahat? Dia hanya berkumpul macam lu juga, lu pun kila Taliban ka?” Ah Meng yang penat berdiri ditambah dengan pening kepala menyoal.

” Aku cakap dia Taliban sebab dia ada sebut nak bawa kau jadi Islam. Dia nak Islamkan ramai orang di Malaysia ni. Sama ada yang memang dah Islam ataupun yang kafir macam kau. Islam yang dia nak bawa bukan Islam yang sebenar, Islam yang agresif, ganas tau. Sekarang bukan masanya untuk berdakwah kepada orang kafir, ulama cakap belum masa lagi. Kafir tetap kafir , dalam neraka nanti tahulah dia. Kau tu, mahu dijadikan Islam. Dia sengaja bawa kau jalan-jalan, belanja kau minum. Kau tahu, dalam minuman yang dia belanja kau tu diletak ape? Aku pasti ada sihir. Aku yakin. ” Mad menuduh dengan yakin. Banga sungguh dia, lantang sungguh dia.

” Apa? Dia letak sihir? ” Ah Meng seakan tidak percaya.

” Ye la. Kau mesti ada lihat mulutnya sentiasa terkumat –kamitkan? ” Mad menyoal.

” Ya, tapi dia cakap sama gua, itu dia tengah zikir maa.” Ah Meng cuba menyokong Hakimi,lebih kepada menyedapkan hati sebenarnya.

” Itulah kau tu kafir, tak ahu apa-apa. Orang Islam yang berzikir mestilah pakai tasbih. Tengok macam kami ni, barulah betul zikir.” Mad menerangkan sambil tangannya menunjukkan kepada ahli jemaah. Di tangan setiap ahli jemaah terlekat tasbih, digentel-gentel.

” Abistu, memang dia tipulah?” Ah Meng bertanya.

” Ya dia tipu kau wahai kafir…” Mad sengaja menjunamkan api kemarahan kepada Ah Meng. Ah Meng pula mula rasa tertipu oleh Hakimi.

Benar juga kata Mad, orang Islam berzikir pastinya guna tasbih. Semenjak dia mengenali Hakimi, sebijik tasbih pun dia tidak nampak.

Sejak dia melihat Hakimi, jarang dia melihat Hakimi memakai jubah sepanjang hari seperti Mad, kecuali waktu ke surau ,malam. Sepanjang pengenalanyya dengan Hakimi, tidak pernah pula Hakimi memakai songkok atau kopiah dikepala, sewaktu ke kuliah. ” Argh, Hakimi tipu gua nie.” Ah Meng mengetap bibir. Dia bengang. Niatnya untuk berkawan bertukar menjadi benci. Dia berlalu pergi dari surau tanpa menoleh kepada Mad dan ahli jemaahnya.

” Huh kafir, memang tak berterima kasih.” Sempat Mad mencela.

Ah Meng laju menuju ke apartmentnya. Pintu dibuka gopoh, lalu dihempaskan. Dia menuju ke biliknya, mencari sesuatu. Di geledahnya almari, tidak jumpa. Kabinet baju juga tidak ada. Ditinjaunya pula ke bawah katil.

” Ha, ada pun lu wahai kayu besbol. Cilaka punya Hakimi, mahu sihir gua ya, mahu tipu gua ya, cilaka lu. Siap lu. Baru kenal ini Ah Meng ha.” Kemarahan Ah Meng memuncak tiba-tiba. Dia tidak kisah kalau orang datang menceritakan tentang agama kepadanya. Dia tidak pernah kisah. Tetapi dia benci apabila orang menggunakan sihir. Dia terasa seakan-akan diperbodohkan.

Pintu apartmentnya sekali lagi dibuka dan dihempas. Boy yang melongo di depan komputer terkejut dengan tingkah laku Ah Meng, namun dibiarkan. Dia malas bergaduh dengan Ah Meng seperti pagi tadi. Dia malas.

Ah Meng menuju ke apartment Hakimi. Kayu besbol dihentakkan ke muka pintu, tanpa henti. Kayu itu hanya menanti mangsa, sesipa yang menjenguk, akan dilibas. Ah Meng nekad.

Bersambung…

2 Comments »

  1. makin lama, makin menarik cerita ni…tak sabar nak tunggu klimaksnya…teruskan penulisan berunsur dakwah…good job😉

    Comment by nurh — July 7, 2008 @ 1:03 pm | Reply

  2. Assalammualaikum….

    T’tarik ana utk m’bacanya..harap…penulis dapat m’abiskn cerita ini dlm masa t’dekat….
    HOPEFULLY…inshaAllah

    Comment by PeNciNtA_iLLaHi — July 18, 2008 @ 4:45 am | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: