perjalananjauh

June 25, 2008

Tangisan Si Kambing

Filed under: Al-kisah — perjalananjauh @ 2:44 pm

” Sob, sob, sob.” Si kambing menangis sepanjang perjalanannya. Hari ini, seharian dia berjalan, dan seharian itulah dia menangis.

Si kambing adalah dari baka tempatan, Katjang. Lebih popular dipanggil Kacang sahaja.

Entah macamana hari ini, kaki kambing laju pula melangkah ke Bandar Seremban. Seawal pagi dia keluar dari kandangnya, terus sahaja kakinya melangkah.

Melalui tepi-tepi jalan menuju ke Ulu Bendul.

Mula-mula si kambing rasa seronok. ” Uh, bahagianya.”

Girang bukan main.

Suka habis-habisan.

” Huhu, inilah namanya enjoy, inilah kehidupan.” Kambing bermonolog sendiri tatkala badan disapa angin yang hadir tika kereta laju memecut dijalan raya, betul-betul disebelah laluannya.

” Sampai di Ulu Bendul, bolehlah aku basah-basah badan sikit” Angan si kambing.

” Siapa kata aku takut air?Alahai, aku baka Malaysia. Kuat.” Kambing sempat berbangga sendirian. Memang terbukti, kambing spesis sepertinya amat tahan, lasak serta kuat. Memang ramai penternak yang berminat.

Tiba di ulu bendul, kambing mula mengatur langkah menuju air.

” Malulah pulak, atas sikitlah.” Kambing cuba mencari tempat yang kurang hiruk. Tempat terkenal begini memang selalu dipenuhi pengunjung.Kambing mula bergerak ke kawasan atas sedikit.

Setibanya diatas, kambing mula lagi mencecah air. Kaki sudah mula menyentuh gigi air,sejuk. Mengeletar badan kambing.Tiba-tiba mata terlekat pada suatu keadaan.

Kambing kaku. Terkedu. ” Betul ke nie?” Kambing mula bertanya diri.

Di hadapan kambing,berdekatan air,sedikit tersorok di batuan sungai. Sepasang remaja sedang asyik-mahsyuk bercumbuan, siap bibir berkucup, tangan meraba-raba.Diseluk sana,dipegang sini. Muka ghairah semacam. Muka sang lelaki kadangkala terbenam di dada perempuan..Huh ,geli si kambing. Kambing pernah terbaca di dalam Mastika tentang kejadian di Lubuk Tupah.

” Eh tapi tu Lubuk Tupah, ni Ulu Bendul.” Kambing mula menyoal-nyoal.

Yang pelik, budak tu selamba je buat tidak tahu, tak pedulikan kambing. Kambing jadi malu sendiri. ” Ish macamane nie?” Terlintas ingin menegur.

” Janggut aku dah panjang, takkan tidak mampu tegur.” Kambing cuba untuk menegur,dia perlu kuat. Kuat.

Langkahan diatur. Selangkah, selangkah lagi. Makin hampir.

Kambing lagi 3 meter dari remaja itu, bibir mula terbuka. ” Hei budak! La taqrabu zinnnn….” Tak sempat habis lagi ,terus terhenti. Kambing menangis. Kambing lari kuat –kuat, lari jauh –jauh.

” Oh tidak, aku malu.” Kambing bersuara.

” Tak guna punya budak, kecik-kecik lagi dah pandai begitu.” Kambing marah-marah,sambil menangis kesedihan amat.

” Tak guna punya aku, orang mungkar tak berani tegur..…..Aku malu.” Kambing memarahi diri sendiri. Marah dengan sifat malunya.

“Aku malu, kalau ditegur nanti dikata orang, janggutmu panjang seperti alim konon tapi telurmu keluar.Aku malu. Sob. Sob” Haru si kambing menangis. Kaki terus menjauhi Ulu Bendul, terus menuju kearah Bukit Putus. Jalan makin berliku,kepala kambing rasa pening.

Sampai di Seremban, kambing terus menuju ka Dataran Senawang, melalui jalan Lavender Height. Di Dataran Senawang, muda –mudi ramai berkumpul. Semua bawa motosikal sendiri. Kambing dekati mereka. Kambing lihat, mereka semua ada gaya sendiri. Ada stail. Rambut macam –macam warna. Kadang-kadang kambing terkenangkan ayam serama dirumah Pakcik Bakar,tuannya. Hampir serupa pula mereka. “Kembar kot.” Teka kambing.

Kejap selepas itu, seorang demi –seorang bawa motor. Buat aksi. “Uh laju sungguh, eh macam –macam pula gaya diorang nie.” Kambing bersuara sendiri selepas remaja tadi buat aksi superman. Ade juga yang buat aksi cicakman, malahan ada yang terus terbaring atas jalan raya.

Kambing makin dekat. Lagi sekali kambing nampak masing-masing ada pasangan. Pegang-pegang tangan. Bukan main lagi. ” Dah nikah kot.” Duga kambing, saja sedapkan hati.

” Woi beb, lu nak awek tak? Gua ade nie, jom buka counter.” Laung sorang remaja tadi, kambing dengar terus terkedu. Pernah dia tengok telivisyen, cerita Edisi Siasat. Wan Kamarudin cakap, buka counter tu maknanya lucah sedikit. Awek tu akan dijamah beramai –ramai.Itu yang kambing faham.

” Eh, betullah. Masya-Alah.” Kambing yakin tiba-tiba. ” Budak-budak ni dah hilang pedoman ke?” Kambing risau. Dipandang kiri, dia terlihat seorang pakcik. Berjalan terus sahaja, laju menonong tak peduli remaja motor tersebut.

Di pandang kanan, ternampak dua tiga orang sang ayah minum –minum, siap gelak-gelak lagi tu.

” Mereka ni tak peduli ke masalah umat?” Sekali lagi kambing marah.” Aku berjanggut, alim, aku yang patut tegur. Aku wajib tegur.” Kali ini kambing tekad. Nekad.

” Aku tak kira, aku tak peduli. Aku tegur.” Jikalau tadi langkah perlahan-perlahan,kali ini dia laju. Dah 3 meter dari remaja yang ada motor Yamaha TZM, kambing mula cuba melaung.

” Hei pemuda-pemudi. Tidak takutkah pada Alla….” Tak sempat pun habis lagi, kambing mula buat hal lagi. Dia pusing badan, dia lari.

” Sob, sob,sob. Ya Allah aku malu.” Cuba bedoa.

” Nanti dikata orang, janggut panjang macam alim konon namun telurmu keluar. Aku malu.” Kambing tewas lagi degan kemaluannya.

Dia terus berlari, selaju-lajunya. Dia pelik, kenapakah orang ramai tidak menegur? Mengapa mereka perlu malu? Bukankah mereka lengkap berbaju ?

” Oooh manusia aku pelik pada mu.” Sendu –sendu kambing bersuara.

Setiba di Stadium Paroi, dilihatnya pula orang seramainya sedang menari poco-poco. Sendu tangis kambing masih menitis.

” Hoi ni aku punyalah!” Terdengar jeritan suara orang yang agak dewasa menjerit, muka dalam lingkungan 40-an.

” Taklah, aku punya. Daripada tadi aku dah dekat dengan dialah.” Seorang lagi membalas.Yang ini muda sikit.

Kambing hairan, apalah pula kali ini. Kambing mula lagi, cuba hampiri mereka.

” Budak ni aku punya, aku dah cop dari luar tadi untuk jadi pasangan aku.” Mengeras lagi suara si tua. Baru kambing faham, bergaduh rupanya. Berebut pasangan poco-poco. Tak boleh jadi ni, ingatkan si muda je buat perangai. Kambing cuba pula, sekurang –kurangnya mendamaikan keadaan.

Si tua mula ambil kayu, entah mana dia capai. Si muda tak mengalah,kerusi berdekatan dicapai jua.

” Eh, eh, apahal pula ni bang. Eh bang.” Kambing tegas.

” Tak baik bergaduh. Kitakan makhluk tuhan.” Kali ini kambing jerit kuat-kuat. Sekuat yang boleh, biar satu stadium dengar kata-kata kambing.

Apabila suara kambing kuat mengembek, semua orang jadi bingung,terpana. Semua mata pada kambing. Semua sekali pandang kambing. Semua sekali tercari-cari, kearah kambing. Yang gaduh jadi terhenti.

Kambing diamkan diri.

Senyap tiba-tiba. Sepi tak terkata.

” Ya , ya aku tahu. Aku sedar. Aku tak layak tegur kamu semuakan? Janggut je panjang, telurku tekeluar. Ya aku faham.” Kata kambing, terus lari selaju-lajunya. Lari dalam esak tangis. Lari tanpa menoleh.

Kambing tinggalkan semuanya, dia tidak pasti apa kesudahan pergaduhan iu. Dia hanya lari. Terus berlari. Dataran Senawang dilepasi, Buki Putus dilalui, Ulu Bendul ditinggali. Sedar –sedar dia sudah berada di tepi kandang Lembu Brahman. Sambil menangis.

” Kenapa kambing Katjang?” Tegur Brahman mesra.

” Sob, sob,sob. Aku berjalan tadi, aku lihat mungkar. Tapi…” Kambing sendu lagi.

” Tapi ape kambing Katjang? ” Mesra sahaja si Brahman, umpama abang. Penuh kasih. Terpancar sayang.

” Tapi aku tak berani tegur.” Jujur kambing.

” Kenapa tidak ditegur?,Engkaukan alim. Punya janggut panjang?” Brahman hairan.

” Ya janggutku panjang, namun aku malu.Malu sangat. Janggutku panjang, tapi telurku terkeluar. Mahu tegur orang, sedangkan diriku tidak sempurna.” Tangis kambing makin laju. Brahman hanya bersimpati. Kambing terus-terusan menangis. Itulah kambing.

Bagaimanakah pula dengan anda?

Masih malu lagi menegur?

Kenapakah anda malu?

Mungkinkah kerana telur anda juga terkeluar?

Erm, mungkin boleh difikirkan.

4 Comments »

  1. good job akim
    i dont know whether u make this story all by yourself or it is just a story that a friend of a friend gave you. it was really an eye opener for me. i thought that this story is a funny type but actually it is full of good values. thank u again and hopefully i can read more on your post and lastly i’ll get the chance to meet u. bye bye KP and Hallo KB

    assalamualaikum

    Comment by azrai mNoor — June 26, 2008 @ 3:44 pm | Reply

  2. “islah nafsik wa ud3u ghairik..”

    dat’s our job..^_^

    Comment by al-huda — June 28, 2008 @ 4:08 pm | Reply

  3. jalan crite dan ayat menarik n seronok..
    pengajaran pon mantap..bagus la..
    insaf2..

    Comment by nazira alis — July 8, 2008 @ 10:20 am | Reply

  4. menarik..

    Comment by imani — July 17, 2008 @ 8:51 am | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: