perjalananjauh

June 23, 2008

Ana Muslim

Filed under: Al-kisah — perjalananjauh @ 8:43 am

Episod 4

” Hoi Boy, kenape you pakai boxer saje ma..you tatak malu ka same gua?” Ah Meng mengeraskan suara.

” You tatak tau itu aurat ka? You patut jadi muslim tau.” Sekali lagi membentak Boy.

” Apa kau cakap Meng? Eh, sejak bila pula kau pandai tegur-tegur aku ni? Siap marah –marah pula.” Boy membalas.

Suasana di bilik mereka seakan tegang. Boy baru sahaja bangun daripada tidurnya. Baru sahaja hendak pergi ke bilik air, tidak sempat pun nak menutup keseluruhan tubuhnya. Diselak selimut, terus bangun. Namun Ah Meng tiba –tiba menengking ke arahnya.

” You la, tatak tau malu. You patut tutup tau you punya badan, kalau tatak tutup, wa nampak semua benda-benda yang tak patut nampak maa. Mencanak saja, huh geli woo.” Ah Meng jujur, memang dasar lelaki. Bangun sahaja dari tidur pasti melakukan aksi lucah tanpa sedar.

” Suka hati sayalah Meng, nak pakai apa pun. Nak tunjuk apa pun. Inikan hak saya. My freedom.” Boy membara ditegur. ” Mak ayah aku pun tak pernah tegur, tahi sungguh apek ni.” Sempat lagi Boy bermonolog.

” Lantak youlah Boy. You ni, punya akidah yang songsang.” Kata Ah Meng langsung terus berlalu dari bilik.

” Ha?” Boy terpelongo. Terkedu terus si Boy. Matanya terkesip-kesip.

” Bila pulak Si Ah Meng ni murtad?” Pertanyaan dalam hati Boy.

Ah Meng berlalu, keluar dari apartmentnya. Dia mengambil basikal yang disandarkan di tiang bawah, ditanggalkan kunci mangga ,berlalu pergi. Fikirannya terus menerawang ,mengingati Hakimi.

Terkenang-kenang butir bicara Hakimi.

Hakimi tersenyum melayani Ah Meng.

” Akidah songsang itu adalah keyakinan yang kurang jelas terhadap agama. Kami sebagai muslim, percaya dan yakin bahawa tuhan kami adalah tuhan yang esa, Allah. Manakala penunjuk jalan kami adalah rasul yang diutuskan tuhan, Muhammad.” Hakimi seboleh-boleh ingin menggunakan ayat yang mudah.

” Bukanlah sekadar ucapan sahaja kepercayaan ini. Percaya dan yakin ini perlu diterjemahkan.” Hakimi mencuba lagi.

” Terangkan lagi..” Ah Meng perlukan penjelasan.

” Kami percaya bahawa Allah itu tuhan kami yang tunggal.” Hakimi selesa menggunakan tunggal berbanding esa, moga-moga Ah Meng faham.

” ..dan Muhammad adalah penunjuk jalan kehidupan kami. Ini bererti, kami sepatutnya sentiasa meminta pertolongan, bergantung harapan hanya kepada tuhan kami. Menggunakan jalan yang telah ditunjukkan oleh Muhammad,rasul kami.” Hakimi menyambung.

” Ya Allah, betapa sukarnya. Tolonglah aku.” Hakimi berharap,hanya pada Allah.

” Apa yang Muhammad suruh, kami kene ikut. Sebab Muhammad menyampaikan apa yang diperintahkan Allah,tuhan kami. Namun, umat islam sekarang ramai yang kurang jelas. Mereka menganggap bahawa bila mengucapkan kalimah tiada tuhan melainkan Allah, dan Muhammad pesuruh Allah saja telah cukup. Itu tidak benar.” Tegas Hakimi.

” Mereka perlu mengikut jalan yang telah diatur oleh Muhammad, ikut apa yang Muhammad sampaikan. Kehidupan yang menjadikan Muhammad sebagai contoh. Melarang apa yang Muhammad larang. Sebab setiap yang dikatakan Muahammad adalah perkataan yang diperintahkan oleh Allah.” Tenang sahaja kali ini, meluncur jawapan daripada mulut Hakimi.

” tapi orang Melayu selalu tak ikut? Kenapa? ” Ah Meng bertanya.

” Sebab itulah saya kata, akidah mereka sedikit songsang. Hanya mengaku, tetapi tidak ikut.Sebagai contoh, ketika ayah awak berpesan supaya awak rajin belajar dan awak sekadar mengangguk dan berkata ya. Kemudian di bilik, awak hanya tidur tanpa mengusik pun buku pelajaran, adakah awak dikira taat kepada ayah awak?” Hakimi menyoal.

” Erm, tidak.” Ringkas jawapan Ah Meng.

” Ha begitu juga dengan Muslim. Jika tidak ikut perintah, dia dikira muslim yang ingkar. Akidah mereka songsang, bercelaru. Awak faham? ” Hakimi menduga.

” Sedikit. Thank you ma. Oo, ramai lo muslim akidah songsang. Haiyo, apa mau jadilah.” Ah Meng berkomentar.

Pinnn.Pinn.

Ah Meng membrek. Hampir sahaja dia meneruskan kayuhan melintasi jalan ke pondok Pak Guard tanpa melihat kiri dan kanan,hampir sahaja dirempuh sebuah kereta Kancil yang dipandu laju. Inilah akibatnya ,mengelamun.

Kayuhan dihentikan bila sampai di Up Ten, kafeteria utama Universiti Tenaga Nasional.

Dia terus ke gerai disitu, membeli nasi lemak dan air milo. Mengambil tempat duduk yang berhampiran dengan telivisyen.

Malaysia Hari ini sedang bersiaran. Ah Meng kurang minat.

Tiba –tiba bahu Ah Meng ditepuk. Wei Han rupanya, sedang menatang pinggan yang dipenuhi Mee Hailam bersama Teh Tarik ditangan kiri.

” Meng , kasi gua duduk sini boleh ka? Duduk dengan you.” Wei Han menyoal.

” Silalah, memang kosong ma.” RIngkas, hati Ah Meng masih bengang dengan Boy.

Wei Han melabuhkan punggungnya. Tangannya membersihkan sudu dan garfu menggunakan tisu.

” Haiya, tatak basuh bersih ka ini sudu.” Wei Han mengomel. Ah Meng hanya memerhati. Sambil mulut terus mengunyah nasi.

” Meng, lu apahat? Nampak sedih saje? ” Wei Han cuba mencetuskan suasana.

” Tak de pape ma” Ah Meng menyembunyikan perasaannya.

” You gaduh dengan Boy kan? Tadi pagi mase gua keluat dali lumah, Boy tahan gua Tanya sejak bila lu murtad dari agama lu. Tadi pagi lu malah-malah Boy kan? Apahat? ” Wei Han terus bertanya.

” Hal kecik saje ma.” Cuba lagi berselindung

” Lu tak boleh ini macam la Meng. Lu malah sama Boy, sebab ape? ” Wei Han tetap tidak berpuas hati.

” Sebab dia pakai boxer, tak tutup dia punya anu. Gua geli tau.” Selamba sahaja Ah Meng menjawab kali ini.

” Haiya, itu dia punya hat la. Lu pegi sibuk-sibuk kacau ape pasal? Itu kan hak dia.” Wei Han cuba memihak kepada Boy.

” Mana boleh, itu mengganggu gua punya mata. Kalu lu orang nak celita pasal hak, gua lagi banyak hak telah dicabul tau. Itu Boy ha, mengganggu pandangan mata gua. Mata ini sulah tidak lagi suci tau.” Ah Meng cuba menggunakan ayat yang indah.

” Aik, sejak bila lu suci? Bila pulak lu jadi baik ni macam Meng? ” Wei Han perli.

” Gua tak la baik sangat lo. Tapi gua cume tegur saje. Diakan olang Islam. Dia patut lagi tahu apa itu bebas dalam agama dia ma.” Ah Meng cuba memahamkan Wei Han.

” Hei Meng, itu budak lu biarkan saje. Dia tak nak agama pun kira bagus. Itu budak Boy kaya tau. Lu tatak ingatka? Dia yang banyak belanja kita tau minum. Kalau dia baik, haiya. Sapa mau bagi kita minum, belanja karaoke?” Wei Han mengesyorkan.

” Tak bole itu macam Wei Han, kita patut tolong dia. Dia ada agama dia lo.” Ah Meng memujuk. Dia sedikit tersedar, Boylah orang yang selalu mengajaknya ke karaoke, pub-pub dan kelab malam. Sepanjang keluar dengan Boy, satu sen pun dia tidak pernah habiskan.Baginya tika itu, Boy amat pemurah, dia suka berkawan dengan Boy. Walau bagaimanapun, kini dia sedikit ragu-ragu dengan kebaikan jenis itu, setelah dia berjumpa Hakimi. Hidup Hakimi lebih tenang berbanding Boy, sedangkan Boy yang lebih banyak berseronok. Ah Meng pelik, membuatkan Ah Meng selalu mencari-cari jawapan, mengapakah Hakimi lebih tenang, mukanya selalu tersenyum.

” Haiya, lu sulah jadi ulama’ la Meng. Lu mesti terpengaruh dengan Hakimikan? Dia ada baca-baca sama lu ni.” Wei Han sedikit memerli. Wei Han tidak berpuas hati. Ah Meng senyap.

” Lu tau ka, itu Hakimi kan. Dia itu ikut sama satu kumpulan tau. Itu olang pejuang punya.” Wei Han menambah.

” Ha? ” Terkejut Ah Meng.

” Iyalah. Dia tu kalau itu polis dapat tahu kan, pasti kene tangkap tau. Dia itu ikut sama puak ape itu, yang ganas di Afghanistan sana. Qada ka ape namanya.” Tambah Wei Han lagi.

” Al- Qaeda? ” Ah meng yang terperanjat menduga.

” Ha itulah, wa tatak leti sebut woo. Al –qaeda ini kan sulah kalah pelang mase dia olang join same itu Taliban di Afghanistan, jadi meleka nie suka la buat kacau maa. Letup-letup sana sini. Kini dia olang tengah kumpulkan orang, mahu buat al-qaeda Malaysia.” Wei Han teruskan berkata, tanpa rasa jangal. Sesedap rasa.

” Eh, mana lu tau ini celita?” Ah Meng bertanya, dia amat terkejut. Mana mungkin.

” Itu, Ustaz Mad lo, yang selalu pegi sulau, pakai songkok tu yang bagitau gua maa.Tak mungkin lo Ustaz Mad menipu.” Wei Han jujur, tanpa selindung. Baginya, dia perlukan kawan sperti dulu. Bukannya alim tak tentu fasal. Muda untuk berseronok.

Tiba –tiba Ah Meng bangun, terus berlalu pergi.

” Hoi, mana pegi? ” Sempat Wei Han bertanya.

” Mau cali ustaz Mad.” Ah Meng melaung menjawab. Lalu terus menonong menjauh.

Bersambung…

3 Comments »

  1. Alhamadulillah, panjang lagi rupanya..ada bakat jadi penulis besar ni…nak cadangkan buat novel bila dah siap nanti…Insyaallah boleh jadi novel “Best Seller” ni…Ameen..

    Comment by Hanif — June 23, 2008 @ 9:51 am | Reply

  2. good job
    love to hear more on this
    ganti habiburrahman el shirazy k

    Comment by azrai mNoor — June 26, 2008 @ 3:51 pm | Reply

  3. hehe..insyaAllah,boleh kan?
    erm..orang kampung sape la ni..hehehe..

    Comment by nazira alis — July 8, 2008 @ 10:12 am | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: