perjalananjauh

June 17, 2008

Kembara Muslim 2

Filed under: Rehlah — perjalananjauh @ 10:58 am

Setelah puas menikmati Canopy Walkway, kami mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke Bukit Terisek. Pada mulanya, kebanyakkan antara kami kurang senang dengan keputusan ini, membuat muka ala-ala sardin gitu. Mana taknya, tinggi tuh nak didaki. Namun apabila diberitahu oleh anggota PERHILITAN bahawa dari Bukit Terisek kami akan dapat melihat view Gunung Tahan maka kami teruskan juga. Selangkah demi selangkah kami menapak naik.

” Masya-Allah, penatnya. Nak pecah perut aku, mahu terkeluar jantung. Kaki ni dah macam nak tercabut –cabut dah nie. Oi, oi, rahat jap.” Afizhi yang dari tadi mengeluh terus sahaja duduk di atas tangga trek. Rakan –rakan yang lain rupa-rupanya telah jauh ketinggalan melepak selamba tidak bergerak.

” Cis, aku ingat korang belakang aku. Hampeh.” Bersuara lagi.

Sepanjang perjalanan ke Bukit Teresek, hanya keluhan dan rungutan sahaja yang keluar daripada mulut kami. Tetapi dengan berbekalkan semangat islam –Melayu, dan kebanyakkan kami adalah cucu-cicit keturunan Hang Jebat ,maka kami teruskan juga. Cewah, poyo pulak. Secara serius, amat meletihkan.

Walau bagaimanapun apabila kami sampai sahaja di atas Bukit Terisek, hanya kalimah Allahu Akbar yang dapat kami lontarkan.

” Allahu Akbar, Masya-Allah. Cantik betullah.” Muaz bersuara setelah lama membisu kepenatan.

” Allahu Akbar, cepat-cepat berkumpul. Ana nak tangkap gambar.” Nazmie mencelah bersama kamera yang tak pernah dilepaskan.

Setelah puas bergambar dan merehatkan diri, Muaz selaku ketua kembara mengarahkan kami bersiap –siap untuk meneruskan perjalanan.

” Oleh sebab bau hang pa masing-masing dah macam #$$#@ , pasni kita akan teruskan perjalanan ke Lubuk Simpon untu bermandi -manda.” Ulas Muaz seringkas yang boleh.

” Huhu, nie yang best nie.” Kata –kata yang dihamburkan oleh semua ahli kembara.

” Aku nak mandi puas-puas. Panas sangat ni. Badan pun busuk. Eh air ada tak?” Shakur sempat berkomentar sambil meminta air.

” Tak da, dah habis.” Jawapan Hakim yang membuatkan Shakur kecewa. Kesian.

Namun, katika perjalanan ke Lubuk Simpon, kami menjumpai sebatang anak sungai yang amat jernih.

” Nah, tolong ambilkan.” Shakur bersuara kepada Afizhi sambil membalingkan botol air sebesar 1.5 liter.

” Aku pula kena.” Afizhi sedikit merungut, kepenatan mungkin.

Apapun, segala rungutan itu hilang serta-merta setelah air meluru ke perut melalui tekak. Memang susah nak digambarkan betapa sedapnya air hutan tersebut. Air di hutan ini begitu sejuk dan mendinginkan. Tidaklah sesejuk di peti ais, namun dapat melegakan sistem tekak yang kepanasan. Rasanya pula bebeza amat. Manis. Manisnya tidaklah sehingga terasa gula, tapi manisnya umpama diletakkan sedikit wangian bunga. Masya –Allah. Besar sungguh ciptaan –Mu. Anda patut mencuba sendiri. Kami akui, inilah sejarah pertama kami meminum air yang sebenar-benarnya mineral.

Setelah sampai di Lubuk Simpon, tiada antara kami yang dapat bersabar.

” Huhu, best ni.” Faiz ceria. Terus kaki menjejak ke air. Makin-lama makin hilang dan terus berendam.

” Huyyo, best gile. Sejukkk.” Faiz menjerit pula, yang lain terus teruja.

Keboom Kaboom.

Seorang demi seorang melemparkan diri dengan selamba dan yang penting, semua tersenyum. Gembira.

Sambil bermandi –manda, kami juga menjamu selera. Bekalan yang kami bawa iaitu roti dan keropok habis dilahap. Makan dan mandi, kata orang sambil menyelam minum air. Kami lagi dahsyat. Sambil menyelam makan roti.

Aktiviti mandian kami terencat apabila seekor ular bewarna hijau melompat kedalam air.

” Uish, ular.” Faiz sedikit terkejut tatkala ular itu berenang melintasinya.

Amat pelik apabila seekor ular begitu pantas berenang melalui air. Ular ini seperti berjalan di atas air kerana hanya separuh badannya sahaja jejak di dalam air. Lagi separuh? Lagi separuh tegak berdiri, laju betul.

Mungkin tidak pelik bagi anda, namun pada kami perkara ini meremangkan segala bulu di badan. Masing –masing meluru ke tebing dan menukar pakaian. Takut beb. He he.

Dari Lubuk Simpon, kami menuju kembali ke Kuala Tahan untuk makan dan berehat seketika. Selepas asar kami ada misi penting, tidur di tengah hutan pekat. Kami akan bermalam di Bumbun Blau.

Bumbun Blau

Bumbun ( hide ) adalah sebuah rumah untuk melihat binatang di hutan pada waktu malam. Bumbun di bina setinggi 4 meter daripada tanah agar binatang yang hadir tidak dapat menyedari kehadiran pengunjung. Di taman negara, bumbun yang terkenal adalah Bumbun Kumbang kerana lebih banyak dapat melihat binatang menarik di situ berbanding bumbun yang lain.

Untuk sampai di Bumbun Blau, pengunjung mempunyai dua cara. Berjalan kaki selama tiga jam ataupun menaiki bot selama 15 minit. Kami mengambil keputusan untuk pergi menaiki bot dan pulang berjalan kaki. Bot tiba di jeti Blau sekitar pukul 6.20 petang.

Suasana amat menggerunkan bagi kami. Dalam hati seperti mahu menjerit memanggil kembali bot yang semakin menjauhi. Aduh, tujuh orang di tengah hutan pekat. Gila ke apa?

Langkahan diteruskan juga walaupun semua mengambil sikap berdiam diri dan memerhati. Tiba –tiba Faiz terlompat –lompat. Tangan dilibas –libaskan seperti orang melambai. Yang lain terkejut dan bertanya-tanya.

” Kenapa?” Muaz selaku ketua bersuara.

Darah mula mengalir dari tangan dan kaki Faiz. Banyak dan tidak berhenti, yang lain terpana. Terkejut.

” Pacatttt.” Satu perkataan, namun dapat merungkai segala misteri.

” Hampeh, buat cuak je.” Afizhi bersuara dan dipersetujui yang lain.

” Nama pun hutan, memanglah ada pacat bang.” Muaz menenangkan Faiz, namun tidak berhasil. Dia terus terkinja –kinja. Setiap sepuluh langkahan, Faiz akan berhenti dan menjenguk kakinya. Yang lain buat selamba. Cover macho. Bila tiba di Bumbun Blau, semua memeriksa badan masing –masing.

” Tu dia, banyak.” Kata Muaz merungut tentang serangan pacat. Darah ada yang keluar tidak berhenti. Kami mengambil keputusan untuk menyalakan api, dengan harapan abu kayu dapat menghentikan darah yang laju mengalir.

Tatkala semua sibuk berkemas untuk berehat, Muaz menjumpai sebuah buku laporan bumbun. Hasil tulisan pengunjung yang lain, didapati mereka selalu terganggu oleh seuatu yang mereka tidak pasti.

“Have other people came to this hide last night and claim that they are from the other hide, came for ask help. But this people were not show himself. We were scared.”

Ayat yang tertulis di dalam buku laporan dibaca Muaz kuat-kuat dan meremangkan bulu tengkuk kami. Teringat pesanan dan cerita daripada kakak yang menjaga kaunter pertanyaan di Kuala Tahan. Beliau tidak menggalakkan kami bermalam di suatu bumbun yang diyakininya keras. Kami terlupa bumbun yang mana, sehiggalah kami tiba dan membaca laporan ini. Ya, bumbun yang dimaksudkan oleh si kakak adalah Bumbun Blau.

” Uish, jangan cakap apa-apa. Buat tak tau je.” Pesanan Muaz menyedapkan hati yang gerun.

Ketika muka berkerut takut, hari semakin menggelap. Terangan cahaya hanya dibantu oleh unggun api yang membara. Nyamuk dapat dihindarkan, lantas kesempatan diambil untuk beribadah dan mensyukuri nikmat Allah . Ma’thurat sebagai bekalan hati lengkap kami baca dan masing-masing bertawakal kepada Tuhan Yang Maha Kuasa. Setelah selesai, bunyian daripada luar tingkap semakin menggerunkan. Bunyi –bunyi yang amat pelik tak pernah dijamu telinga keluar seakan –akan mengilai. Namun kerana keletihan masing-masing mencari tempat untuk menghenyakkan badan. Masa berlalu pergi dan kami terjaga tatkala tuhan memanggil untuk bertemu di subuh hari.

Sarapan kami untuk hari itu, hanyalah meggi yang di makan menggunakan jari. Hebat tak?


Seterusnya kami pulang menuju ke Kuala Tahan. Akan tetapi, terdapat satu persimpangan menuju ke Gua Telinga. Kami teruja ,terpesona. Badan dipalingkan kearah gua, kaki dihayun laju. Sekali –sekala datang, biar lawat semua tempat, itu prinsip kami.

Gua Telinga, dipanggil begitu oleh masyarakat tempatan kerana dalamnya berliku –liku dan mengelilingi bulatan seumpama sebuah telinga. Air mengalir laksana sungai di dalam gua ini, kelawar banyak yang beristirehat dan seperti biasa pacat menemani kami. Tension betul dengan pacat, ada je dia.

Akar –akar pokok jelas kelihatan menembusi batuan dan dinding –dinding gua. Hati nyaman dan seronok. Kami menjadi orang primitif buat seketika, best.

Kemudian, kami pulang ke Kuala Tahan dan tiba di sana pada pukul 12.30 tangah hari.

Pada petangnya pula, kami telah mengikuti aktiviti rapid shooting. Aktiviti ini adalah aktiviti melawan arus air menggunakan bot. Pemanduan yang cekap oleh pengendali bot amat diperlukan ketika aktiviti ini. Amat menyeronokkan, namun tidak dapat dirakamkan oleh kami kerana kami dilarang membawa bersama kamera dan peralatan lain. Jadi maaflah ye, tak dapat diceritakan dengan panjang lebar. Nak rasa, pergilah sendiri. He he. Untuk pengetahuan, terdapat tempat mendian seperti lata di Nusa Camp. Tempat ini amat menarik seolah-olah anda sedang berada di sebuah spa. Tempatnya seperti jakuzi. Juga tidak dapat digambarkan kerana perjanannya adalah sehala dengan aktiviti rapid shooting.

Hari ketiga yang mengecewakan

Hari sabtu amat mengecewakan bagi kami. Rancangan kami adalah untuk ke Kelah Sanctuary dan Lata Berkoh yang diceritakan amat menarik. Namun hujan turun dengan lebat dan memusnahkan harapan. Rancangan Allah lebih baik, kami redha. Air sungai naik tinggi menyebabkan bot tidak dapat bergerak melawan arus, jika mahu teruskan risiko adalah tanggungjawab sendiri. Pandai buat, pandai tanggung. Namun, Muaz mengamil keputusan bijak, nyawa diutamakan. Lantas kami hanya berehat sahaja di khemah, sepanjang hari.

Shakur membeberi tazkirahnya pada malam itu.

” Tatkala kita gembira melihat kebesaran Allah, tatkala kita bersuka berjalan ke hulu ke hilir, tatkala kita ketawa riang mengusik –ngusik sesama kita, dalam masa sudah dua hari kita asik bergembira. Sehinggalah kita lupa akan saudara –mara kita di Palestin, yang tidak pernah gembira, asik menderita, asik dibunuh menggila. Lantas Allah turunkan sedikit peringatan kepada kita untuk kita berfikir bahawa ada lagi yang perlu kita ingat tatkala hati bergembira. Doakanlah sahabat –sahabat kita di Palestin.”

Yang lain terkesima, tertunduk insaf. Ya benar, kami terlupa sahabat kami di sana.

” Ya allah, ampuni kami. Maafkanlah kami, seluruh kaum keluarga kami, sahabat handai kami, kaum muslimin para pejuang di Palestin, di Chechen, di Afghanistan, di Iraq, di iran di seluruh dunia dan di seluruh ketika. Ampuni kami ya Allah.” Syahdu membasahi kelopak mata tatkala bangun bertahajjud.

Kembali ke Bandar Bangi

Ahad adalah hari perpisahan, sedari pagi kami bersiap dan berkemas. Muaz dan Hafiz akan menaiki bot ke Kuala Tembeling. Yang menaiki kereta akan bertolak terus ke Bandar Bangi. Kalimah akhirah menyebabkan hati sayu berpisah. Inilah pengalaman yang amat berharga. Hati ukhuwah kami terpaut erat, rapat dan melekat, sekejap yang dapat. Sayu waktu berpisah, katajanji dilontarkan. Kami belia islam akan terus bersama berjuang untuk sebuah kalimah tiada tuhan yang disembah melainkan Allah.

Dalam perjalanan pulang, Hakim mengajak kami singgah di sebuah tempat bagaikan zoo. Deerland dan Elephant Sanctuary, sekadar mengubat hati yang lara tatkala berpisah. Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat menghilangkan kekecewaan semalam. Lega hati kami, bibir kembali tersenyum.

Kami tiba di Bangi pada pukul 7.00 malam. Semoga Kembara Muslim ini menjadi ibrah kepada kami. Kami akan terus mengembara, walau sejauh mana pun perjalanan yang bakal kami tempuh bagi mencari sinar dalam kehidupan. Wassalam.

Persatuan Belia Islam Nasional

Daerah Hulu Langat

Kembara Muslim 2008

3 Comments »

  1. ~hikmah kembara~
    semoge menemui hikmah itu..

    Comment by nazira alis — July 8, 2008 @ 10:07 am | Reply

  2. assalamu’alaykum..
    seronok dengan cerita..
    lagi seronok kalau ada sekali..

    Comment by b_ridhuan — August 11, 2008 @ 3:10 pm | Reply

  3. ana baru tau nta ada blog..hehe.selamat beramal

    Comment by ibnu ibrahim — April 16, 2009 @ 2:12 pm | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: