perjalananjauh

May 30, 2008

Ana Muslim

Filed under: Al-kisah — perjalananjauh @ 2:01 am

Episod 3

” Masuklah Hakimi.” Pelawa Ah Meng. Terus sahaja dijemputnya Hakimi masuk selepas daun pintu dikuak. Hari ahad yang indah permai ini memang selalu digunakan Ah Meng untuk tidur sepanjang hari. Paling awal pun pukul sepuluh pagi barulah Ah Meng bangun dari tidur. ” Alooo. Biasa maa..” Jawapan yang sering diberikan Ah Meng tatkala ditegur oleh bapanya akan kelakuan buruk tersebut.

Namun pagi ini amat berbeza. Ah Meng tersedar daripada tidur apabila pintu apartmentnya diketuk. Dilihat jam di dinding, baru mencecah angka tujuh. Namun ketukan itu dirasakan seperti satu alunan muzik, mengujakan. Lantas dibongkarnya selimut daripada badan dan terus menuju ke pintu. Apabila dibuka, Hakimi berada di tepi sebelah luar pintu. ” Aiyya, ini jembalang senyum lo. Lu buat muka masam tak la buleh ka?” Pertanyaan itu terdetik di dalam hati Ah Meng.

” Masuklah Hakimi, wa balu bangun ma.” Ah Meng terus jujur mungkin kerana menipu pun tidak berguna. Rambutnya yang kusut dengan berbaju singlet dan berseluar boxer memang sudah menceritakan segalanya. Bau badanya juga agak hamis, nafas pula boleh mematikan cicak di siling rumah. Busuk.

Hakimi senyum dan bersuara. ” Selamat pagi Ah Meng, tak apalah. Saya mengganggu yek? Saya nak ajak awak keluar jogging, tapi awak semacam letih sahaja. Lain kalilah.” Hakimi sedikit mempelawa tetapi beralah dengan situasi. Mata Hakimi tepat memandang muka Ah Meng, senyum lagi. Tidak sedikit pun ada gambaran tidak menyenangkan terpamer. Lalu meruntunkan hati Ah Meng.

” Hoiyo jembalang, lu memang sulah lama mengganggu hidup gua tau. Lu tunggu sikijap ha. Gua mau tukat baju.” Jawab Ah Meng.

Tanpa berlengah, Ah Meng terus mencapai baju t-shirt berkolar bulat, oren warnanya. Seluar track yang masih tersidai di dalam almari disarungkan terus dan akhirnya mengambil minyak rambut berjenama Code 10 yang berbekas biru. Setompok isi Code 10 diambilnya, laju sahaja disapukan pada rambut. Pemalas betul, langsung tidak mandi.

Si Hakimi hanya menunggu di pintu sambil mulutnya sedikit terkumat- kamit. Matanya melilau melihat-lihat ke ruangan apartment si Ah Meng yang agak berselarak. Ketika Ah Meng keluar dari bilik, dia terlihat mulut si Hakimi yang terkumat –kamit. Hatinya terus terdetik. ” Ha abis la gua maa. Ini budak sudah baca itu mentela. Gua sulah agak punya, ini budak memang itu sihir lo.” Terus sahaja dituduh.

” Mari pigi. Kalau lame-lame sini, ini lumah akan jadi panas tau. Itu hantu akan datang, mau mintak makan.” Ah Meng mengomel seakan-akan menegur perbuatan Hakimi yang dilihat membaca mentera untuk memanggil hantu. Hakimi hanya bermuka selamba dan terus berjalan mendahului Ah Meng menuruni tangga. Mungkin Hakimi langsung tidak memahami maksud perlian Ah Meng.Maka, langsung tidak diendahkan kata-kata itu.

Ah Meng berlari kencang untuk mengejar Hakimi yang berada di hadapan. ” Hoi Hakimi, sulah la. Tak la lalat lo” Terus dilaungnya Hakimi dihadapan, menyebabkan Hakimi terhenti. Hakimi berpaling memandang Ah Meng, menunggu dan bersuara. ” Apa Meng? Tak la lalat?” Hakimi bertanya, sedikit bingung.

” Gua penat lo, stop la kita lehat. Gua sulah tak lalat.” Ah Meng bising. Tergeletek hati Hakimi mendengar perkataan ‘lalat’ itu. ” Sudah tidak laratlah Ah Meng, lalat tu sejenis serangga.” Hakimi membetulkan.

” Apa- apa la. Yang penting, stop.” Tingkah Ah Meng.Badannya sedikit terbongkok –bongkok sambil tangannya memegang perut,menekan. Sudah tiga kali mereka berjoging mengelilingi Taman Tasik Cempaka ini. Kaki Ah Meng terasa kebas,lenguh dan lutut seakan longgar. Ah Meng memilih untuk berehat di sebuah pondok yang terletak berhampiran dengan kawasan permainan kanak-kanak. Hakimi hanya mengekori. Mereka duduk sambil badan bersandar di tiang pondok.

Pemandangan di taman itu amat indah. Taman yang mengelilingi sungai, tetapi sedikit diubahsuai menjadikan taman itu kelihatan seperti tasik. Pokok-pokoknya pula belumlah terlalu tinggi lagi, hanya separas dua depa dari atas kepala. Beberapa pokok hiasan disusun rapi mengelilingi pokok Pisang Kipas, dan pokok dari jenis palma. Antaranya pokok Bunga Kertas bewarna merah dan putih,bunga orkid warna oren bertompok hitam, orkid warna putih ditengahnya bewarna ungu dan pelbagai lagi. Sungguh cantik dan mempesonakan.Suasana yang aman permai inilah yang membuatkan orang ramai sentiasa berkunjung bersama keluarga. Dari kejauhan pula dapat dilihat kubah Masjid Hasanah yang bewarna hijau tersergam indah, juga bangunan PKNS yang gah dan mewah. Mata terasa senang, hati terasa tenang tatkala berehat di taman ini.

” Hakimi, tadi lu apa bikin? Lu baca ape? Mentela ka?” Ah Meng bertanya, memecahkan kesunyian.

” Apa? Mentera? Bila Meng?” Hakimi sedikit terkejut.

” Itu tadi lo, mase di lumah saya.” Laju sahaja Ah Meng menjawab. Kalau benar Hakimi menggunakan mentera, perkara ini perlu dibanteras segera. Dia selalu sahaja terfikirkan tentang Hakimi. Kalau benar semua ini angkara mentera Hakimi, dia perlu ajar si Hakimi. Dia mahu kembali kepada perasaan normal, bukannya perasaan mencari ape itu Hakimi, mengapa Hakimi mengaku dia muslim. Tidak, tak mahu.Dia bukannya lelaki songsang, dia lelaki sejati. Lelaki sejati tidak boleh memikirkan lelaki lain, itu prinsip, itu maruah.

Hakimi diam sahaja namun dalam hatinya dia sedang ligat berfikir bagaimana mahu memahamkan si Ah Meng. ” Apa lu diam? Betulkan mentela? Gua selalu tengok tau.” Ah Meng menekan sedikit suaranya. Hakimi tersenyum.

” Bila awak tengok?” Hakimi terus menyoal.

” Itu dalam celita melayu, tok bomoh suka baca –baca mentela. Dalam celita P. Lamlee pun ada tau, itu pendekat Bujang Lapok. Hai mambang angin, mambang api mambang tanah. Kan?” Ah Meng berhujah, disertakannya dengan gaya si Sudin membaca mentera. Tergelak si Hakimi.

” Lagi, bila awak tengok?” Hakimi bertanya lagi, sengaja dipancing agar Ah Meng banyak bercerita.

” Lagi ka? Dulu, gua ada ikut kawan gua pigi itu satu tempat di Dengkil tau. Kami pigi cari wang. Tapi bukan pigi kelija tau, pigi cali wang dalam guni tau.” Ah Meng bercerita. ” Wang dalam guni?” Hakimi pelik.

” Ya lah. Kami pigi jumpa sama satu olang tua, dia cakap dia buleh tukat itu sabut kelapa jadi wang manyak tau. Kami masuk hutan, itu olang tua duduk bersila, Kemudian mulut dia gerak-gerak macam awak tadi. Dia cakap itu sabut akan jadi duit tau dalam masa satu minggu, dengan syarat kami tidak bole langgar syarat.” Seronok Ah Meng bercerita walaupun disedarinya ayat penceritaannya berbelit-belit.

” Apa syaratnya?” Hakimi sedikit teruja. ” Kami tidak bole belak dalam masa satu minggu, takut itu hantu tak mau bagi wang sebab kotor.” Selamba Ah Meng cerita, muka yakin sungguh-sungguh. Terhambur ketawa daripada mulut Hakimi mendengar syarat itu. Meleleh air matanya, rasa jugak mahu terkencing namun ditahan. ” Apa punya pelik syarat itu. Abis tu Meng, kau tak buang airlah yek seminggu?” Tanya Hakimi.

” Mana ada lo, satu hali pun gua talak tahan ma, sohai punya olang tua.” Ah Meng semacam marah dan geram. Hakimi pula masih ketawa.Apa punya syarat.

” Ha, lu pun baca ka mentera?” Ah Meng masih menunggu jawapan.

Setelah tawanya susut, Hakimi mula bersuara.

” Ah Meng, saya muslim. Sebagai seorang muslim saya digalakkan untuk sentiasa mengingati tuhan saya. Saya mengingati tuhan dengan menyebut-nyebut namaNya.”

” Ha?” Ah Meng bingung.

” Kalau awak ada kekasih,bagaimana cara awak ingat si dia?” Hakimi bertanya lagi.

” Gua calling ma.” Ah Meng menjawab ringkas.

” Ha begitu juga dengan saya. Saya juga sentiasa berhubung dengan si Dia. Si Dia yang menciptakan saya. Saya akan selalu menyebut-nyebut si Dia yang saya cintai. Sama macam awak.” Hakimi cuba memahamkan Ah Meng.

” Itu bukan mentera, jadi lu panggil apa?” Ah Meng ingin tahu.

” Itu Islam panggil zikir, menyebut-nyebut nama tuhan, mengingati tuhan walau di mana.” Senang Hakimi menjawab.

“Tapi ramai olang Melayu yang baca mentera, Kenapa?” Ah Meng mula keliru.

” Seperti yang saya selalu sebut, itu adalah orang Melayu semata. Kamu tidak boleh samakan Melayu dengan Islam. Mulianya bangsa Melayu kerana Islam. Saya mahu tanya kamu, mengapakah Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka terlalu hebat dulu kala?” Hakimi pula menyoal.

” Sebab olang Melayu mendapat bantuan dari China kan?” Ah Meng yakin.

” Silap Ah Meng. Kesultanan Melayu Melaka hebat sebab mereka memperjuangkan Islam. Mereka menggunakan sistem islam sebagai perlembagaan negara. Mereka menggunakan Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang digarap daripada Al-quran dan Sunnah.Sebab itulah mereka menjadi bangsa mulia. Bukan kerana Melayu semata-mata, tetapi kerana mereka Melayu-Muslim.”

” Jadi orang-orang Melayu yang menggunakan sistem selain darpada system Islam adalah Melayu yang songsang akidah.” Hakimi menambah.

” Sonsang akidah? Akidah itu ulat apa ma. Celita la.” Ah Meng makin tidak sabar.

Bersambung…

4 Comments »

  1. your story line is relly nice
    if you manage to come out with a full version of ana muslim, i would realyy like to be the one wqho translate this novel in English
    my best wihes to you

    Comment by azrai mNoor — June 26, 2008 @ 4:07 pm | Reply

  2. inshaallah.. masih dalam proses menulis.. ade beberapa lagi episod..

    Comment by qassam — June 28, 2008 @ 10:18 pm | Reply

  3. erm..jalan cerita yg menarik..keep up the good work k!

    Comment by nazira alis — July 8, 2008 @ 8:48 am | Reply

  4. kenapa terasa sebak pula hati ni bace cerita ni??hu~

    juz thinking where is da melayu-muslim now??
    yg ade skrg cuma melayu yg tggl melayu..
    Islam pula dijadikan adat semata..

    am i malay or muslim??
    wallahualam~

    Comment by aireensamirah — October 30, 2008 @ 8:12 am | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: