perjalananjauh

May 12, 2008

Ana Muslim

Filed under: Al-kisah — perjalananjauh @ 12:06 am

Episod 2

Malam kian larut. Jam dinding bilik Ah Meng hampir menunjukkan pukul 1.00 pagi. Matanya sudah kerap kali dikelip-kelipkan, ngantuk. Tersengguk-sengguk juga sesekali kepalanya. Laporan arc welding perlu diselesaikan segera. Biasalah, siswa memang selalu menangguhkan kerja, dia pun tergolong dalam kalangan siswa sebegitu. ” Wa siap last minue ma..” Kata-kata yang selalu diungkapkan kepada rakan-rakan sekelas, bangga.

” Arhg, ngantuk lo.” Luah Ah Meng diserta dengan hempasan badannya ke katil meninggalkan meja belajar. Berdetap bunyi katil tersebut dengan henyakan padu dari tubuh Ah Meng. Ditariknya selimut yang berlipat kemas dihujung kaki dan dibalutnya badan seluruh mungkin. ” Esoklah gua sambung” Ah Meng berbisik sendiri.

Dalam pada mata kian terkatup, bayangan Hakimi menjelma. Wah,wah wah. Datang lagi bayang-bayang makhluk ini meganggu hidupnya.Senyuman Hakimi petang tadi masih dikenang, manis dan menggugat. Ada sesuatu yang dia rasa.

Fikirannya makin menerawang, kembali bermain-main menerjah dimensi masa lepas.Teringat dia ketika kelas Manufacturing Lab di Institut Latihan Sultan Ahmad Shah ( ILSAS ), berlaku sedikat perdebatan antara rakan-rakannya. UNIten memang mempunyai ramai siswa melayu dan yang mengambil bidang mechanical engineering sememangnya ramai lelaki Melayu.

Tika itu Ah Meng sedang sibuk membaca nota arc welding untuk amalinya.-Arc welding is one of several fusion processes for joining metals. By applying intense heat, metal at the joint between two parts is melted and caused to intermix – directly, or more commonly, with an intermediate molten filler metal. Upon cooling and solidification, a metallurgical bond is created. Since the joining is an intermixture of metals, the final weldment potentially has the same strength properties as the metal of the parts. This is in sharp contrast to non-fusion processes of joining (i.e. soldering, brazing etc.) in which the mechanical and physical properties of the base materials can not be duplicated at the joint. ”

Tiba-tiba terdengar suara Wei Han dan Boy ligat berbincang. Kadang-kala suara Wei Han meninggi sedikit dan adakalanya Boy pula mengeraskan sedikit suara. Ah Meng menoleh kearah mereka yang duduk di meja sebelah. Ternampak pula Hakimi sedang duduk di sebelah Wei Han, senyap dan sesekali mengangguk. Senyuman tetap terukir, manis.

Ah Meng terasa ingin tahu. Diseretnya bangku makmal yang tinggi itu dekat dengan Boy, sedikit berhadapan dengan Wei Han. Siswa lain sibuk membaca nota dan sudah ada yang mula menjalankan amali.Namun Ah Meng buat selamba, buat bodoh sahaja kata orang.

” Apa hat?” Tanpa malu tapi bergaya Ah Meng masuk,mencelah.

” Ini si Wei Han ni, tanya aku pasal tuhan konon. Dah la tak sunat.” Boy menjawab, sedikit marah.

” Aiya, apa sunat-sunat. Tak sunat pun bole ma..Lu cakap lu ada tuhan, mana ma? Tuhan lu mana?Lu dosa tau, masuk nelaka.” Wei Han membalas. Kasar dan keras. Soalan mencabar buat Boy. Jawab,jawab.

” Tuhan saya adalah Allah. Tuhan yang esa. Tiada tuhan melainkan dia.” Cewah, Boy petah. Ada rupa bangga menjawab. ” Tuhan saya bukannya patung, tak bolek dilihat. Tapi tuhan saya boleh melihat, boleh mendengar, ini yang kita tengah cakap ni, Dia dengar tau. Senang cerita tuhan saya ada di mana-mana” Sambung Boy dengan jayanya, kembang-kuncup hidung Boy.Berlagak.

” Oh, tuhan lu di mana-mana ka? Ini, bawah kaki gua ada tuhan ka? Dekat buntut wa ni ada tuhan you ka?” Wei Han menghunjamkan soalannya.

Terpelongo Boy.” Eh, err. Err, Apa ni main kasar ni, buntut-buntut pulak.” Boy marah, sekadar untuk menutup kekurangannya.

” Gua tanya ma. Gua boley tunjuk tuhan gua pada lu, sekalang,gua nak tau tuhan lu mana saje, Kalau lu pegi sembah benda yang tiada, apa macam ma. Sohai la lu.” Wei Han mencucukkan panah beracunnya tepat kepada Boy.

Hakimi senyum. Diam sahaja. Samada senyum berfikir atau senyum mentertawakan seseorang. Sikap Hakimi yang tenang diperhati oleh Ah Meng.

” Halo Wei Han. Tanya la ini Hakimi lo.” Ah Meng memberikan cadangan kepada Wei Han. Wei Han memusingkan kepalanya dan memandang Hakimi, tepat ke mata.

” Ha brother, jawab la.Mana tuhan you?” Wei Han mencabar.

Hakimi tidak menjawab sebaliknya bangun dan beredar. Namun seketika kemudian dia kembali bersama sebatang rod besi sebesar lidi. Dicucuknya rod itu kedalam socket plug yang berada di meja tersebut. Di tekan punat on.

” Pegang rod besi tu.” Hakimi bersuara, senyum.

Menganga mulut Wei Han dan yang lain. ” Gila ka, mati wo.” Itu sahaja yang terkeluar.

” Apa pasal mati?” Hakimi bertanya.

” Ada current maa..” Wei Han pantas sahaja bersuara.

” Mana current, tak Nampak pun.” Hakimi menukas.

” Ada lo.” Wei Han bersuara, gumam. ” Kalau ada, di manakah?” Tinggi dan jelas Hakimi menyemburkan kata-katanya.

Wei Han terus diam. Langsung tidak bergerak, kaku bengap. Terasa bengong teramat. ” Bukan semua perkara perlu dilihat Wei Han. Tidak semua pun dapat dilihat. Belum saya tanya di mana letaknya roh awak lagi, belum pun saya menyoal apakah bentuk angin, apakah rupanya angin itu. Memang ada tetapi kita tidak dapat jelaskan semuanya” Hakimi melembutkan suaranya, sekadar memberi faham.

Ditarik nafasnya sedikit lalu menerukan bicara. ” Allah tidaklah berada di mana-mana seperti yang disebut tadi, tapi zat Allah yang maha berkuasa boleh mengetahui segalanya. Zat Allah maha melihat, maha mendengar, maha mengetahui dan segalanya.” Lembut sahaja suara Hakimi, langsung tiada riak sombong dan takbur. Lebih kepada memberi faham, menunjuk ajar kepada seorang anak kecil. Penuh kasih-sayang. Manja.

Ah Meng di sebelah diam sahaja. Dia jelas dapat melihat reaksi Wei Han yang membatu dan Boy yang tersipu-sipu. Ketika berjalan keluar meninggalkan makmal, Ah Meng sempat bertanya kanapa dia terlalu tenang dan senang dengan persoalan yang begitu kurang sopan, tidak macam kawanya Boy yang agak baran. Hakimi hanya menjawab .” Saya muslimlah Ah Meng .”

Perisiwa yang Ah Meng sentiasa ingat. Ayat yang sentiasa Ah Meng fikirkan. Ayat ini menyebabkan Ah Meng sentiasa menerawang dan seperti biasa dia akan tersedar semula apabila azan subuh berkumandang. Ayat inilah, ayat mentera. Ayat seorang makhluk, ayat yang mengekori.

” Saya muslimlah.”

Ah Meng terus tidur. Gelap terus dunia.

Bersambung..

3 Comments »

  1. salam….
    syeikh…ana Azhari dari Hukm…
    Rasenya..ana nak ambil cerita ni untuk website surau boleh?

    surauktdi.wordpress.com

    Comment by Admin. — May 12, 2008 @ 1:06 am | Reply

  2. Boleh, dipersilakan..Sudah ada dua episod. Episod pengenalan dan yang ini. Jadi, tolong ambil dua-dua sekali. Lagi satu, tolong sebarkan laman blog ini. Jazakallah Azhari.

    Comment by perjalananjauh — May 12, 2008 @ 5:46 pm | Reply

  3. wow
    ada peminat dah
    tahniah akim

    Comment by azrai mNoor — June 26, 2008 @ 4:02 pm | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a reply to perjalananjauh Cancel reply

Create a free website or blog at WordPress.com.