perjalananjauh

May 8, 2008

Kembara Muslim

Filed under: Rehlah — perjalananjauh @ 11:45 pm

“Apabila solat telah dilaksanakan, bertebaranlah kamu di bumi; carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu beruntung” ( Al-jumuah, 10)

Perjalanan larut malam


Seperti biasa, kami belia Islam mengambil peluang masa cuti ini untuk mengambara melihat segala ciptaan Allah.

Perjalanan kami pada kali ini agak mengambil risiko karana bergerak agak lewat, pukul 1.00 pagi dan pula memandu kereta Honda City yang memuatkan lima orang keseluruhannya.

Pemanduan dilakukan agak laju memandangkan laluan yang kosong dan jiwa muda sahabat kami. Orang muda, biaslah. Mahu cuba-cuba katanya.

Dalam perancangan, kami akan menuju ke Kuala Tahan bagi menjalankan kembara kami ke Taman Negara Pahang. Inilah pertama kalinya aktivti kami akan menempuh segala pengalaman baru, hidup di hutan rimba. Hutan tertua di dunia.

” Ya Allah, betulkah jalan ni?” Kedengaran suara Hakim sedikit gelisah. Suaranya menyedarkan Syakur yang lena di kerusi sebelah, Afizhi dan Nazmie di kerusi belakang.

” Betullah Hakim, tu ada direction.Dua puluh kilometer lagi.Eh, Hakim hati-hati. Ada lembu kat tengah jalan tu.” Faiz yang tersepit ditengah-tengah antara Afizhi dan Nazmie setia menemani Hakim sedari tadi.

Teguran Faiz membuatkan Hakim memperlahankan kereta.

” Huh bosan betul kalau macam ni. Dah dekat sejam memandu tapi tak Nampak apa-apa pun.” Hakim kembali mengomel.

Ada sedikit kegusaran disebalik katanya itu. Mungkin benar juga telahan Hakim itu. Mahu tidaknya, sudah hampir sejam masa berlalu sejak dari memasuki simpang ke Kuala Tahan dari arah jerantut tadi, yang nampak hanyalah kepekatan malam. Apabila cermin kereta dibuka, suara kicau burung dan segala macam jenis binatang menerpa masuk menegakkan bulu roma. Takut.

Namun begitu, segala kegusran padam apabila terlihat empat orang lelaki seakan-akan menunggu seseorang.

” Tumpang Tanya bang, Taman Negara mana?” Faiz menyoal.

” Inilah Taman Negara dik, tapi dah pukul 4.00 pagi ni. Orang semua dah tidur.Dik, Nampak tak bas masuk ke kawasan ni tadi?” Abang tersebut menyoal balas.

” Ooo. Inilah yek Taman Negara. Tapi..Ha tadi adalah kami nampak bas. Tapi agak jauhlah” Faiz menjawab cepat. Terasa malu mungkin kerana bertanyakan perkara di depan mata. Terasa bodoh pun ada juga.

Abang tadi kami tinggalkan, lalu Hakim memparkir kereta di tepi jalan untuk kami berehat. Namun apakan daya, langsung tidak boleh melelapkan mata. Bak kata Syakur, ” Huh, nyamuk besar ayam.” Kata-kata yang membuatkan kami ketawa di malam yang sejuk.

Azan subuh menggerakkan kami ke Masjid Kuala Tahan yang berdekatan. Seusai melaksanakan solat dan ma’thurat, kesemua belia muslim ini melelapkan mata beralaskan carpet masjid. Subhanallah, nyaman sungguh.

Tibanya lagi belia Islam

Katika hampi semua kami tidur, rakan kami iaitu Muaz dan Hafiz tiba di entry point Kuala Tahan. Mereka berdua lebih senang dan selesa untuk menaiki keretapi dan bas sahaja.

Ketibaan mereka melengkapkan jumlah kami seramai tujuh orang untuk melakukan kesemua aktiviti mencabar dan amat mengujakan.

Ketibaan mereka bermakna menambah kekuatan, ketibaan mereka bermaksud manambah keakraban, ketibaan mereka bererti perjuangan. Kami menjadi semakin bersemangat.

Trekking dan Canopi Walkway

Cuaca pagi Khamis itu agak baik. Kami mengambil crossing boat untuk ke pejabat perhilitan bagi mendapatkan permit. Setiap orang dikenakan bayaran seringgit manakala kamera pula perlu didaftarkan dengan harga lima ringgit. Muaz juga tanpa teragak-agak telah mendaftarkan kesemua kami untuk bermalam di Bumbum Blau pada malam tersebut. Bermakna penginapan pertama kami adalah di tengah-tengah hutan belantara. Pasti menggugat iman.



Taklimat ringkas disampaikan oleh Muaz dan seperti yang dijangka. Pemberitahuan tentang penginapan di Bumbun Blau mengejutkan jiwa hampir keseluruhan kami. Tindakan Muaz itu seakan-akan mahu menguji kekuatan belia. Masing-masing berpandangan sesama sendiri. Walau bagaimanapun, kesemua kami tahu, kami masih punya Allah sebagai pelindung, dan para sahabat sebagai pendamping. Jadi, apakah kami perlu takut?

Perjalanan dimulakan dngan doa oleh Syakur. ” Ya Allah , permudahkan urusan kami.” Doa yang kedengaran, penuh tawadhuk dan beserah diri.

Langkah kami diatur mengikut laluan yang telah disediakan. Agak mudah laluan ini. Di kiri kanan jelas kelihatan pokok-pokok yang agak besar dan jarang di jumpai. Warna yang amat menarik dan ada juga pokok yang dapat menarik perhatian rama-rama. Kehadiran rama-rama membuatkan keadaan di hutan larat ini seperti di Zoo Melaka. Cantik, indah dan mempesona. Keadaan hutan ini juga amat bersih, jangankan sampah tapi tongnya juga tidak kelihatan.

Trekking kami mengambil masa selama sejam. Sepatutnya boleh lagi awal daripada itu, tapi memandangkan kami asyik berhenti melihat suasana yang jarang kami temui, maka perjalanan ini agak perlahan.

Berpeluh juga kami dibuatnya, untuk sampai ke Canopy walkway, kami terpaksa mendaki sedikit. Sedikit yang mampu membuatkan kami pitam. Subhanallah, penat.

Seperti direncanakan, canopy walkway kini di depan mata. Haduh. Tinggi amat sih. Canopy walkway ini adalah yang terpanjang dan tetinggi di dunia. Siapa yang kata dia berani mencuba, usahlah berbohong. Langkahan pertama sahaja sudah membuatkannya terhayun. Ditambah dengah ketinggiannya, mampu mengeluarkan kucilan yang ada. Gayat betul.

Setiap kami perlu berjalan dengan jarak lima meter seorang, andai terlebih maka keselamatan tidak dujamin. Meremang bulu roma apabila anggota perhilian memberikan taklimat. Yang pastinya, kami gembira dan selamat menikmati canopy walkway ini. Terima kasih Taman Negara.

Bersambung…

Pastikan anda tidak ketinggalan episod yang akan datang. Apakah yang terjadi kepada kami di Bumbun Blau ditengah hutan? Serangan dahsyat terhadap kami, apakah yang menyerang?

Nantikan..

4 Comments »

  1. Menarik, teruskan usaha.

    xsabar nntikan sambungannya…

    Comment by akhmohd777 — May 10, 2008 @ 9:17 am | Reply

  2. Salam.
    Tersangatlah menarik cerita saudara.
    Saudara sedang bercuti ke?
    Tetapi apakah kesudahannya?

    Comment by Mencari Sinar — May 10, 2008 @ 6:36 pm | Reply

  3. nila
    kalo dah semangat
    pape pun bleh jd
    tekadkan azam
    bersihkan hati
    idop pembina!!!

    Comment by bro. shako — May 10, 2008 @ 8:47 pm | Reply

  4. nice~, teruskan..shako nmpk kurus, haha..jumpa kat m’sia nnti insyaALLAH

    Comment by im — May 11, 2008 @ 3:39 am | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: