perjalananjauh

May 4, 2008

Ainul Mardiah(1)

Filed under: Hawa — perjalananjauh @ 11:51 pm

Assalamualaikum wbt

KEJUTAN

Terkejut saya baru-naru ini apabila membaca Harian Metro tentang ubat ‘racun benih’ yang digunakan untuk membunuh janin di dalam kandungan seorang wanita. dengan hanya menggunakan campuran ubat Gastrik + Darah Tinggi, janin di dalam rahim wanita itu akan dibunuh dalam masa 24 jam setelah wanita tadi mengalami sakit perut yang amat menderitakan.

Kes ini terjadi selepas wanita itu melakukan hubungan seks bersama kekasihnya yang berasal dari Kelantan. Wanita tersebut telah meminta supaya lelaki tersebut mengahwininya,namun lain pula yang terjadi. Hanya mahu menutup aib, anak yang tidak berdosa menjadi mangsa (mungkinkah menjadi korban cinta mereka?). MasyaALLAH… begitu mudah bagi si lelaki itu melakukan sedemikian tanpa berfikiran waras, jika tidak mahu bernikah dengan perempuan tersebut tidak perlulah sehingga membunuh anak sendiri…Nau’zubillah..Semoga saya dan sahabat-sahabat yang lain dilindungi daripada perkara-perkara yang dimurkai ALLAH SWT.

Pelbagai masalah sosial yang melanda negara kita ini dan golongan yang pastinya menjadi kumpulan terbesar pelakunya ialah remaja dan belia. Cerita ini hanyalah satu di antara beribu cerita lain yang telah berlaku di kalangan masyarakat kita pada hari ini. Baik di bandar-bandar besar, mahupun di ceruk-ceruk kampung, dan pastinya juga di kawasan-kawasan terbuka seperti taman permainan dan pusat membeli-belah.

PENGIKTIRAFAN

Masalah ini semakin meruncing, namun mungkin secara tidak sedar dan kita tidak perasan hal ini sebenarnya mendapat pengiktirafan daripada pelbagai pihak tertentu. Kita terlalu bebas untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan norma kehidupan. Masyarakat ini selalu menyediakan tempat, ruang dan waktunya bagi melakukan kebiadaban ini. Jika tidak masakan perlu wujudnya tempat-tempat hiburan, rumah-rumah pelacuran( Lorong Haji Taib), klinik-klinik pengguguran anak dan sebagainya…

Semuanya mudah, cepat, senang dan pantas untuk diperolehi. Isu ini semakin menjadi duri dalam daging masyarakat kita dan jarang sekali saya medengar isu-isu pencegahannya. Tertanya di hati, ke manakah perginya pegawai-pegawai yag berkuasa atas hal ini? pDi manakah pegawai-pegawai agama ? Wira-wira pencegah maksiat? . Dulu kita selalu melihat di kaca televisyen bagaimana mereka menjalankan hal ini. Bila terdapat keraguan di mana-mana sahaja pastinya merekalah yang lebih dahulu muncul mengetuk pintu, tingkap kereta dan pastinya dialog ini akan meluncur laju daripada bibir mereka …”Assalamualaikum, kami pencegah maksiat…”, Sambil penuh bergaya menunjukkan kad kuasa.

Di manakah mereka kini? Apakah mereka turut sama memberi pengiktirafan kepada masalah sosial yang semakin ketara?..Wallahu’alam

WANITA DAN …

Wanita berasal dari tulang rusuk seorang lelaki sebagaimana terciptanya Hawa dari sisi Adam a.s. Tulang rusuk yang bengkok, sukar untuk dilentur… cuba baca bait-bait lirik ini…

Tercipta engkau dari rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk dialasi,

bukan dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat di bahu untuk dilindung,

dekat jua di hati untuk dikasihi , engkaulah wanita hiasan duniawi..

Dan sebaik-baik hiasan dunia ialah wanita solehah, maka ALLAH SWT telah menyempurnakan agama seorang lelaki itu apabila dia mengahwini seorang wanita solehah dan separuh lagi perlulah dengan beriman dan bertaqwa kepada ALLAH SWT…

Untuk membetulkan tulang yang bengkok ini perlulah seseorang itu bersabar. Saidina Umar Al Khattab yang kita ketahui seorang yang sangat tegas, berani, dan terkenal dengan sifat garangnya hanya berdiam ketika dimarahi isterinya. Penuh dengan sifat sabar walaupun beliau mempunyai kuasa untuk tidak mendengar bebelan isterinya. Namun untuk melihat keadaan ini berlaku kini, mungkin satu dalam seribu. Dalam masyarakat kita selalunya, seorang lelaki yang bergelar suami amat mudah sekali angkat tangan pada isterinya kerana bosan,benci mendengar isteri yang berleter, membebel, dan sebagainya. Ada juga yang sanggup untuk tidak pulang ke rumah, dan tidak kurang hebatnya ada juga isteri yang dibelasah suami… dan mangsanya seperti biasa..Wanita juga.

Bersambung…

Ruangan ini dikendalikan oleh Saudari Nurhanum. Beliau merupakan siswi dari Universiti Putra Malaysia.

Kini beliau sedang menyambung pelajarannya dalam bidang Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)

Sering menjadi moderator bagi program-program sekolah rendah dan menengah. Beliau merupakan antara pelajar cemerlang Fakulti Pengajian Pendidikan(FPP). Sebarang masalah peribadi boleh berhubung terus dengan beliau melalui e-mail: sna_nurh07@yahoo.com.my.

By: admin@perjalananjauh

1 Comment »

  1. macam pernah lihatlah pemandangan tu? belakang tandas rompin ek?

    Comment by yadh — May 15, 2008 @ 9:40 pm | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: