perjalananjauh

May 4, 2008

Ainul Mardiah (2)

Filed under: Hawa — perjalananjauh @ 11:59 pm

Salah Siapa?

“Dalam kes-kes ini siapa yang bersalah?”, tanya emak kepada saya. Ketika itu, emak sedang khusyuk membaca Berita Harian. Akhir-akhir ini banyak kes pengedaran dadah yang melibatkan kaum Hawa. Mereka menjadi pengedar dadah di luar negara. Namun begitu situasinya amat berbeza dengan kes-kes pengedaran dadah yang berlaku sekitar tahun 90-an.Terfikir juga di benak fikiran saya siapakah yang harus dipersalahkan.

Pada penglihatan saya, sekitar tahun 90-an, kes-kes pengedaran dadah kurang melibatkan kaum Hawa sebagai seorang pengedar. Jika ada kes-kes ini pastinya berpunca daripada desakan hidup. Seperti kita tahu, negara kita pernah mengalami kegawatan ekonomi pada tahun 1997, kadar inflasi meningkat dan ini menimbulkan kesanggupan kepada mereka untuk melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang. Di samping itu faktor kegoyahan institusi kekeluargaan juga menyebabkan golongan Hawa menjadi seorang pengedar walaupun sebenarnya mereka tidak terlibat. Dek kerana kesucian dan kelembutan hati seorang wanita, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk orang yang tersayang. Ada sahaja isteri yang mengaku bersalah untuk menutup keaiban suami di mata pihak berkuasa. Betapa mulianya diri mereka ini.

Kesanggupan

Pada pandangan saya, keadaan yang berlaku ketika ini berkongsi kata kunci yang sama iaitu kesanggupan. Namun seperti yang saya nyatakan tadi situasinya jauh berbeza. Kes-kes terdahulu berlaku dengan kesanggupan wanita itu dalam keadaan mereka sedar. Ya, mereka tahu apakah jenis dadah yang mereka bawa di dalam beg tangan mereka, mereka tahu kepada siapa yang perlu mereka berikan barang ini, berapa jumlah berat dan apakah hukuman yang menanti mereka di muka pengadilan sekiranya mereka gagal melepasi undang-undang.

Dalam situasi sekarang pula, mereka melakukan dengan kesanggupan juga tetapi keadaan yang berbeza. Apa perbezaannya? Pada penglihatan saya mereka yang terlibat pada kes-kes belakangan ini ialah wanita-wanita yang bijak pandai, ahli-ahli akademik, mahasiswi lepasan IPTA mahupun IPTS. Mereka dalam golongan graduan yang mencari pekerjaan untuk menampung keperluan hidup pada masa hadapan. Mungkin juga kehendak mereka unutk merasai peluang bekerja di luar negara. Secara major, faktor ini menjadi penyebab kebanyakkan wanita-wanita ini diheret ke dalam penjara di negara asing.

Mereka melakukannya dengan kesanggupan dan amanah terhadap kerja mereka tetapi bukanlah dalam keadaan mereka tahu apa yang mereka bawa seperti jenis dadah yang mungkin tersorok dalam beg mereka, jumlah beratnya, dan kepada siapa barang yang dibawa ini perlu diberikan.

Cinta?

Saya ada terlihat karikatur dalam satu halaman Berita Harian di mana karikatur itu menggambarkan seorang wanita diapit dua lelaki (sebelah kanan dan kiri). Lalaki di sebelah kirinya yang memegang beg bimbit bertanya adakah wanita itu ingin bekerja dan lelaki di sebelah kanannya memgang sekuntum bunga sambil bertanya bolehkah dia berkenalan dengan wanita itu (betulkan saya sekiranya salah). Wanita bila sudah jatuh cinta jiwanya yang keras bisa jadi lembut, kepala walau keras seperti batu pun boleh jadi mak turut kepada lelaki yang disayangi. Begitulah wanita. Bila sudah sayang apa sahaja sanggup dilakukan. Namun ini semua adalah fitrah seorang wanita. Begitulah istimewanya wanita.

Apa Tunggu Lagi?

Jadi apa yang harus kita tunggu lagi untuk mengelak segala bahana ini pada diri kita? Menghindar lebih baik daripada mencegah, dan mencegah lebih baik daripada merawat.

Bersambung ..

Ruangan ini dikendalikan oleh Saudari Nurhanum. Beliau merupakan siswi dari Universiti Putra Malaysia.

Kini beliau sedang menyambung pelajarannya dalam bidang Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)

Sering menjadi moderator bagi program-program sekolah rendah dan menengah. Beliau merupakan antara pelajar cemerlang Fakulti Pengajian Pendidikan(FPP). Sebarang masalah peribadi boleh berhubung terus dengan beliau melalui e-mail: sna_nurh07@yahoo.com.my.

By: admin@perjalananjauh

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: