perjalananjauh

April 29, 2008

Ana Muslim

Filed under: Al-kisah — perjalananjauh @ 1:32 am

Suara petang yang tenang di kompleks Amanah, hanya sesekali terdengar suara gelak tawa dari beberapa siswa. Terdapat enam orang siswa sedang bermain takraw, di kawasan tengah blok-blok Amanah.

Keadaan di bilik agak suram, mungkin kerana cuaca yang mendung petang itu.

Sebuah apartment di Blok Amanah mempunyai dua buah bilik, satu tandas, ruang kecil dapur dan sedikit ruang tamu. Semuanya berada dalam kondisi yang amat baik dan mewah. Di dalam sebuah bilik pula hanya menempatkan dua orang siswa dalam satu-satu masa.

Lantai apartment sahaja disaluti dengan marmar mewah bewarna putih, kabinet pula diperbuat daripada kayu yang amat berkualiti tinggi. Mewah. Amat mewah.

” Nak ke mana ye petang ni, boring betul la” Hakimi sedikit mengomel. Daripada tadi dia menghadap komputer. Bak kata orang, dah mahu muntah asyik menghadap komputer.

” Ha, lebih baik aku keluar berjalan-jalan” Terlintas idea itu di benak fikiran Hakimi. Lantas dia terus menyalin pakaiannya.

Hakimi memakai seluar track bewarna hitam, terdapat jalur jingga menegak di sisi kiri dan kanan seluar tersebut. Kemudian hanya menyarung baju bewarna biru membaluti tubuhnya. Ringkas tapi amat sopan.Rambutnya disisir kemas dan dibuat belahan ditengah. Ala kadar sahaja namun mampu menggugah hati yang memandang.

Selepas seketika, dia mencapai kasut lalu memulas tombol pintu dan terus berjalan keluar.

Apartment Hakimi di tingkat satu dan terletak di hujung bersebelahan tangga selalu memudahkan kerja turun naiknya

Setibanya di tangga untuk menuju ke bawah, Ah Meng menegur. ” Hello boy, nak pigi mane?”

” Saya nak keluar jalan kejap la Meng, jogging sikit.” Hakimi membalas.

” Haiyya, lu keluat jogging ini macam ka? Lu ada selesa ka ini macam?” Ah Meng sedikit terkejut.

” Kenapa Meng?” Hakimi tidak mengerti. ” You patut pakai itu seluat pendek punya, balu selesa ma”

Ah Meng sentiasa berterus terang. Jelas terpapar di wajahnya tentang ketidakfahaman islam.Sepanjang Hakimi tinggal di Amanah ini, sudah kerap kali Ah Meng bertegur sapa dengannya. Kerap juga dia bertanya hal Isam pada Hakimi.

” Saya Muslim la Meng, mana boleh dedah-dedah” Seperti biasa Hakimi berbicara, tenang.

Berkerut-kerut muka Ah Meng mendengar jawapan daripada Hakimi. Amat kagum dia dengan Hakimi. Sebelum ini, dia juga mempunyai ramai kawan yang berbangsa Melayu, mengaku Muslim. Namun, kawan-kawan itulah yang selalu mengajaknya keluar ke kelab-kelab malam, dan selalu juga duit mereka membayar Calsberg yang melaut masuk ke perut Ah Meng.

Ah Meng selalu keliru apabila berjumpa dengan Hakimi. Terasa pelik, berbeza amat. Selama ini, selalu sahaja dia bermain futsal bersama-sama dengan rakan Melayu yang lain di Megah Futsal. Mereka semua memakai seluar pendek sahaja. Selalunya hanya sejengkal ke bawah daripada paras kangkang. Itu biasa.Biasa baginya dan kawan-kawan Melayunya yang lain.

Pernah dulu Ah Meng lewat tidur kerana menyiapkan assignment Linear , dalam pukul 4 pagi juga baru assignment itu selesai. Ketika baru dia ingin memejamkan mata, terdengar sayup-sayup suara lelaki seakan-akan membaca mentera. Panjang, dan kadang –kala sedikit teresak-esak. Mengeletar seluruh badan Ah Meng, mahu terkucil terus. Apabila Ah Meng amati dengan teliti, suara itu berasal dari bilik sebelahnya. Jelas kedengaran lantunan yang Ah Meng anggap mentera itu.

Lama-kelamaan, Ah Meng seakan-akan terpukau pula. Suara itu begitu mengasyikkan, alunan mentera itu begitu pesona. Ada lenggok yang amat sedap, hebat dan sentiasa bersemangat dalam alunan suara itu.Akhirnya Ah Meng terjaga semula apabila kedengaran azan dari surau berhampiran. Tidak sedar dia bila dia tertidur, tapi dia masih ingat akan alunan tadi.

Selepas itu hampir saban malam dia terdengar suara itu, dan pastinya apabila diselidiki barulah dia tahu bahawa Hakimilah yang sering mengalunkan bacaan tersebut di waktu malam.

” Erm, lu sering cakap lu muslim. Tapi wa pun ade lamai kawan muslim ma . Suma tak la sama dengan lu tau.” Ah Meng menyambung sapaannya kepada Hakimi yang berdiri tercegat sambil menunggu reaksi Ah Meng sedari tadi.

“Oh, itu Melayu la Ah Meng, saya Muslim” Hakimi menjawab selamba.

” Ada beza ka?” Ah Meng seakan terperanjat.

” Nanti saya beritahu awak ye, saya janji” Hakimi menjawab. Bukannya mahu mengelak tetapi seakan-akan mengharapkan Ah Meng menjadi seorang yang mencari dan bersemangat untuk mengetahui.

” Okay. Lu da janji tau. Nanti tau.” Ah Meng bersungguh mengingatkan.

“Ya Meng, nanti saya cerita. Saya pergi dulu.” Hakimi terus beredar dan sempat juga menghulurkan senyuman penuh makna.

Bersambung..

11 Comments »

  1. Cerita ni membuatkan saya tertanya-tanya, apakah kesudahannya nanti?Kalo diizinkan, cepatkanlah kesudahannya….

    Comment by Mencari Sinar — May 1, 2008 @ 2:08 pm | Reply

  2. menRIK…

    xsabar tunggu sambungannya…

    Comment by akhmohd777 — May 8, 2008 @ 5:20 pm | Reply

  3. Terima kasih. Namun terdapat sedikt masalah dan teguran. Oleh itu sambungan agak terlewat sediki.Kelewatan atas alasan perbandingan agama.

    Comment by perjalananjauh — May 8, 2008 @ 10:28 pm | Reply

  4. not bad..=)

    Comment by jawapan Rindu — May 18, 2008 @ 7:20 am | Reply

  5. ana muslim..
    dicadangkan oleh kwn sy..
    mase die ckp sy igt majalah ana muslim tu..
    rupanya nukilan senior2 sy..

    mgkn sy akn menjadi salah seorg pminat cerita ini juga..

    juz starting to read..

    Comment by aireensamirah — October 28, 2008 @ 6:19 pm | Reply

  6. hai

    Comment by siti sahira_blue — December 8, 2008 @ 8:37 pm | Reply

  7. hai
    boleh berkenalan

    Comment by siti sahira_blue — December 8, 2008 @ 8:37 pm | Reply

  8. hohoho

    Comment by siti sahira_blue — December 8, 2008 @ 8:38 pm | Reply

  9. hey hey you you

    Comment by siti sahira_blue — December 8, 2008 @ 8:39 pm | Reply

  10. im very not tidak sabar untuk menunggu kesudahannya

    Comment by princess — October 4, 2009 @ 3:08 pm | Reply

    • insyaallah.. pengarang cerita sedang dalam proses mencari ilham…😀

      Comment by perjalananjauh — October 10, 2009 @ 10:41 pm | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: