perjalananjauh

April 14, 2008

Nun jauh di sana ada cahaya

Filed under: Fikrah — perjalananjauh @ 2:24 am


Inikah pemuda- pemudi kita?

Pelajar- pelajar perempuan kelihatan berkumpul di satu meja yang diketuai oleh Fazrina, mereka diam seakan-akan terkejut. Kedatangan saya ke meja mereka langsung tidak dipedulikan.

” Ada apa yang beriya sangat nih? Cikgukan suruh buat kerja.” Saya menyergah.

” Cikgu tengok ni.” Ujar mereka.

Lalu mereka menyuakan sebuah handset ke tangan saya.Terlihat satu video yang amat menganggu fikiran saya selepas itu, langsung meremangkan bulu roma di tengkuk dan mendebarkan dada.

Video seorang wanita yang hanya memakai seluar dalam, berbaju merah. Dia terbaring, diam. Di kelilingi oleh beberapa pasang kaki. Apa yang dilakukan oleh kaki-kaki itu? Kaki-kaki itu menyepak, menerajang dan menghenyak perut, punggung dan kepala si perempuan tadi.

Kelihatan juga ada beberapa tangan yang sibuk merakam kejadian itu, mungkin sebagai hiburan. Kejam , sangat kejam dan tragis. Seorang perempuan yang lemah dibelasah sehabis mungkin.

Video itu berakhir dengan sepasang tangan mengangkat sebuah batu blok yang selalu kita lihat untuk membuat rumah, lalu batu itu diHEMPUKkan di atas kepala perempuan malang tersebut.

Astaghfirullah.

Naudzubillah.

” Kenapa boleh jadi macam ini?” Saya menyoal.

Anak murid saya mula bercerita, kejadian tadi kononnya berlaku di Sentul. Teman lelaki perempuan itu yang telah merancang perkara tersebut, katanya kerana masalah cinta tiga segi. Perempuan tersebut terlalu asyik memainkan lelaki yang akhirnya memakan diri sendiri. Katanya lagi lelaki tersebut telah dihukum gantung sampai mati dan permintaan terakhirnya ketika ditanya, ialah untuk menyanyikan sebuah lagu yang berjudul ‘Cinta Tiga Segi’.

Saya simpan cerita itu dalam hati dan terus- menerus beristighfar.


Cahaya

Inilah realiti belia kita hari ini. Apa yang digambarkan selalunya baik, bagus di dalam telivisyen tidak seperti yang sebenar. Ketika zaman nabi, perkara ini telah berlaku lebih dari 300 tahun, 300 tahun di dalam kejahilan dan kefasadan. Akhirnya Allah menghantar Muhammad untuk mengubah seluruh dunia.

Seorang manusia kerdil mengubah dunia?

Mampukah dia? Namun kini telah terbukti Muhammad mampu.

Namun perkara jahiliyyah seakan kembali, sama seperti era Muhammad. Siapakah yang akan mengubahnya? Akan adakah lagi nabi selepas Muhammad?

Wahai belia,

Kitalah yang sepatutnya menyambung risalah yang dibawa oleh Muhammad. Kitalah orang yang sepatutnya melakukan apa yang telah Muhammad lakukan. Kitalah sepatutnya memberikan cahaya kepada belia lain yang sememangnya menantikannya. Kitalah yang harus bangkit melawan era jahilliyah seperti Muhammad melawannya. Kalau bukan kita siapa?

Mahukah kita menunggu sehingga yang menjadi mangsa( seperti di dalam video itu) adalah adik kita? Atau kakak kita? Atau ibu kita? Atau nenek kita?

Mahukah kita menunggu sehingga yang memukul itu adalah adik kita,?Atau ayah kita? Atau abang kita?

Kalau bukan kita yang bangkit, siapakah lagi?

Bila lagi kita mahu bangkit menyeru dan memberi cahaya sinar kepada mereka?

10 tahun lagi? Tunggu dah bekerja? Tunggu dah kaya?

100 tahun lagi? Tunggu dah mati? Tunggu selepas datang azab kubur?

Kalau bukan sekarang kita bangkit, bilakah lagi?

Untuk belia yang sudah jauh menyimpang,

Jangan berputus asa pada rahmat dan hidayah Allah. Pintu taubat sentiasa terbuka, cahaya mentari sentiasa ada. Pasti akan datang seribu lagi cahaya sebagai peringatan memberi hidayah.

“Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahayaNya, seperti sebuah lubang yang tidak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita iu di dalam tabung kaca, (dan) tabung kaca itu bagaikan bintang yang berkilauan, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkahi,( iaitu ) pohon zaitun yang tumbuh tidak di timur dan tidak pula di barat, yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah memberi petunjuk kepada cahayaNya bagi orang yang dikehendakiNya, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuau”(24:35)


Wahai belia,

Jika engkau dongak ke langit dan tidak dapat melihat sebarang cahaya, janganlah rasa kecewa kerana di sebalik awan nun jauh di sana masih lagi ada cahaya, yang akan menyinarimu di setiap waktu.


8 Comments »

  1. Assalamualaikum….MasyaAllah…
    Cerita ni memang betul ke? dok dengar heboh. ada org kata peristiwa ni dah lama berlaku. knp sekarang baru hangat? Ramai yang suka lagu ‘cinta tiga segi’ ni.Saya suka dengar jugak..sedih, terharu..risau gak la masalah gejala sosial yang makin teruk ni. tiap2 hari ade je kes bunuh, rompak dan lain2.rsa takut nak keluar g mana2, rase macam semua kat depan kita ni tak boleh percaya.wahai belia disana insaflah, ingatkan azab Allah. hidup kt dunia ni sekejap je..semkin hari kematian mkin dekat dgn kita.perbaharui niat kita dan bertaubatlah,hiduplah bermatlamatkan akhirat.semoga kita diampunkan Allah dan semga keluarga kita dijauhkan dan terselamat daripada terlibat atau menjdi mangsa masalah sosial yang menular sekrg ini.

    Comment by Aishahumaira — April 14, 2008 @ 5:59 pm | Reply

  2. Salam.
    Cerita berkenaan perempuan yang dilanyak tu betul ke berlaku di Malaysia. Kalau x silap dah penah tgk vid klip tu, tp itu bukan di Malaysia. Kalau x silap di negara Arab (x berapa pasti tp negara2 sana la). Ceritanya kerana keluarga si perempuan x setuju perempuan ni nk kahwin ngan seorang pemuda Islam, dan keluarga perempuan ni penganut syiah. Jadi mereka menghukum perempuan dengan menyepak dan merejam dia sampai mati. Dalam kejadian ni pun didakwa si lelaki turut dicederakan.
    Walaucamnapun, ambik sahaja iktibar disebalik cerita ni. Kita manusia biasa, tiada kuasa untuk menghukum manusia sebegitu rupa.

    Wassalam.šŸ™‚

    Comment by izzat — April 15, 2008 @ 12:22 am | Reply

  3. salam..
    pe cte eh korang ber2..
    smoga sntiasa dalam rahmatNya..
    aku tersentuh sgat ngan ayat akhir nih..
    ..”Jika engkau dongak ke langit dan tidak dapat melihat sebarang cahaya, janganlah rasa kecewa kerana di sebalik awan nun jauh di sana masih lagi ada cahaya, yang akan menyinarimu di setiap waktu..”..
    ok,all da best then..
    wsalam..

    Comment by ieka.. — April 17, 2008 @ 10:52 pm | Reply

  4. wslm semua.. terima kasih atas komen kalian..
    saya tak pastila samaada peristiwa ni betul-betul berlaku kat Malaysia ke ataupun kat negara lain.. kalau tengok kat video tu seolah-olah macam kat Malaysia(dilihat melalui cara berpakaian mereka).. agak ngeri la bila tengok klip tu.. pelik kenapa manusia sanggup bertindak sedemikian rupa.. Apa pun, seperti yang tertulis dalam entri di atas, kita sebenarnya berperanan untuk mengubah keadaan yang berlaku.. sepertimana yang telah Rasulullah lakukan, seperti itulah yang patut kita ulangi.. Al-Islam huwal hal..

    Comment by perjalananjauh — April 22, 2008 @ 8:01 am | Reply

  5. sebenarnyer marilah kita berbaik2 dan gitu2 jelah

    Comment by rebushit — April 22, 2008 @ 2:09 pm | Reply

  6. kan kan kan

    Comment by rebushit — April 22, 2008 @ 2:10 pm | Reply

  7. Assalammua’alaikum…
    Ya Allah…dahsyatnya sika manusia yg lbh hina dr syaitan…benar kata sahabat sekalian..m’jadi tanggungjawab kita…menyambung risalah baginda…Ya Allah..berilah sinar hidayahMU ke dlm hati2 kami….ameen..

    Comment by PeNciNtA_iLLaHi — July 21, 2008 @ 2:16 am | Reply

  8. Assalammua’alaikum…
    Ya Allah…dahsyatnya sikap manusia yg lbh hina dr haiwan…benar kata sahabat sekalian..m’jadi tanggungjawab kita…menyambung risalah baginda…Ya Allah..berilah sinar hidayahMU ke dlm hati2 kami….ameen..

    Comment by PeNciNtA_iLLaHi — July 21, 2008 @ 2:16 am | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: