perjalananjauh

April 13, 2008

Rehlah hati

Filed under: Rehlah — perjalananjauh @ 12:34 pm

Bila rindu mengundang

Perasaan jauh mengundang rindu. Rindu kami pada sahabat handai, rakan-rakan seperjuangan dan rakan- rakan sepermainan sering membawa kami jauh merentas negeri. Hanya semata ingin kembali mencari sebuah permata hati kami yang kini jauh mengundang rindu di hati.

Bergerak tepat selepas jemaah subuh di surau Al-umm,Jalan Teratai,tanggal 5 April 2008, niat hati kami bermusafir adalah untuk menghantar rakan serumah yang disayangi, Ust. Nazmie ke mantan sekolah beliau iaitu Sekolah Sains Muzaffar Syah, Melaka. Katanya ada urusan bersama pasukan debat sekolah itu. Apabila sampai disana dan menurunkan Ust. Nazmie, kotak pemikiran kami mula ligat memainkan peranan. Mencari sasaran untuk melepaskan kerinduan kepada teman seperjuangan.

” Ko rasa kita patut pergi ke mana? Kita nak pergi dengan siapa nie?”. Hakim menghamburkan kata-kata memecahkan kesunyian yang menyelubungi suasana.

Maka datanglah beberapa nama daripada Third ventricle didalam kepala untuk kami hubungi ” Oooh rindunya hati, tidak ingatkah kita pada rakan yang dulu sama-sama berkongsi suka-duka, sama-sama dikejar dan dihambat warden,sama-sama ditengking senior?Ooh rindunya”. Hati rindu bukan kepalang.

Permata berjasa

Talian telefon disambut mesra. Si permata dengan gembira bertanya khabar malahan terkejut tanpa suara apabila kami mencadangkan untuk bersua muka. ” Betul ke? Ke mana?” Soalan yang ghairah untuk kami terus menjawab. Hati terasa bahagia kerana kami bakal bertemu dengan Si Permata. Alangkah bahagia, perjalanan jauh bertambah gembira. Alangkah bahagia..

” Kita ke zoo Melaka”

Siapa dia?

Si Permata yang kami temui ini ialah mantan Ketua Umum Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas sesi 2005. Seorang ketua yang berdisiplin tinggi, merupakan salah seorang pemegang sijil Pengakap Raja, mempunyai kelulusan yang cemerlang dalam SPM dan Matrikulasi.Beliau juga adalah teman seperjuangan kami ketika bersama-sama memegang amanah sebagai wakil pelajar SMKa Pedas.Kini siswa di Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

Pertemuan

Tepat jam 12.00 tengah hari kami dapat melihat susuk tubuh sasa Si Permata, dengan senyum manis di bibir terus dekat menghampiri. Tidak hairanlah Si Permata nampak tegap dan sasa kerana semua tahu dia seorang atlet hoki di peringkat kebangsaan. Hai rindu pada senyuman itu. Daripada kejauhan dia telah menjerit mengeluarkan butir bicara. “Assalamualaikum, oooi. Lame tak nampak korang, kuang ajor,ape cite?” (Amboi, pelik pulak bicara si Permata ni, ni mesti pengaruh hidup gaya Melaka.He, hati sekadar berbisik)

” Sudah la tu, jom pergi zoo” Hakim separuh menjerit, namun ada senyum pada bibir.

Setibanya di zoo Melaka, kami masuk dengan dikenakan bayaran sebanyak RM 7 seorang. Mahal ke? Alahai duit apalah sangat, yang penting kami puas dan berseronok. Inilah cara kami, untuk merapatkan ikatan kasih yang lama terpisah, menjalinkan mesra yang lama tercabut

Ramai juga orang yang datang berkunjung, tidak kalah sebagaimana penuhnya Karnival Jom Heboh yang diadakan pada hari yang sama di Dataran MITC Ayer Keroh Melaka. Mungkin kerana, dengan mendekatkan diri pada ciptaan Allah, bermakna mendekatkan diri kepada Allah. Kami juga berpendapat, untuk bersama kelurga eloklah berjalan-jalan di kawasan yang tenang lagi damai. Kenapa perlu ke zoo? Kerana anda dapat melihat dan mendekatkan diri pada-Nya. Berjalan sambil diiringi dengan suara unggas berkicauan, mata dapat melihat kiri dan kanan warna-warna unggas dan pepohon yang rendang lagi meredupkan mata. Melangkah sahaja di zoo Melaka sekumpulan spesis Macaw bewarna biru berdada kuning menanti di dedahan yang rendang.. Kicauan yang keras tetapi merdu bersahut-sahutan seakan-akan memberi ucapan “Selamat datang”. Kaki kami melangkah tetapi mata tertuju tepat pada si Macaw yang cantik, hati tertunduk patuh, inilah kuasa tuhan yang mencitpakan sesuatu mengikut kehendak-Nya.


Sambil berjalan, kami berbual-bual dengan Si Permata, berkongsi-kongsi cerita. Cerita tentang sejarah, tentang hidup dan tentang hati. Bercerita tentang kawan-kawan lain yang berjaya dan hebat-hebat belaka mencipta sejarah tetapi ada jua yang kecundang parah. Sambil berjalan, mata terus memerhati beberapa lagi spesis binatang yang sukar ditemui. Daripada kejauhan, kelihatan seekor kuda padi, diam tanpa suara, henti tanpa gerak.

Kuda dan dikudakan

” Agak-agak ko, berapa umur kuda padi ni?” Persoal si Permata. Lalu kemi meneka sambil memegang-megang badan si kuda. Si kuda diam seribu bahasa, mendengus tidak,bergoyang pun tidak. Mengikut penerangan, kuda ini adalah sejenis kuda yang amat lasak. Selalu sahaja digunakan untuk mengangkat barang para musafir untuk perjalanan yang jauh malah boleh mengangkat sehingga 40 kilogram berat barang dalam satu masa. Tapi kenapa wahai kuda? Dirimu diam sahaja, walhal engkau punya kekuatan.Wahai kuda, kenapa?

” Ala, ape nak pelik? Orang yang kuat pun sekarang dah duduk diam je. Kita umat islam yamg ramai dan kuat ni pun selalu sahaja diam walhal kita boleh berfikir untuk bangun. Apa nak pelik kalo kuda duduk diam? Dia bukan ade akalnye pun..”Seseorang bersuara tanpa dapat dipastikan siapa. Ada benar dalam kata-kata yang penuh sinis, ada tanda kesal dan ada perasaan marah. Ya memang benar, apalah yang nak dihairankan dengan kuda yang diam pasif, sekurang-kurangnya dia masih sedar dirinya adalah seekor kuda. Cuma yang pelik adalah manusia seperti kita. Apa yang pelik? Kita adalah manusia, tapi kita seing diperkuda. Kadang-kala kita sering menjadi mangsa manusia lain yang inginkan keselesaan peribadi. Tak hairan kalau zaman kini, seorang anak menengking ibu yang sakit,berkerusi roda dihadapan orang lain. Tidak hairan kalau kita mendengar seorang pensyarah ditipu seorang penipu. Tidak hairan kita mendengar semenanjung Gaza di bom dan penduduknya dibunuh sedangkan pemimpin Negara Islam diam seribu bahasa. Tidak hairan itu, tidak hairan ini. Apa nak hairan, kita memang sering diperkuda-kudakan.” Dah jom pegi tempat lain” Hakim bersuara.


Alahai seekor Tapir

Satu kandang yang besar, tapi menempatkan hanya seekor binatang .Diam lagi malas, ‘ tidur saja terus baa’. Inikah tapir? Tubuh badan yang amat besar, sebesar badak (memang spesis badak pun ), cuma mulutnya muncung seakan orang perempuan merajuk, di pertengahan badannya terdapat belang putih yang bersalut sedikit lumpur. Kakinya seakan-akan memakai stoking sekolah. Tapir yang gemuk debok tidur tertiarap.


” Apa punya spesis ni? Pemalas.” Ada lagi suara tadi, yang seolah-olah mengikut kami bertiga. Tidak mengapalah, nama pun tapir. Memanglah macam ni. Lagi pun pihak zoo menempatkan tapir ni di kandang pun untuk direhatkan, dijaga dan diberi makan dengan secukupnya. ” Kalau macam tu, tangkaplah lagi tapir-tapir pemalas lain yang ada di luar zoo ni, ada banyak lagi tu, mesti penuh kandang ni” Suara tadi bersuara lagi. Mahu tergelak pula rasa bila terdengar suara itu, penuh emosional.


Marina yang ‘cerdikkah’

“Kami mempersilakan, Marina” Suara daripada hos kuat bergema diiringi oleh tepukan gemuruh daripada penonton. Maka keluarlah Marina tersenyum sipu bersama dengan seorang lelaki kacak berbaju oren. Marina terus naik keatas sebuah bangku batu yang ada di bersebelahan dengan si pemuda kacak, berdiri sambil melambai-lambaikan tangan dan kaki kepada penonton. Lambai kaki? Memang betul, Marina melambaikan kaki kepada penonton dengan selamba.

Marina tidak boleh duduk diam, diri Marina seakan-akan gatal, tangan Marina tiba-tiba menepuk punggung si pemuda kacak. Melompat si pemuda kacak, kegelian mungkin.Keletah Marina mengundang gelak tawa penonton. Kemudian Marina mencium pipi si pemuda kacak, sekali lagi pemuda kacak kegelian. Namun ada senyum di bibir pemuda, geli tapi seronok mungkin.

Kemudian , Marina diberikan sebiji bola pingpong. Ketika pemuda kacak meletakkan kain dihadapan Marina, dia hanya berdiam. Apabila kain diturunan bola pinpong yang berada di muncung mulut Marina hilang daripada pandangan. Ajaib sugguh. Aksi Marina sungguh berani, hebat lagi meyakinkan. Aksi penuh versatile bak kata orang.

Namun Marina tetap Marina. Walaubagaimana hebat pun, dia tetap seekor binatang. Dia hebat kerana dilatih untuk menjadi hebat. Melakukan pelbagai aksi setelah dilatih untuk itu. Cerdikkah Marina? Dia hebat, tetapi tidaklah cerdik.



Selamat tinggal permata

Zoo Melaka kami tinggalkan dengan satu kenangan indah. Indahnya kerana bertemankan seorang permata lama yang masih berkilauan di hati kami. Setelah kami menghantar si Permata ke apartment beliau, kami terus menuju ke Sekolah Sains Muzaffar Syah untuk mengambil Ust. Nazmie. Hari ini tidak mungkin dapat dilupakan. Siapalah kita tanpa sahabat. Namun pilihlah sahabat yang baik dan boleh memperbaiki, agar sama-sama dapat terus berjuang tanpa henti. Ingatlah perjalanan kita masih jauh.

5 Comments »

  1. sejak bila pandai buat weblog ni? bagus bagus…. teruskan..

    Comment by deriyadh — April 13, 2008 @ 9:50 pm | Reply

  2. baru je nk cuba2.. harap2 bermanfaat pd semua..

    Comment by perjalananjauh — April 14, 2008 @ 5:42 pm | Reply

  3. kenapa permata?
    huhu..

    Comment by abg hakim — April 14, 2008 @ 11:38 pm | Reply

  4. permata tu kan merujuk kepada sesuatu yang berharga.. boleh dikatakan si ‘permata’ yang kami temui ni amat bermakna bagi kami.. ada potensi rasanya..😀

    Comment by perjalananjauh — April 22, 2008 @ 7:42 am | Reply

  5. seronok jalan ye.. timba pengalaman… bagus la.. rindu kat korang.. tp kekangan byk.. maaf la ye..

    Comment by hmmmmmm.. hahaha — May 6, 2008 @ 12:34 pm | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: