perjalananjauh

April 13, 2008

Iman beku: Fenomena hati kacau

Filed under: Fikrah — perjalananjauh @ 4:01 pm

Biasanya

Kita selalu melihat rakan-rakan kita yang mat kopiah ni ke masjid. Jalan sorang-sorang je, laju menonong, langsung tak pandang kiri kanan. Takut melihat maksiat barang kali.

Hati selalu cuba mendekati kawan-kawan Mat Kopiah ni, ada jugak bertanya masa berjumpa di masjid ” Datang sorang je selalu, mana kawan-kawan yang lain?”


” Alahai diorang tu, mana nak ingat akhirat, asyik leka dengar taghut, biarlah diorang tahu nanti, Allah akan balas dengan azab yang pedih. Tunggulah suatu hari nanti.Kan Allah ada berfirman ‘Dan pada hari itu diperlihatkan naraka jahannam; pada hari itu sedarlah manusia tetapi tidak berguna lagi baginya kesedaran itu( 23:89)‘ Ha tunggulah nanti” Jawab mat kopiah.

Wow. Berderau darah saya mendengar, hebat juga Mat Kopiah berhujah. Saya sambung lagi” awak ada ajak ke diorang turun sekali?”

“Err. Eh ape pulak saya yang patut ajak? Err. Si abang-abang Tabligh la patut buat kerja tu.”

” Abis tu awak buat ape?” Saya meningkah.

” Saya..saya.. saya takut la, saya tak berani.”

Inilah kebiasaan yang berlaku di semua tempat tidak kira masjid, institusi pengajian tinggi, kampung-kampung mahupun sekolah menengah. Belum diajak untuk mengikuti tarbiyah secara tersusun lagi, belum pun diajak menyertai usrah, mengikuti kitabah, diarahkan ke daurah, keluar ke medan dakwah secara total dan ke medan jihad. Belum pun, belum. Cuma perlu mengajak rakan yang di tuduh taghut(kononnya) ke masjid bersama. Hanya disuruh bercakap sedikit. Hanya sedikit. Pun dah terasa takut, Cuma gaya je penuh sombong.

Iman beku

Situasi ini terlalu kecil untuk dijadikan contoh, ada lagi yang lebih bagus sepatutnya. Tetapi bagi saya sudah memadai.

Kita selalu merasakan kewujudan kita hanya mendatangkan bala bencana kepada orang lain. Seolah-olah kehidupan kita tiada makna, umpama sampah yang hanya menyesakkan mata dan hati orang. Maka, kita jadi takut, jadi gusar tak tentu arah, jadi kijang yang sering lari takut di tuduh poyo , dituduh macam bagus sangat. Kita takut. Kita lupa akan tanggungjawab kita, lupa akan sunnah terbesar yang nabi bawa iaitu berdakwah tetapi selalu bergaduh tentang perkara remeh yang merugikan.

Sepatutnya kita mesti merasai diri kita umpama air yang mengalir dari hulu sungai, mengalir dan sentiasa suci, sentiasa diperlukan oleh orang lain.

Sepatutnya sebagai belia islam, kita harus menjadi insan yang bergerak dan memberi manfaat, bukannya diam memberi busuk. Cuba bandingkan air yang tidak mengalir, lecak di tepi jalan, adakah berguna dan bermanfaat?

Wahai belia,

Jangan jadikan pelajaran, kerjaya dan keluarga sebagai alasan. Mulakan langkah maju kehadapan. Mulakan dengan tarbiyah ruhiyah: memperbanyakkan tilawatul Quran, zikrullah, Istighfar dan teruskan dengan menyeru yang baik, mencegah yang mungkar.

Percayalah, iman yang beku adalah sebuah fenomena hati. Hati yang ragu-ragu terhadap Allah, ragu-ragu terhadap sunnah rasulullah. Iman yang beku adalah iman yang diam membisu tanpa gerak, tidak menyeru manusia lain kearah Allah.

Rasulullah S.A.W bersabda:

Hampir tiba waktunya umat-umat lain akan mengelilingi kalian sebagaimana orang-orang yang hendak bersantap mengelilingi makanannya (hidangannya).Salah seorang berkata: “Apakah pada saat itu kami sedikit ya Rasullulah?” Rasul menjawab: “tidak, bahkan kalian pada waktu itu banyak, akan tetapi babagaikan buih ombak. Maka Allah akan mencabut rasa getar dari hati musuh kamu terhadap kamu, dan akan dilemparkan ke dalam hati kalian penyakit al-wahan!” Salah seorang bertanya “Apa itu al-wahan wahai Rasullulah? “Rasul bersabda: “Cinta dunia dan takut mati.”


Hati yang mencintai dunia, selalu tertipu, menjadi gentar, menjadi pondan lembut lemah gemalai.Semoga iman kita menjadi cair, agar boleh mencairkan orang lain. Kita ada misi besar yang memerlukan banyak pengorbanan, kita perlu terus berusaha walau pun ia terlalu jauh.


Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: