perjalananjauh

April 11, 2008

Rehlah Ukhuwwah

Filed under: Rehlah — perjalananjauh @ 11:26 am

Hulu Langat, 1 Januari 2008 – Program Rehlah Ukhwah , telah berjaya mengumpulkan ikhwah belia yang terdiri daripada pelajar UniTEN dan UPM.

Program dimulakan seawal 7.00 pagi dengan para peserta berkumpul di rumah ikhwah PEMBINA yang beralamat di Taman Desa Dahlia, Sg. Ramal Dalam. Peserta yang hadir ialah Ihsan, Adli Arif, Abdul Hakim (UniTEN), Afizhi (UPM) dan akh Kamsani sebagai pemandu dan moderator program.

Tujuan rehlah ini adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim diantara ahli dan lebih saling mengenali sahabat yang sentiasa menjadi tulang belakang kehidupan.

Pada mulanya, program ini telah dirancang untuk diadakan di Laguna Biru(Blue Lagoon), Port Dickson, namun atas sebab kesesakan orang ramai, saudara Abdul Hakim telah mencadangkan untuk berpindah lokasi ke Kuala Linggi( KM Chalet).

Seperti objektif yang telah dirancang, rehlah ini telah diadakan secara santai dan dipenuhi dengan aktiviti permainan.

Ketika mula sampai di Kuala Linggi, Akh Kamsani, Ihsan dan Adli telah membuat unggun api sebagai persediaan acara BBQ, manakala Hakim dan Afizhi ditugaskan menyediakan ramuan masakan. Selepas semua persediaan telah dilakukan, para peserta diarahkan untuk bermandi-manda terlebih dahulu bagi meningkatkan perasaan ghairah dan lapar terhadap makanan yang bakal dihidangkan. Ketika bermandi, disertakan beberapa aktiviti sukaneka. Antaranya adalah petandingan menyelam yang dimenangi oleh Afizhi dan lumba lari dalam air, keputusan seri diantara akh Kamsani dan Afizhi.

Setelah letih bermandi,11.00 pagi, barulah semua peserta memulakan aktiviti memanggang ayam yang sememangnya para peserta amat bersemangat untuk melaksanakannya.

Setelah puas menjamu selera , para peserta telah menyewa dua buah kayak sebagai aktiviti akhirah yang diyakini dapat menjadi kenangan terindah sesama peserta.Harga bagi sebuah kayak adalah sebanyak RM 15. Peserta teah berkayak selama sejam mengelilingi pantai Kuala Linggi.

Aktiviti kayak tamat pada pukul 1.00 petang dan peseta bersiap untuk ke destinasi seterusnya iaitu ke rumah Akh Aizudin sempena kenduri aqiqah yang diadakan di rumah beliau. Peserta Rehlah Ukhwah tiba di Kajang(rumah Akh Aizudin) pada pukul 3.30 petang dan terus dipelawa untuk menjamu selera.Keseluruhan aktiviti tamat pada pukul 5.00 petang dirumah ikhwah PEMBINA.

Secara keseluruhannya, aktiviti ini amat bermakna kepada peserta kerana ini adalah julung kalinya program seperti ini diadakan. Para peserta memberi timbal balas yang amat positif dan menjadi bertambah bersemangat untu memacu agenda dakwah di tengah-tengah masyarakat kini.Diharap, aktiviti seumpama ini menjadikan kita manusia yang beriman dan sentiasa menjaga tautan hati diantara kita.

Wasalam

Afizhi b. Atan

Universiti Putra Malaysia

Ikhwah Hulu Langat


Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: