perjalananjauh

May 22, 2009

Bingkisan Amal

Filed under: Fikrah — perjalananjauh @ 12:28 pm

dakwah-org-tua

Dengan nama Allah, Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Alhamdulillah, kita masih lagi diberi kurniaan iman dan Islam. Paling penting ialah kehidupaan yang Allah berikan, kehidupan yang membolehkan kita memperbanyakkan amal. Alhamdulillah.

Saudara,

Sedikit sejarah saya dalam suasana dakwah dan tarbiyah:

Saya telah mengikuti proses tarbiyah ketika di tigkatan satu, kemudian diminta mencari mad’u( kawan baru) di tingkatan tiga. Setelah itu, saya diperkenalkan dengan sebuah organisasi dakwah ( Ikatan Muslimin Malaysia) pada umur 16 tahun atau di tingkatan 4.

Sekarang saya sedang menuntut ilmu di serdang, dan masih mengikuti tarbiyah yang disusun oleh ISMA.Sepanjang perjalanan ini, saya mempunyai pengalaman sendiri tentang dakwah secara fardhi( personal) dan Alhamdulillah dapat mengumpul beberapa cara atau kaedah lain yang digunapakai ataupun pernah menjadi pengalaman sebahagian rakan-rakan( malahan ustaz2).

Cumanya, tarbiyah saya adalah versi Malaysia. Jadi mungkin tak banyak menggunakan kalimah arab. Saya pun lebih berminat menulis mengikut bahasa kaum tempatan.

Duduk atas motor

“ Ustaz, saya selalu Nampak budak tu( belia la nie) datang surau. Rasa hati nak rapat, tapi mulut nie payah betullah nak mulakan perbualan. Rasa macam nak bawak dia join kita” Saya mengadu kepada ust W ketika minum petang di Sungai Ramal Dalam. Asal perjumpaan hanyalah ingin mengambil kunci kereta, tapi kalau dah jumpa ust W nie, memang akan terlekat sejam dua jugak.

“ Oh, ye ke. Dakwah ni banyak cara. Kadang-kadang kita Nampak benda tue macam ringkas je, tapi benda ringkas tu la titik permulaan dakwah kita.” Ujar ust W.

Saya meningkah cepat, “ Tak kisahlah titik apa pun ust, macamana nak buat tu yang penting”

Ust W tersenyum dengan telatah anak muda di depannya, nak cepat je. Bagilah orang tua buat intro dulu.

“ Ok. Budak tue datang naik apa?” Tanya ust W.

“ Naik motor, ust.” Ringkas menjawab.

“ Dulu saya lepas solat, saya keluar cepat-cepat, duduk atas motor orang yang saya nak kenal. Kemudian saya cari jerawat guna cermin motor dia. Masa dia nak balik, dia datang ambil motor, masa tu la saya buat-buat minta maaf. Borak sikit-sikit tanya nama, ambil nombor telefon.” Ust W bercerita.

“ La, tu je ke? Hasilnya?” Saya terpelongo.

“Hasilnya macam yang ada sekaranglah, yang dok ikut kita dalam dakwah nie.” Ust W tersenyum.

Main Bola

“ Ust masa  bawa dakwah di UPM, ust buat macamana yek? Saya masih tak dapat cara la nak mencari kenalan baru yang dapat menjadi pendokong.” Saya mengadu pada ust M ketika saya ke pejabat ISMA.

“ Saya main bola.” Ust M ringkas.

“La. Tu je? Tapi takkanlah boleh tertubuh persatuan dakwah masa tu? Tak mungkin dengan bola. Bukan ceramah himpun orang dulu ke ust?” Saya mahu kepastian, setakat ni masih lagi menganggap program berbentuk ceramah adalah cara terbaik mencari mad’u.

“Saya main bola. Tiap hari ahad tu saya main bola. Masa main mula-mula tu budak-budak takut jugak dengan saya, entah ust dari mana datang main bola tiba-tiba. Tapi lepas dah 3 minggu, saya kenal-kenal terus buat sesi taaruf kat tepi padang. Ada je orang baru, saya akan buat sesi taaruf. Makin lama, makin ramai yang turun main bola. Lepas tu nak bagi mereka nie percaya dengan saya, saya bawak mereka nie pergi berkhemah. Masa berkhemah tu buat aktiviti langgar-langgar apa semua, hilang la rasa beza tu,lepas tu mereka percaya la dengan saya.” Ust M mengimbau kembali cerita dia di UPM dulu. Saya memang kenal dengan orang-orang yang pernah dia bawa dulu, dan mereka memang antara yang berhasil memegang tampuk dakwah dengan Ikhlas.

Bagus juga idea nie. “ Tapi kalau saya ada sikit je kawan-kawan, takkan nak main bola, ust?” Saya nak lagi pengalaman, cungkil.

“ Awak mainlah futsal” Wah, satu idea bernas. Baru je pun saya terfikir dan saya akan cuba praktikkan.

Teringat kata-kata ust Lah, “ Dakwah kita bermula di padang bola” Memang betul.

Ikat Perut

Untuk menjadi para duat yang berjaya mendidik kader dakwah bukanlah sesuatu yang mudah. Menjadi daie memerlukan kesabaran, perlukan pengorbanan dan perlukan kefahaman. Kadang –kala duit kita, masa kita dan tenaga kita akan habis semata-mata kita mahu memastikan orang yang kita dekati memahami nilai menjadi seorang individu muslim, mengikuti jalan dakwah. Tapi itulah jual beli dengan Allah, moga para duat dibayar diakhirat kelak.

“ Untuk mengikat hati mad’u yang sebaya awak nie,ikat perut mereka dulu.” Ust Az berpesan pada kami, ketika satu program berjalan.

“Ikat perut macamana tue? Guna tali rapia ke tali kapal?” Kawan saya buat lawak bengap, kami tetap ketawa. Masa zaman tu pun, kami budak-budak lagi, baru habis sekolah menengah.

“ Bukan macam tu, awak nie. Maksud saya, gunakan duit awak tu, belanja mereka makan. Student ni, masalah utama dia adalah makan. Jadi bila awak dapat setelkan bab makan, awak boleh proceed bab lain pulak.” Ust Az menerangkan. Kami angguk, angguk, angguk.

Dalam hati, “ Aku pun tak da duit nak makan, huhu”

Apabila saya melangkah ke IPT, inilah cara yang sering saya gunakan. Walaupun dalam keadaan saya pun kadangkala tidak berduit. Berbekalkan keyakinan rezeki milik Allah , saya laburkan juga duit. Apa yang saya dapati, cara ini cukup-cukup berkesan. Dulu, saya agak kehairanan juga bila kami lapan orang sentiasa dibawa ke restoran, makan ikan bakar, masak tiga rasa, macam-macam lagi. Hairannya, yang bawa ialah seorang guru sekolah menengah, banyak mana sangat gajinya. Tapi apabila melihat keberhasilan daripada teknik ini, barulah saya faham mengapa ust Az menekankan aspek ini. Alhamdulillah, saya doakan kesemua rakan saya terus tetap( terutama saya) dalam dakwah ini.Amin.

Minat Yang Sama

“ Saya dulu rock,minat lagu-lagu brutal. Suka sukan lasak, bola tak pernah terlepas. Ada buat jahat jugak, macam-macam. Cumanya, saya tak pernah tinggal solat. “ Abang J selesa bercerita sambil memandu ke Seremban. Saya di sebelahnya teliti mendengar.

“ Jadi, macamana boleh tahu pasal dakwah dan tarbiyah?” Saya cungkil rahsia.

“ Ada sorang brother tu, cuba rapat dengan saya, datang bilik. DIa tahu saya minat lagu rock, jadi dia datanglah, borak sambil-sambil tu dia layan sama lagu tu. Pastu, satu hari dia datang bawak kaset baru, dia suruh cuba lagu tue pulak. Ingat lagu apa , rupa-rupanya lagu nasyid. Dengar sekali rasa best pulak, dengar punya dengar, sangkut.” Abang J bercerita.

Sambung lagi. “ Kemudian, dia tahu saya minat sukan, ajak saya main bola, jogging. Lepas abis semua aktiviti, dia ajak saya lumba lari pulak. Wah, memang saya minat la. Lepas tu rapat dengan dia, terus dia ajar macam-macam bab agama. Lama-lama baru jadi seronok ikut, dan terus ikut.”

Saya kagum. Berapa ramai daripada kita melupakan minat mad’u kita. Mengajak mereka mengikut program kita, kehendak kita. Abang J telah mendapat tarbiyah daripada minat. Saya amat kagum. Payah nak jumpa pengalaman macam nie.

Sentimental

“Macamana abang boleh ikut usrah?” Direct saya tanya, tanpa selindung.

Abang Yus tersenyum, terus menjawab. “ Dulu saya duduk di pedalaman, takda kenderaan. Jadi ada sorang ust ni ajak saya pergi usrah di surau. Apa yang buat saya melekat dengan dakwah, sebab saya naik motor tiga orang sekali semata-mata nak pergi surau buat usrah. Yang ada motor cuma ust je, kami tumpang la. Kesian jugak tengok ust tersepit dekat depan semata-mata nak bawak kami dan bagi kami selesa duduk. Daripada situ saya dapat rasa ust tue ikhlas didik saya, dan pengalaman di atas motor tu yang mengingatkan saya agar terus kekal dalam dakwah. Sungguh manis.” Abang Yus senyum.

Dalam hati saya, rupanya macam tu pun boleh jadi cara mulakan dakwah. Menarik.

Perbincangan

Dakwah adalah bermaksud menyeru manusia kembali kepada Allah. Dakwah punya pelbagai cara dan kaedah. Orang yang berdakwah memerlukan pemahaman yang jelas tentang apa yang dia bawa, dan kearah mana dia menyeru. Maka aspek ini ditampung oleh tarbiyah(pendidikan) yang mengutamakan aspek kerohanian dan jiwa para duat itu sendiri.

Dakwah kita memerlukan dua perkara asas iaitu merobohkan dan membina( Hadmun Wa Bina’un). Para daie perlu merobohkan jahiliyyah dalam diri mad’u dan membina kembali nilai-nilai Islam yang sepatutnya diwarisi.

Namun dakwah jugak bergantung kepada iman seseorang. Selagi imannya kuat dan kukuh, hatinya dekat dengan Allah, selagi itulah dakwahnya boleh berjalan lancar.

Oleh itu, para daie perlu menjadi pelopor dakwah yang realistik agar dia tidak kelelahan dan berpenyakit(kaslad dakwah).

Mungkin menjadi kebiasaan kita mendengar apabila seorang yang hebat di peringkat sekolah hilang ghaib diperingkat university, seorang syeikh di university lenyap terus sesudah menikah.Semua itu merupakan satu ujian ketika berdakwah, bahawa apa yang perlu bukanlah semangat tapi kefahaman yang sohih. Seorang kawan tidak perlu memarahi rakannya kerana terlambat menghadiri program dengan alasan pergi beli pampers anak kerana realitinya itu adalah kewajipan beliau memenuhi hak anak.

Saydina umar pernah meminta keluar daripada rasulullah tatkala majlis ilmu sedang berlangsung dengan alasan perlu mencari sedikit wang untuk belanja keluarga lalu rasulullah membenarkan. Setelah itu umar kembali semula kepada nabi. Cerita –cerita begini jelas dalam sejarah bahawa dakwah yang dipikul oleh sahabat adalah bersifat realistic, sepadan dengan keadaan tanpa meninggalkan sedikitpun aspek tarbiyah.

Apa yang membuatan para duat penat berdakwah ialah apabila mereka tidak realistic, terlalu memikirkan perlu seperti dulu. Jika di sekolah, banyak masa untuk kawan, di university banyak sangat masa untuk assignment. Lantas memikirkan aspek dakwah dan tarbiyah sebagai satu bentuk beban yang amat berat walhal ianya boleh ditangani dengan mudah melalui perbincangan. Itulah pentingnya menjadi murabbi(pendidik) yang memahami selok belok kehidupan para mad’u.

Untuk menjadi pemuda yang terus tetap dalam jalan ini, kita perlu sentiasa setia kepada janji kita dengan Allah. Kesetiaan kitalah yang akan menjamin kita terus berjuang sehingga kita akhirnya bertemu dengan Allah kelak. Inilah pemuda yang berhak disifatkan dengan sifat kelakian yang sebenar( Anak jantan).

“ Di antara orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah( untuk berjuang membela Islam); maka diantara mereka ada yang selesai menjalankan janjinya itu(gugur syahid), dan diantaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah( apa yang mereka janjikan itu) sediktpun. (al-Ahzab:23)

Untuk mereka yang mahu mengetahui tentang dakwah dan tarbiyah, saya syorkan blog ma’alim fit toriq

May 18, 2009

Arghhh..KAcau

Filed under: sembang muda — perjalananjauh @ 10:48 pm

frustrated

Apabila kita semakin leka, hati kita semakin jauh dari Allah.

Kadang –kala bila ditimpa celaka, kita selalu bartanya” Ya Allah di manakah KAMU?”

Tatkala kita sering berbuat dosa, hah hilang pergi ingatan pada neraka. Hati kita…gelisah..gundah..resah..

Ramai yang bertanya” Apakah dosa ku? Mengapa Allah duga aku begini?”

Sedang pada waktu senang. Kita derhaka.

Angap diri suci..maksum masuk syurga..

Kalo ditanya pada saya, apa perlu dilakukan? Saya akan cakap.. Allah suruh ingat Allah

Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang…percayalah..

May 7, 2009

Filed under: Uncategorized — perjalananjauh @ 7:09 pm

Rabu, 2009 Mei 06

Panggilan Terakhir KBAZ!!

backdropkbaz-dengandetail1

KONVENSYEN BERAKHIRNYA AGENDA ZIONIS
Anjuran Bersama :
AMAN PALESTIN BERHAD & PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL (PEMBINA)

9 MEI 2009

8 pagi – 5 petang

Dewan Merdeka

Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC

Siapa Panelis?

Dr. Muhsin Saleh

Pengarah El Zaytouna Centre for Studies and Consultations di Beirut, Lubnan

Profesor Sejarah dan Kontemporari Arab Moden

Dr Azzam al-Tamimiy

Pengarah Institut Pemikiran Politik Islam di London

Dr. Roslan bin Mohd Nor

Pensyarah Kanan Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Universiti Malaya

Phd Kajian Jurusalem – Islam

Kenapa mesti datang? (more…)

April 20, 2009

Seminar Bisnes Berapi

Filed under: Uncategorized — perjalananjauh @ 10:31 pm

Mungkin ada sesipa yang berminat mahu meneroka ilmu baru, boleh sahaja mencari ilmu dengan pelbagai cara.

Kepada pelajar IPT yang akan bercuti, daripada dok bercuti kat rumah tak buat apa-apa, bolehlah mencari ilmu.

Kepada abang-abang dan kakak-kakak yang rasa dia dah besar, cubalah hidup berdikari, cari sumber pendapatan sendiri. Cuti 3 bulan nih.

Boleh bertemu saudara Irfan Khairi, belajar daripada beliau cari menjadi insan bertanggungjawab.

Klik di sini untuk Seminar Bisnes Berapi

April 17, 2009

Hati Pada Dakwah?

Filed under: Uncategorized — perjalananjauh @ 2:05 am

Terjumpa satu frasa ayat ditengah malam ketika melihat cerekarama di Youtube, sungguh mengingatkan. Membuatkan jiwa rasa tersedar. Mohon maaf jika ruangan blog ini membuatkan anda tidak selesa.

Ayat itu berbunyi begini:

Orang yang bijaksana, menulis tentang ilmu. Orang cerdik menulis tentang peristiwa. Orang pandai menulis tentang ‘orang lain’. Hanya orang bodoh menulis tentang dirinya sendiri.

 

Mungkin ayat ini pun dapat menyedarkan jiwa, yang suka mengingatkan orang lain tapi melupakan diri sendiri.

Pendakwah atau penulis, mesti mengenegahkan prinsip dakwah, Islam dan tarbiah, bukan input peribadi atau personalitinya. Bawa orang kepada Allah, bukan kepada diri, bawa orang kepada Islam, bukan kepada produk atau kumpulan.

 

Moga jadi Iktibar buat kita, tuan punya blog.

-Afizhi Atan, UPM/ 2.03 am/17 April 2009-

Rujukan:

http://www.zaharuddin.net/content/view/811/72/

http://genta-rasa.com/2009/01/28/murabi-atau-selebriti/

April 7, 2009

Untuk Renungan Sahabat

Filed under: Uncategorized — perjalananjauh @ 5:54 pm

img_0393
Tidak semua manusia mengerti segala perasaan yang ada di hati kita. Tidak pula dapat selalu memahami gejolak jiwa yang ada di dalam diri kita. Janganlah selalu mengharapkan orang lain harus mengerti akan perasaanmu walaupun ia adalah sahabat karibmu sendiri. Karena perasaan adalah bahasa hati yang dapat berubah di setiap waktu. Hari ini ia adalah orang yang sangat mengerti akan perasaan hatimu, Mungkin esok ia adalah orang yang paling tidak memahamimu. Janganlah memaksa karena saudaramu juga hanyalah seorang manusia biasa. Cukuplah hanya Allah tempat mencurahkan segala isi yang ada di hati kita dan menumpahkan segala perasaan yang ada di jiwa. Tidak semua manusia mengerti segala perasaan yang ada di hati kita.

April 6, 2009

Harap Maaf, Tergendala Sebentar

Filed under: Uncategorized — perjalananjauh @ 4:50 pm

March 31, 2009

PEMBINA

Filed under: Uncategorized — perjalananjauh @ 6:03 pm

“Andalah yang mencorakkan masa depan belia”- Dr Kamil

Bangi, 29 Mac – Pembentukan belia sebahagian besar

bergantung kepada suasana dan persekitaran. Oleh itu

pengaruh rakan-rakan sebaya menjadi faktor kritikal dalam

mencorakkan akhlak dan sikap seseorang.

 

Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA),

Dr Kamil Azmi Tohiran berkata, ibu bapa hakikatnya hanya

meluangkan peratus masa yang kecil sahaja bersama

anak-anak. Selebihnya anak-anak akan banyak bersama

dengan rakan-rakan mereka baik di sekolah mahupun di

kejiranan.

 

“Melihat situasi belia masakini yang diulit pelbagai gejala,

saya berasa cukup risau apabila memikirkan tentang masa

depan anak-anak saya. Inilah yang menjadi antara pendorong bagi saya untuk terjun bersama-sama anda semua, mendidik & membentuk para belia bagi memastikan anak-anak pada masa ini akan dapat membesar dalam suasana yang terjaga akhlaknya” katanya semasa berucap di hadapan seramai 30 orang Sukarelawan PEMBINA di Bandar Baru Bangi baru-baru ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Majlis “Gathering Sukarelawan” tersebut telah dianjurkan buat julung kalinya oleh Biro Sukarelawan PEMBINA yang diketuai oleh Sdr. Zainuddin Ghafar. Sdr. Mohd Nur Hakim Bahaman dari PEMBINA Shah Alam Klang pula telah bertindak sebagai pengerusi pada hari itu.

 

 

 

 


 

Selain memberi dorongan kepada para sukarelawan untuk bersama PEMBINA menghidupkan aktivisme belia, Dr Kamil juga menekankan betapa pentingnya program & aktiviti luar dan impaknya kepada pembentukan sahsiah belia.

 

“Ramai yang mampu bersyarah dan berteori tentang Kesabaran, tetapi segala teori ini akan dilihat perlaksanaannya secara realiti dalam aktiviti-aktiviti & program yang disertai. Disinilah setiap ciri asas dalam sahsiah individu islam itu dilentur dan dibentuk agar menjadi tabiat semulajadi” jelas Dr Kamil.

 

Turut menjadi agenda dalam majlis ini ialah tayangan video tentang PEMBINA, sesi suai kenal sesama Sukarelawan & Ahli PEMBINA, serta forum ringkas oleh Sdr. Zainuddin Ghafar & Dr Kamil.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Majlis berhenti sekitar jam 12pm dan hadirin kemudiannya makan tengah hari bersama-sama sebelum bersurai setelah solat Zohor.

March 23, 2009

Bantulah Aku Ya Tuhan

Filed under: Uncategorized — perjalananjauh @ 11:03 pm

Aku renung dan aku fikir, dariapada pintu manakah syaitan memasuki hatiku. Tiba- tiba aku dapati bahwa syaitan itu memasuki pintu hati daripada sepuluh pintu:

  1. Tamak dan jahat sangka, lantas aku menghadapinya dengan sikap menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada setelah berusaha dan berikhtiar.

     

  2. Cintakan hidup dan panjang angan-angan, lantas aku menghadapinya dengan rasa takut terhadap kedatangan maut dengan tiba-tiba.

     

     

  3. Cintakan kerehatan dan nikmat, lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk.

     

  4. Kagum pada diri sendiri(ujub) , lantas aku menghadapinya dengan mensyukuri nikmat –nikmat pemberian Allah dan takutkan balasan seksaan.

     

     

  5. Pandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka, lantas aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.

     

  6. Hasad, lantas aku menghadapinya dengan sifat qanaah( Cukup dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar) dan redha terhadap pemberian Allah.

     

     

  7. Riya’ dan sukakan pujian manusia, lantas aku menghadapinya dengan sifat ikhlas.

     

  8. Bakhil , lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa apa yang ada di tangan makhluk itu akan binasa sedang apa yang ada di tangan Allah itu kekal.

     

     

  9. Takabbur, lantas aku menghadapinya dengan sifat tawadhu’.

     

  10. Tamak, lantas aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu pada manusia.

Ya Allah, jadikan aku orang yang mengingatiMu tika berdiriku, dudukku dan baringku.

Amin

March 12, 2009

Bahasa Kita

Filed under: Uncategorized — perjalananjauh @ 11:59 pm

 


Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.


bagai aur dengan tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.


kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..

kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

« Previous PageNext Page »

Blog at WordPress.com.