Setelah puas menikmati Canopy Walkway, kami mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke Bukit Terisek. Pada mulanya, kebanyakkan antara kami kurang senang dengan keputusan ini, membuat muka ala-ala sardin gitu. Mana taknya, tinggi tuh nak didaki. Namun apabila diberitahu oleh anggota PERHILITAN bahawa dari Bukit Terisek kami akan dapat melihat view Gunung Tahan maka kami teruskan juga. Selangkah demi selangkah kami menapak naik.
” Masya-Allah, penatnya. Nak pecah perut aku, mahu terkeluar jantung. Kaki ni dah macam nak tercabut –cabut dah nie. Oi, oi, rahat jap.” Afizhi yang dari tadi mengeluh terus sahaja duduk di atas tangga trek. Rakan –rakan yang lain rupa-rupanya telah jauh ketinggalan melepak selamba tidak bergerak.
” Cis, aku ingat korang belakang aku. Hampeh.” Bersuara lagi.
Sepanjang perjalanan ke Bukit Teresek, hanya keluhan dan rungutan sahaja yang keluar daripada mulut kami. Tetapi dengan berbekalkan semangat islam –Melayu, dan kebanyakkan kami adalah cucu-cicit keturunan Hang Jebat ,maka kami teruskan juga. Cewah, poyo pulak. Secara serius, amat meletihkan.

Walau bagaimanapun apabila kami sampai sahaja di atas Bukit Terisek, hanya kalimah Allahu Akbar yang dapat kami lontarkan. (more…)