Kebersamaan kita di jalan ini adalah kerana wujudnya kasih sayang dan cinta Allah dalam hati-hati kita. Mahal dan istimewanya kebersamaan kita pernah dituturkan oleh Saidina Umar Al-Khattab radhiyallahu anhu dalam kata-katanya: “Tidak ada nikmat Allah yang lebih baik bagi seseorang setelah ia masuk Islam melainkan nikmat memiliki saudara yang soleh.” Sahabat Rasulullah yang terkenal ketegasannya dalam membela kebenaran itu kemudian menyambung, “Jika di antara kalian ada yang merasa senang dengan saudaranya yang lain, hendaklah ia pegang saudaranya itu dengan kuat.” Kerana itu saudaraku, janganlah kita berjauhan daripada orang-orang soleh dan kuatkanlah tekad untuk tetap teguh bersama-sama di jalan ini. (more…)
Kami adalah dua sahabat yang saling mengenali sejak lapan tahun yang lepas. Bersama membesar ketika di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas dan meneruskan pengenalan sehingga ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Penulisan kami adalah hak bersuara kami dan bermatlamatkan kesedaran semata. Bagi yang lebih mahu memahami Islam , telah kami pautkan ke laman yang lebih layak. Kami berikan kesedaran, kemudian tugas anda untuk mengisi kesedaran seterusnya.
Cantik bunga kerana warnanya, cantik manusia kerana akhlaknya.-Belia Islam