Ya Tuhan
Pejuangan yang panjang ini
Menitipkan seribu pengalaman
Ada pejuang yang KAU kekalkan
Lalu mereka mara membawa panji
Sehingga terbit kemenangan
Ya Tuhan
Perjuangan yang panjang ini
Mengimbau detik kematangan
Ada pejuang yang KAU tinggalkan
Kerana ENGKAU tahu kemampuan mereka
Lalu mereka berlalu sekadar menyokong belaka
Ya Tuhan
Perjuangan yang panjang ini
Meniti bibit kesedihan
Ada pejuang yang KAU sayang
Lalu ENGKAU ambil mereka daripada kami
Dan mereka pergi kepadaMu
Dengan senyum ria bersama syahid
Ya Tuhan
Ku mohon padaMu
Ampunkan dosaku dan mereka
Berikan kemenangan pada kami
Atau ijazahkan kami syahid dalam redhaMU
Untukmu pejuang
Al-Fatihah Buat Mereka Semua
KAHERAH, 11 JUN. – Seorang maut sementara 4 yang lain cedera dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan 5 pelajar Malaysia di sini. Kemalangan tersebut berlaku ketika mereka dalm perjalanan pulang dari Ain Sokhna untuk meninjau tempat sempena program lawatan pelajar perubatan yang dirancang diadakan 28 Jun ini.
Menurut sumber, kenderaan yang dipandu salah seorang pelajar tersebut hilang kawalan ketika cuba memotong sebuah lori sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan.
Mangsa yang meninggal dunia, Allahyarham Muhammad Ammar b Zulkifli merupakan pelajar tahun 3 jurusan perubatan Universiti Kaherah. Sehingga berita ini ditulis, kedua-dua mangsa yang parah, saudara Abdul Rahman bin Ramdzan dan saudara Akram bin Abdul Kadir, kedua-duanya pelajar tahun 3 jurusan perubatan Universiti Kaherah masih ditahan di wad ICU. Saudara Abdul Rahman dilaporkan telah sedarkan diri sementara Saudara Akram masih koma dan dijangka akan menjalani pembedahan pada malam ini waktu tempatan kerana mengalami pendarahan dan pembengkakan dalam otak (brain edema).
2 lagi mangsa, Mohd Saif bin Jamaludin, pelajar tahun 2 jurusan perubatan Universiti Kaherah dan Mohd Fitri bin Tokiran palajar tahun 3 jurusan perubatan Universiti Kaherah masing-maing hanya mengalami cedera ringan. Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Suez Al-Am sebelum mangsa yang parah dihantar ke Hospital Kasr El-Ainy kerana kekurangan kemudahan.
Jenazah Ammar tiba di Hospital Zahra’ Abbasiah pagi tadi untuk diuruskan sebelum solat jenazah disempurnakan di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK) selepas solat Zohor. Allahyarham dijangka akan dihantar pulang ke Malaysia esok pagi. Mereka yang mempunyai sebarang hutang piutang diharapkan dapat menuntut daripada waris Allahyarham dan dihalalkan segala salah dan silap.
Ikatan Muslimin Malaysia Mesir merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan kenalan Allahyarham Muhammad Ammar bin Zulkifli juga kepada semua mangsa yang terlibat.

Kami adalah dua sahabat yang saling mengenali sejak lapan tahun yang lepas. Bersama membesar ketika di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas dan meneruskan pengenalan sehingga ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Penulisan kami adalah hak bersuara kami dan bermatlamatkan kesedaran semata. Bagi yang lebih mahu memahami Islam , telah kami pautkan ke laman yang lebih layak. Kami berikan kesedaran, kemudian tugas anda untuk mengisi kesedaran seterusnya.
Cantik bunga kerana warnanya, cantik manusia kerana akhlaknya.-Belia Islam

Salam akhi..
Memang yang terlibat semuanya ikhwah. 4 ikhwah kita, dan seorang yang meninggal dunia ikhwah ‘lain’.
Mereka dalam perjalanan pulang dari sana, petang hampir2 maghrib.. dan berlaku kemalangan.
Dikhabarkan, kereta mereka terbalik2 selepas terlanggar penghadang jalan.
Memang sedih, ana rapat dengan mereka semua. Akhi saif, alhamdulillah selamat. Dialah yang memandu kereta untuk perjalanan tu. Tapi, x bermaksud nak menyalahkan sesiapa, takdir allah sudah berlaku, tiada siapa dapat menghalangnya.
Seluruh student d sini merasakan sayu, khususnya ikhwah medic kerana kami memang rapat antara satu dengan yang lain.
Kalau nta nak borak lagi, add ym ana; mushahid89
Comment by Hazim Azhar — June 13, 2009 @ 12:41 am |
al fatihah…untungnya buat mereka yang dipanggil Allah dalam keadaan yang memperjuangkan dan menegakkan agamaNYA…ketika mendengar berita ini di Buletin 1:30 TV3, saya rasa terpaku disebabkan kagum dengan kuasa Allah yang memanggil saudara Ammar pulang dalam keadaan khusnul khatimah…moga2 saya dan yang lain, yang turut sama-sama berjuang di jalan ini, dimatikan di dalam keadaan syahid yang Allah redhai… amin
Comment by nurh — June 21, 2009 @ 7:13 pm |
allahyarham mempunyai blog dan blog nya kini dikendalikan oleh ibunya…ni laman blog beliau(http://kalam-puncak.blogspot.com/)…
Comment by pacemaker — August 25, 2009 @ 12:00 am |