Kelahiran nabi itu dikenang, bukan seperti dikenang lahirnya kita.
Kelahiran nabi itu dikenang, bukan dengan laungan moga panjang usia.
Kelahiran nabi itu dikenang, bukan dengan dunia dan harta.
Kelahiran nabi itu dikenang, bukan dengan meniup lilin berwarna.
Namun ia dikenang, kerana kita sering LUPA.
Sering LUPA dan LEKA tentang dunia kita.
Sering ALPA akan peranan kita.
Dan pabila kelahiran nabi itu dikenang,
Barulah kita tersedar dari durjana,
Tersedar bahawa nabi itu dikenang kerana dia insan mulia,
Nabi itu dikenang, kerana menyedarkan kita tentang TAQWA.


Kami adalah dua sahabat yang saling mengenali sejak lapan tahun yang lepas. Bersama membesar ketika di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas dan meneruskan pengenalan sehingga ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Penulisan kami adalah hak bersuara kami dan bermatlamatkan kesedaran semata. Bagi yang lebih mahu memahami Islam , telah kami pautkan ke laman yang lebih layak. Kami berikan kesedaran, kemudian tugas anda untuk mengisi kesedaran seterusnya.
Cantik bunga kerana warnanya, cantik manusia kerana akhlaknya.-Belia Islam

Minta izin nak pautkan blog ini kat blog ana eh….
Comment by sufi_belayar — March 11, 2009 @ 11:31 am |
silakan..
Comment by perjalananjauh — March 11, 2009 @ 5:59 pm |