perjalananjauh

November 29, 2008

Masyarakat Tin Kosong

Filed under: Fikrah — perjalananjauh @ 6:57 pm

Belia adalah aset negara yang amat berharga, itulah ayat yang dipersetujui oleh semua orang.

” Belia tunjang negara.” Sering kali slogan ini dilaungkan, tidak kira di kampung, pekan mahupun bandar.

Biasanya laungan akan diiringi dengan semangat yang membara.

” Belia benci dadah” Pernah juga dulu belia sama-sama bertempik laungan ini bersama penyanyi terkenal, Mawi. Saya tidak kata salah, tetapi baguslah.

Namun, apabila berlakunya sesuatu masalah tentang belia kini, semua pihak akan saling menuding jari kearah yang lain.

Tidak kira kerajaan, mulai daripada Perdana Menteri sehinggalah tukang sapu yang bekerja di Kementerian Belia dan Sukan pun menjadi mangsa tuduhan.

” Tak pandai buat kerja” Kata mereka-mereka yang mengkritik.

Pernah juga dituduhnya jawatankuasa agama tidak pandai, kurang bijak dan juga hanya makan gaji. Tuduhan –tuduhan ini akan berterusan menjadi isu di akhbar-akhbar sehinggalah masyarakat penat untuk berkata. Kemudiaan akan datang pula masalah lain, dan perkara bersama akan berulang. Apa yang berulang? Tuduh menuduh siapa yang bersalah. (more…)

November 27, 2008

Cemerlangkan Jiwa

Filed under: Uncategorized — perjalananjauh @ 8:53 pm

  1. Orang rajin sentiasa cemerlang, orang malas sentiasa kecundang
  2. Orang cemerlang selalunya berhasil, orang kecundang selalunya beralasan
  3. Pembangunan diri itu mengandungi tiga peringkat ; 1. Iman 2. Ikhlas 3. Kesempurnaan
  4. Dakwah itu adalah Hadmun wa bina’un (menghancurkan jahiliyyah dan membangunkan modal insan).
  5. Setiap kejayaan dari usaha yang cemerlang dan kegagalan dari sifat yang malas dan ingkar.
  6. Adakah kita tahu APA yang kita cari dan adakah kita tahu SIAPA diri kita.
  7. Kita perlu berfikir dari mana asal kita, mengapa kita dijadikan dan kemana kita selepas dijadikan dan berakhirnya kejadian
  8. Adakah kita sedar kejayaan kita sentiasa dinantikan oleh orang yang tersayang.
  9. Setiap kali malam menjelang, percayalah akan ada seseorang yang mendoakan kita sebelum mereka tidur.
  10. Orang yang tidak mahu berfikir adalah orang yang berpenyakit jiwa. Jika tidak dirawat akan menjangkitkan penyakit malasnya kepada orang yang berhampiran dengannya.

November 14, 2008

Kenapa Palestin?

Filed under: Fikrah — perjalananjauh @ 2:58 pm

Jenayah kejam rejim Yahudi Zionis di Palestin dan di kawasan-kawasan sekitarnya bukanlah sesuatu yang baru di dalam sejarah peradaban dunia moden. Beberapa dekad pasca Deklarasi Balfour 1917 menyaksikan penghijrahan Yahudi Eropah dan Rusia secara pukal ke bumi istimewa ini yang kemudiannya diikuti oleh penjajahan yang sistematik sehingga hilanglah nama Palestin dari peta dunia moden. Peliknya, dunia antarabangsa terus menjadi saksi bisu terhadap rentetan kekejaman bangsa yang sungguh biadap lagi sombong ini.Tragedi Deir Yassin, Nakbah 1948, Naksah 1967, Sabra Shatila 1982, Khalil, Jenin, Gaza dan ratusan lagi siri keganasan rejim Zionis Israel ini bukanlah satu yang rahsia lagi. Masyarakat antarabangsa dan umat Islam hanya mampu menonton, mengutuk atau sekadar bersimpati dengan nasib malang rakyat Palestin. Selagi kuasa besar dunia menjadi boneka yang bersekongkol dengan Pertubuhan Zionis Sedunia, maka selagi itulah siri jenayah ini akan terus bermaharajalela.
Namun begitu masih ramai di kalangan umat Islam di seluruh dunia samada di negara-negara Arab atau di negara-negara Islam lainnya termasuk negara kita sendiri masih begitu naif terhadap permasalahan Palestin yang merupakan isu terbesar umat di abad ini. (more…)

November 12, 2008

Rehlah PEMBINA DHL

Filed under: Rehlah — perjalananjauh @ 3:41 pm

Bangi, 8 November- Rehlah PEMBINA bersama belia Hulu Langat telah berlangsung dengan meriahnya di Sungai Pisang, Gombak. Peserta seramai lapan orang telah diiringi oleh Saudara Majid B. Jantan dan telah ditemani oleh Saudara Ihsan dan Aiman dari UIAM Gombak. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dan yang telah memberikan sumbangan.

Peserta perlu meredah hutan selama 40minit untuk tiba di kawasan air terjun

Sungguh indah ciptaan tuhan


Terima kasih kepada saudara Aiman, Abang Majid dan keluarga serta tidak dilupakan saudara Ihsan

-Afizhi B. Atan-

November 7, 2008

Barack Obama

Filed under: Uncategorized — perjalananjauh @ 6:40 am

Betapa beliau telah menang.

Siapa pun beliau, tetap juga menyokong Yahudi untuk meraih undi dan sokongan.

Mereka tetap dengan perancangan mereka.

Apakah pula perancangan kita?

November 3, 2008

Keinsafan

Filed under: Al-kisah — perjalananjauh @ 6:20 pm

Iman : Assalamualaikum bos..

Diri : Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Lama tak nampak
awak. Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi..

Diri : Laa.. Kenapa pulak awak cakap camtu? Pentadbiran diri saya
berterabur sekarang bila jabatan awak takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil.
VCD,SMS,TV.. Jadi kami rasa terpinggir..

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji
mereka. Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa
gaji,tapi banyak gak duit saya habis…Entah ar… (more…)

Blog at WordPress.com.