Kami memohon maaf atas segala kekasaran dan kesilapan sepanjang mengendalikan blog ini.
Maaf juga kerana sering terlewat untuk up-date.
Almaklum sahajalah, puasa telah berlalu, raya telah terlepas namun peperiksaan menanti kami.
Kami akan cuba mengekalkan momentum yang ada , doakan bertambah laju. Amin.

Kami adalah dua sahabat yang saling mengenali sejak lapan tahun yang lepas. Bersama membesar ketika di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas dan meneruskan pengenalan sehingga ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Penulisan kami adalah hak bersuara kami dan bermatlamatkan kesedaran semata. Bagi yang lebih mahu memahami Islam , telah kami pautkan ke laman yang lebih layak. Kami berikan kesedaran, kemudian tugas anda untuk mengisi kesedaran seterusnya.
Cantik bunga kerana warnanya, cantik manusia kerana akhlaknya.-Belia Islam
