perjalananjauh

August 30, 2008

Susahnya bertudung

Filed under: Hawa — perjalananjauh @ 12:23 am

Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Agak sukar untuk kami bicarakan, kerana kami adalah lelaki.

Kurang sangat pengetahuan tentang wanita, apatah lagi untuk menegur wanita dan kaum hawa sekalian.

Akan tetapi kami ingin berkongsi sedikit ilmu dan cerita barangkali, boleh dihujahkan, dibantah malah diperbetulkan kalau tersalah. Usah dimaki hamun sudah.

Kami mendapat e-mail daripada rakan yang meminta pendapat. Tulisannya begini.

‘pe pendapat ko klo orang kte ‘wat pe pki tudung klo hati x ikhlas’ n ‘yg pi tudung bukanya bek pon’

Huhu, ayat terakhir itu, kami amat tak suka. Namun tidak mengapa, kami cuba untuk menjawab. Yang lain, bolehlah memberi pandangan.

Setelah sedikit perbincangan dengan rakan lain, kami suka untuk merujuk sebuar artikel, dan pengolahan mungkin akan mengikut gaya kami. Artikel ini bertajuk ‘ 10 Sebab Paling Top Wanita Muslim tidak Suka Berhijab’ oleh Dr. Huwaydaa Ismaeel. Kami ambil sedikit sahaja. (more…)

August 29, 2008

Karya Bumi Hijau

Filed under: Uncategorized — perjalananjauh @ 3:04 am

Berlari laju si burung puyuh,

Lari berhujan masuk ke reban,

Kami blogger perjalananjauh,

Mengucapkan ahlan ya ramadhan

    

Terbang rendah si burung pipit,

Bersama dengan si ayam katik,

Mula atuk akhirnya cicit,

Biarlah semuanya berakhlak cantik.

 

Anggun mekar bunga melati,

Melati tumbuh di tepi kolam,

Kuatkan iman di dalam hati,

Kukuhkan ukhwah di dalam Islam.

 

Bangau oh bangau,

Duduk tepi pantai,

Jangan asik angau,

Islam sedang dibantai.

 

Langit biru berawan sarat,

Mentari terbit cantik berseri,

Buat baik tidaklah berat,

Kalau ikhlas di dalam hati.

Perjalananjauh..

 

August 25, 2008

Ramadhan Kareem!!

Filed under: Al-kisah — perjalananjauh @ 5:48 pm

” Riuh rendah je, ada program apa tu? ” Soalan daripada Wahab kepada Hasbudie sebaik sahaja tiba di cafeteria Kolej Serumpun, UPM.

” Alah, kan dah hampir merdeka. Tengah sambut merdeka la tu. Malam Di ambang kemerdekaan” Hasbudie menjawab.

Wahab yang tinggal di luar kolej, seakan terpegun.

” Betul ke? Kenapa ada menyangi-nyanyi, band pelbagai? Merdeka bila?” Wahab bertanya.

” Apa la bengap sangat, slow lah kau ni. Merdeka Ahad ni, 31 Ogos 2008. Mestilah band. Barulah gempak, teriakan kemerdekaan.” Hasbudie menjawab,sedikit menjerit semangat, tangan yang digenggam diangkat.

” Lampi betul. Lambat pick up.” Hasbudie mengejek.

” Oh ye ke. Erm hari lepas tu hari apa?” Wahab bertanya Hasbudie.

” Subhanallah, apalah slow sangat kau ni. Lepas tu hari isnin la. Kita kuliah pukul 10 pagi. Jangan lupa pulak.” Hasbudie mengejek lagi.

” Maknanya kau la yang lampi. Isnin tu kan 1 Ramadhan. Puasa.” Wahab menjawab selamba. Mata ditenung kepada Hasbudie.

” Eh, haah la. Puasa. Macamane aku boleh lupa?” Hasbudie bersuara.

” Mana tak lupa, asik menjerit-jerit, teriakan kemerdekaan la konon. Bersiap sedia sangat nak sambut merdeka, rancang nak berpesta je kerjanya, nak keluar malam merdeka,nak konvoi ramai-ramai. Bawak couple pergi sambut merdeka. Tu je yang diingat eh, mana tak lupa.” Wahab menghamburkan kata-kata pedih, Hasbudie tertunduk malu.

Realiti, realiti, realiti. (more…)

August 10, 2008

Ana Muslim

Filed under: Al-kisah — perjalananjauh @ 5:01 pm

Episod 6

Ketukan Ah Meng semakin keras. Makin laju, bertambah kuat.

Tombol pintu kelihatan berpusing namun perlahan. Ah Meng bersedia, dia tetap nekad. Dia mahu buktikan, manusia bernama Ah Meng tidak mudah dipermainkan. Sebaik sahaja daun pintu kelihatan renggang, dengan pantas Ah Meng menendang sekuat hatinya.

‘Degangggg’ Hentakan kuat pada dinding membingitkan, bising amat. Ah Meng meluru masuk, kayu besbol di tangan digenggam erat. Lantas kayu itu mula mencari mangsa, dan yang paling pasti kayu itu ingin dihadiahkan khas buat Hakimi. (more…)

August 9, 2008

Perkhemahan Belia DHL

Filed under: Pengumuman — perjalananjauh @ 11:32 am

Assalamuailaikum

Satu perkhemahan akan dianjurkan oleh PEMBINA daerah Hulu Langat di Nur Lembah Pangsun. Banyak aktiviti menarik akan dimasukkan sepanjang program.

Aktiviti –aktiviti hanya sesuai pada mereka yang:

  1. Sukakan cabaran.
  2. Seorang lelaki tulen yang berani dicabar
  3. Tahan lasak dan sanggup menghadapi risiko.
  4. Aktif tidak pasif atau suka berdiam diri.
  5. Sukakan kerja berpasukan, bukan sorang-sorang.
  6. Berani menyahut seruan Allah.
  7. Boleh berqiyamullail dalam keadaan penat( Layak untuk yang ingin berlatih)

Bagi sesiapa yang berminat terutama belia Hulu Langat, boleh hubungi kami.

Kami mencabar belia berani seperti anda.

Blog at WordPress.com.