perjalananjauh

July 30, 2008

Meraih Ukhuwah, Menuntut Amal, Melakar Sejarah

Filed under: Mukhayyam — perjalananjauh @ 8:10 am



From :Akh-Husain.blogspot.com

Meraih ukhuwwah, menuntut amal, melakar sejarah

Mekah, Madinah, UK, Jepun, US, Mesir, dan Malaysia bersatu, Engineer, Akauntan, Officer, Ustaz, Doktor, dan Student bertemu lagi, meraih ukhuwwah yang jauh dan dekat, menuntut amal yang bersungguh-sungguh dan istiqamah, melakar sejarah baru dan berkekalan, di dalam Mukhayyam Pembina Nasional 2008. (more…)

July 29, 2008

Mengharap Kasih

Filed under: Al-kisah — perjalananjauh @ 1:33 am

Kelas Pemakanan Haiwan tamat lebih awal, lantas memberi ruang buat siswa- siswi ke cafeteria berhampiran untuk melepaskan lelah. Tuan Haji Ismail Idris laju sahaja meninggalkan Bilik Syarahan Sains Haiwan, melangkah tanpa toleh.

Ada dua tiga orang siswa sibuk kehadapan untuk membuat salinan nota yang tersimpan di dalam komputer bilik syarahan.

Memang sengaja Tuan Haji Idris simpankan, bagi memudahkan pelajarnya.

Suasana Jabatan Sains Haiwan agak kosong, hanya beberapa pelajar luar negara lalu lalang. Meja yang tersedia tidak terisi. Memang biasalah, pukul 12 tengahari memang selalunya begini.

Lantas Kadir mengambil keputusan untuk mentelaah kembali kuliah pemakanan sebentar tadi. Kadir labuhkan punggung di kerusi kayu, lalu Kadir keluarkan nota yang sempat disalin.

” Hai Kadir..” Suara Madihah menegur Kadir , bersama dengannya Zainul menjinjing beg laptop.

” Assalamualaikum..” Kadir menjawab sambil tersenyum.

” Alaikumsalam, perli ke?” Madihah menjawab laju, terasa mungkin.

Zainul yang bersama dengannya terus sahaja duduk dihadapan Kadir , membuka laptopnya dan terus leka menaip sesuatu. (more…)

July 21, 2008

Kami buktikan

Filed under: Uncategorized — perjalananjauh @ 11:32 pm

Minta maaf kerana sedikit perlahan dalam penulisan blog bulan ini. Kami menghadapi sedikit perubahan masa . Biasalah, dulu kami bercuti sakan. Kini tidak lagi. Ingin kami coretkan beberapa program yang kami ikuti sepanjang cuti semester lepas.

Kami tunjukkan dan buktikan bahawa kami bukan sekadar berkata kosong dalam memberi peringatan. Untuk pengunjung baru, bolehlah membaca dahulu artikel Cuti atau cuti- cuti. Untuk peminat Ana Muslim, nantikan episode seterusmya dengan sabar.

Program sepanjang cuti :

Kembara Muslim ke Taman Negara Pahang.

Pendakian ke Gunung Angsi.

Latihan ‘ Sambutan Pelajar Baharu’ di Masjid Munawwarah.

Fasilitator Bond Of Ukhwah, Kolej Mara Banting.

Fasilitator Kem Remaja Muslim, PD.

Seminar Muntalaq.

Rehlah sehari bersama K-PAN.

Mengikuti Kelas Sijil Syariah Masjid UNITEN.

Kelas Tafaqquh Fid Din , Surau Al –Amirin.

Bekerja sebagai guru.

Kami takut untuk menjadi orang yang berkata –kata namun tidak melaksanakan.

Allah berfirman ” Wahai orang-orang yang beriman, mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Sangatlah dibenci Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.”

Kami telah buktikan, anda pula bagaimana?

July 8, 2008

Teka-teki Imam Al-Ghazali

Filed under: Fikrah — perjalananjauh @ 12:40 pm


Soalan pertama

Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1 : Orang tua

Murid 2 : Guru

Murid 3 : Teman

Murid 4 : Kaum kerabat (more…)

July 4, 2008

Pesanan Imam Ghazali

Filed under: Fikrah — perjalananjauh @ 11:10 pm

Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takabbur yang ada dalam diri manusia, iaitu :

1. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.

2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.

3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.

4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka berbuat dosa kerana kejahiln sedangkn kita dosa dalam keadaan mngetahuinya.

5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupn kita.

6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya

July 2, 2008

Ana Muslim

Filed under: Al-kisah — perjalananjauh @ 11:33 pm

Episod 5

Tok, tok , tok.

Kedengaran suara ketukan agak keras di tingkat 3 Blok A3, apartment Amanah. Dari tadi Ah Meng mengetuk –ngetuk pintu bilik tersebut. Puas ditanya orang, baru kali inilah diketemui bilik Ustaz Mad.

” Halo, halo, Mad.” Ah Meng bersuara. Dilaung-laung beberapa kali dengan harapan ada yang membuka. Hati Ah Meng jadi geram, gusar, takut, keliru dan bercampu-baur. Dia resah setelah mendengar cerita daripada Wei Han sebentar tadi. Dia asik tertanya-tanya dirinya. Apakah dia adalah mangsa? Mangsa kepada Hakimi untuk dijadikan Taliban? Pengganas?

” Argh, mana ni..? ” Ah Meng merungut. Ketukan dikuatkan lagi. (more…)

Blog at WordPress.com.