perjalananjauh

June 17, 2008

Puisi Untuk Wanita

Filed under: Hawa — perjalananjauh @ 7:06 am

Forward by Hanif Palestin

Tolong sebar2kan kepada insan2 yang bergelar wanita terutamanya ibu,kakak dan adik perempuan kita sendiri. Juga puisi ini ditujukan kepada semua wanita muslim yang mampu memahami bahasa Melayu:). Hayati dan amali puisi ini..krn hadis Nabi s.a.w.- Sesungguhnya dunia itu merupakan keseronokan, dan tiadalah keseronokan di dunia ini melainkan dengan wujudnya wanita solehah. Yang lelaki pun kena jadi lelaki yang soleh. Baru la dapat wanita solehah juga. Jom Bina Diri Kita!!!

Wanita Solehah

Wanita Solehah…

Wanita solehah itu aurat dijaga,

Pergaulan dipagari,

Sifat malu pengikat diri,

Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,

tidak terletak pada kecantikan wajahnya,

Kemanisan wanita solehah,

tidak terletak pada kemanjaannya,

Daya penarik wanita solehah itu,

Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,

Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk

rayu,

Bukan dan tidak sama sekali.

Kepetahan wanita solehah,

Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,

Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak

permata yang menyeri alam,

Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam

ilmu serta pandai dari segala aspek ,

Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,

Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,

Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,

Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,

Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,

Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,

Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,

Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.

Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,

Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita

hanya kerana kecantikannya ,

Bersyukurlah diatas apa yang ada,

Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

7 Comments »

  1. salam..
    thanx 4 this nice poem..
    termuhasabah dri ni..
    btw,aku grab ltak kat blog aku..
    sory,copy dlu bru cakap..
    xpela,bnde elok,elok sebarkan kan..
    hehe..
    lagi satu,aku balik julai ni,so,kalau korang nak pesan ape2 yg ade kat egypt ni,aku bley tlong carikkan..

    Kata-kata Musthafa Luthfi al-Manfaluthi:” Aku cukup kagum dengan seorang pemuda kerana keberanian dan ketokohannya. aku cukup kagum dengan seorang pemudi kerana adab dan sifat malunya. Sebab keberanian adalah pelengkap akhlak dan sifat utama pemuda. Sedangkan malu adalah kecantikan pemudi yang paling utama…”

    walllahualam~~

    Comment by ieka.. — June 26, 2008 @ 4:18 pm | Reply

  2. jamil jiddan..
    ni buat sdiri ke copy paste?ehe..
    insyaAllah..sedang mengislah diri..

    Comment by nazira alis — July 8, 2008 @ 9:41 am | Reply

  3. aslm…
    lama x jmpa..
    puisi diatas mmg sdap..he..he..
    sape yg reka??

    Comment by umar@space — December 12, 2008 @ 4:39 pm | Reply

  4. i love this one!

    Comment by Future Murabbi — January 8, 2010 @ 12:00 pm | Reply

  5. afwan…copy paste tuk muhasabbah diri ya ukhti makasih^^

    Comment by opi — March 4, 2010 @ 9:46 pm | Reply

  6. maff kalo aku tidak bisa mang jaga sepirti dulu lg …………. karena aq hana bisa ber terrimah kasih untuk mu sayang ……………….,, selamat jalansayang aku semoga kkm tapat jodoh baru

    Comment by bagas — August 17, 2012 @ 5:49 pm | Reply

  7. I delight in, lead to I discovered just what I used to be having
    a look for. You have ended my four day long hunt! God Bless you man. Have a nice day.
    Bye

    Comment by Wanita Cantik — May 22, 2014 @ 9:51 am | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

The Rubric Theme. Blog at WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: