perjalananjauh

June 25, 2008

Tangisan Si Kambing

Filed under: Al-kisah — perjalananjauh @ 2:44 pm

” Sob, sob, sob.” Si kambing menangis sepanjang perjalanannya. Hari ini, seharian dia berjalan, dan seharian itulah dia menangis.

Si kambing adalah dari baka tempatan, Katjang. Lebih popular dipanggil Kacang sahaja.

Entah macamana hari ini, kaki kambing laju pula melangkah ke Bandar Seremban. Seawal pagi dia keluar dari kandangnya, terus sahaja kakinya melangkah.

Melalui tepi-tepi jalan menuju ke Ulu Bendul.

Mula-mula si kambing rasa seronok. ” Uh, bahagianya.”

Girang bukan main.

Suka habis-habisan.

” Huhu, inilah namanya enjoy, inilah kehidupan.” Kambing bermonolog sendiri tatkala badan disapa angin yang hadir tika kereta laju memecut dijalan raya, betul-betul disebelah laluannya.

” Sampai di Ulu Bendul, bolehlah aku basah-basah badan sikit” Angan si kambing.

” Siapa kata aku takut air?Alahai, aku baka Malaysia. Kuat.” Kambing sempat berbangga sendirian. Memang terbukti, kambing spesis sepertinya amat tahan, lasak serta kuat. Memang ramai penternak yang berminat. (more…)

June 23, 2008

Ana Muslim

Filed under: Al-kisah — perjalananjauh @ 8:43 am

Episod 4

” Hoi Boy, kenape you pakai boxer saje ma..you tatak malu ka same gua?” Ah Meng mengeraskan suara.

” You tatak tau itu aurat ka? You patut jadi muslim tau.” Sekali lagi membentak Boy.

” Apa kau cakap Meng? Eh, sejak bila pula kau pandai tegur-tegur aku ni? Siap marah –marah pula.” Boy membalas.

Suasana di bilik mereka seakan tegang. Boy baru sahaja bangun daripada tidurnya. Baru sahaja hendak pergi ke bilik air, tidak sempat pun nak menutup keseluruhan tubuhnya. Diselak selimut, terus bangun. Namun Ah Meng tiba –tiba menengking ke arahnya.

” You la, tatak tau malu. You patut tutup tau you punya badan, kalau tatak tutup, wa nampak semua benda-benda yang tak patut nampak maa. Mencanak saja, huh geli woo.” Ah Meng jujur, memang dasar lelaki. Bangun sahaja dari tidur pasti melakukan aksi lucah tanpa sedar.

” Suka hati sayalah Meng, nak pakai apa pun. Nak tunjuk apa pun. Inikan hak saya. My freedom.” Boy membara ditegur. ” Mak ayah aku pun tak pernah tegur, tahi sungguh apek ni.” Sempat lagi Boy bermonolog.

” Lantak youlah Boy. You ni, punya akidah yang songsang.” Kata Ah Meng langsung terus berlalu dari bilik. (more…)

June 17, 2008

Kembara Muslim 2

Filed under: Rehlah — perjalananjauh @ 10:58 am

Setelah puas menikmati Canopy Walkway, kami mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke Bukit Terisek. Pada mulanya, kebanyakkan antara kami kurang senang dengan keputusan ini, membuat muka ala-ala sardin gitu. Mana taknya, tinggi tuh nak didaki. Namun apabila diberitahu oleh anggota PERHILITAN bahawa dari Bukit Terisek kami akan dapat melihat view Gunung Tahan maka kami teruskan juga. Selangkah demi selangkah kami menapak naik.

” Masya-Allah, penatnya. Nak pecah perut aku, mahu terkeluar jantung. Kaki ni dah macam nak tercabut –cabut dah nie. Oi, oi, rahat jap.” Afizhi yang dari tadi mengeluh terus sahaja duduk di atas tangga trek. Rakan –rakan yang lain rupa-rupanya telah jauh ketinggalan melepak selamba tidak bergerak.

” Cis, aku ingat korang belakang aku. Hampeh.” Bersuara lagi.

Sepanjang perjalanan ke Bukit Teresek, hanya keluhan dan rungutan sahaja yang keluar daripada mulut kami. Tetapi dengan berbekalkan semangat islam –Melayu, dan kebanyakkan kami adalah cucu-cicit keturunan Hang Jebat ,maka kami teruskan juga. Cewah, poyo pulak. Secara serius, amat meletihkan.

Walau bagaimanapun apabila kami sampai sahaja di atas Bukit Terisek, hanya kalimah Allahu Akbar yang dapat kami lontarkan. (more…)

Puisi Untuk Wanita

Filed under: Hawa — perjalananjauh @ 7:06 am

Forward by Hanif Palestin

Tolong sebar2kan kepada insan2 yang bergelar wanita terutamanya ibu,kakak dan adik perempuan kita sendiri. Juga puisi ini ditujukan kepada semua wanita muslim yang mampu memahami bahasa Melayu:). Hayati dan amali puisi ini..krn hadis Nabi s.a.w.- Sesungguhnya dunia itu merupakan keseronokan, dan tiadalah keseronokan di dunia ini melainkan dengan wujudnya wanita solehah. Yang lelaki pun kena jadi lelaki yang soleh. Baru la dapat wanita solehah juga. Jom Bina Diri Kita!!!

Wanita Solehah

Wanita Solehah…

Wanita solehah itu aurat dijaga,

Pergaulan dipagari,

Sifat malu pengikat diri,

Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu, (more…)

June 16, 2008

Itu dulu –dululah atok

Filed under: Fikrah — perjalananjauh @ 1:35 am

Harap maaf atas kelewatan pengendalian blog ini . Saya dan ahli rumah yang lain baru sahaja berpindah ke Seksyen 9 Bangi, jadi kami memerlukan masa untuk mengemas segala keperluan rumah kami. Maafkan kami sekali lagi. Namun, saya ingin menceritakan kepada rakan-rakan sekalian tentang atok.

Kesemua rakan-rakan pastinya ada atok bukan?

Begitu juga dengan saya. Saya mempunyai seorang atok yang rajin bercerita. Suka mengusik saya dan menyakat saya tatkala bertemu.

Kadangkala, atok adalah tempat saya meluahkan rasa hati saya. Tempat mengadu selepas ibu dan bapa saya. Tempat saya berkasih dan bermanja. Tempat saya menangis dan tersedu-sedu. Atok selalu membawa saya menaiki motosikal kapcainya mengelilingi kampung, dan membawa saya minum- minum di kedai Pak Cik Wahab. Ketika ibu menemani bapa saya yang terlantar di hospital, atok adalah orang yang menjaga saya, memasak untuk saya malah mengemas rumah tatkala saya dan adik-adik menyepahkannya.

Bukan pujian pada atok yang saya ingin war-warkan, tapi cerita atok yang pernah saya dengar. Kawan-kawan tidak perlu muak, atok kawan-kawan lebih baik daripada atok saya.

Hari itu seperti biasa atok berbaring di atas kerusi malas bewarna birunya yang terletak di bawah rumah. Atok memang suka berbaring di luar kerana udara kampung yang lebih nyaman dan menyejukkan. Bagi atok, hidup tanpa bunyi ayam dan angsa adalah pelik dan membosankan. “Bunyi itu adalah nikmat tuhan.” Kata atok.

Saya yang melihat atok seakan- akan tertidur, dengan senyap bergerak kebelakang atok. Sedikit demi sedikit saya menapak, badan dibongkokkan sedikit. Bila sudah betul berada dibelakang atok, nafas saya tahan-tahankan.

“Huuuuahh.” Saya jerit kuat –kuat, menyergah.

” Haip, haip. Iyah-yah cit ekau mambang. Mano kau den nak tembak. Dokek ko sini ekau mambang.” Atok bangun bersilat. Tuala kecil yang membalut tubuh atok tanpa baju dilibas-libaskan umpama cindai, kaki dikuda-kudakan tangan kiri bengkok dan jari –jemari digenggam sepenumbuk. Kepala atok lurus menghadap depan, atok melangkah dan tangan kiri menepuk peha. Gaya Panglima Awang dari Ayer Kuning. Setelah penat, atok berhenti. Manakala saya ketawa terbahak –bahak. (more…)

Blog at WordPress.com.