Episod 3

” Masuklah Hakimi.” Pelawa Ah Meng. Terus sahaja dijemputnya Hakimi masuk selepas daun pintu dikuak. Hari ahad yang indah permai ini memang selalu digunakan Ah Meng untuk tidur sepanjang hari. Paling awal pun pukul sepuluh pagi barulah Ah Meng bangun dari tidur. ” Alooo. Biasa maa..” Jawapan yang sering diberikan Ah Meng tatkala ditegur oleh bapanya akan kelakuan buruk tersebut.
Namun pagi ini amat berbeza. Ah Meng tersedar daripada tidur apabila pintu apartmentnya diketuk. Dilihat jam di dinding, baru mencecah angka tujuh. Namun ketukan itu dirasakan seperti satu alunan muzik, mengujakan. Lantas dibongkarnya selimut daripada badan dan terus menuju ke pintu. Apabila dibuka, Hakimi berada di tepi sebelah luar pintu. ” Aiyya, ini jembalang senyum lo. Lu buat muka masam tak la buleh ka?” Pertanyaan itu terdetik di dalam hati Ah Meng.
” Masuklah Hakimi, wa balu bangun ma.” Ah Meng terus jujur mungkin kerana menipu pun tidak berguna. Rambutnya yang kusut dengan berbaju singlet dan berseluar boxer memang sudah menceritakan segalanya. Bau badanya juga agak hamis, nafas pula boleh mematikan cicak di siling rumah. Busuk.
Hakimi senyum dan bersuara. ” Selamat pagi Ah Meng, tak apalah. Saya mengganggu yek? Saya nak ajak awak keluar jogging, tapi awak semacam letih sahaja. Lain kalilah.” Hakimi sedikit mempelawa tetapi beralah dengan situasi. Mata Hakimi tepat memandang muka Ah Meng, senyum lagi. Tidak sedikit pun ada gambaran tidak menyenangkan terpamer. Lalu meruntunkan hati Ah Meng.
” Hoiyo jembalang, lu memang sulah lama mengganggu hidup gua tau. Lu tunggu sikijap ha. Gua mau tukat baju.” Jawab Ah Meng.
Tanpa berlengah, Ah Meng terus mencapai baju t-shirt berkolar bulat, oren warnanya. Seluar track yang masih tersidai di dalam almari disarungkan terus dan akhirnya mengambil minyak rambut berjenama Code 10 yang berbekas biru. Setompok isi Code 10 diambilnya, laju sahaja disapukan pada rambut. Pemalas betul, langsung tidak mandi. (more…)

Sebagai pengenalan, perlu diingatkan bahawa asal sesuatu hukum adalah harus. Namun, ia boleh berubah menjadi haram atau dibolehkan mengikut dalil yang menyokongnya.
Nyanyian adalah diharuskan bagi golongan yang pertengahan(orang yang tidak dikuasai rasa cinta asyik yang mendalam terhadap Allah dan tidak juga dikuasai oleh hawa nafsu yang memuncak). Hal ini kerana, bagi orang yang terlalu asyik dengan Allah, nyanyian adalah baik untuknya manakala bagi orang yang mudah terpengaruh dengan desakan hawa nafsu, nyanyian adalah haram untuknya. (more…)
Episod 2
Malam kian larut. Jam dinding bilik Ah Meng hampir menunjukkan pukul 1.00 pagi. Matanya sudah kerap kali dikelip-kelipkan, ngantuk. Tersengguk-sengguk juga sesekali kepalanya. Laporan arc welding perlu diselesaikan segera. Biasalah, siswa memang selalu menangguhkan kerja, dia pun tergolong dalam kalangan siswa sebegitu. ” Wa siap last minue ma..” Kata-kata yang selalu diungkapkan kepada rakan-rakan sekelas, bangga.
” Arhg, ngantuk lo.” Luah Ah Meng diserta dengan hempasan badannya ke katil meninggalkan meja belajar. Berdetap bunyi katil tersebut dengan henyakan padu dari tubuh Ah Meng. Ditariknya selimut yang berlipat kemas dihujung kaki dan dibalutnya badan seluruh mungkin. ” Esoklah gua sambung” Ah Meng berbisik sendiri.
Dalam pada mata kian terkatup, bayangan Hakimi menjelma. Wah,wah wah. Datang lagi bayang-bayang makhluk ini meganggu hidupnya.Senyuman Hakimi petang tadi masih dikenang, manis dan menggugat. Ada sesuatu yang dia rasa. (more…)
“Apabila solat telah dilaksanakan, bertebaranlah kamu di bumi; carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu beruntung” ( Al-jumuah, 10)
Perjalanan larut malam

Seperti biasa, kami belia Islam mengambil peluang masa cuti ini untuk mengambara melihat segala ciptaan Allah.
Perjalanan kami pada kali ini agak mengambil risiko karana bergerak agak lewat, pukul 1.00 pagi dan pula memandu kereta Honda City yang memuatkan lima orang keseluruhannya.
Pemanduan dilakukan agak laju memandangkan laluan yang kosong dan jiwa muda sahabat kami. Orang muda, biaslah. Mahu cuba-cuba katanya. (more…)

Salah Siapa?
“Dalam kes-kes ini siapa yang bersalah?”, tanya emak kepada saya. Ketika itu, emak sedang khusyuk membaca Berita Harian. Akhir-akhir ini banyak kes pengedaran dadah yang melibatkan kaum Hawa. Mereka menjadi pengedar dadah di luar negara. Namun begitu situasinya amat berbeza dengan kes-kes pengedaran dadah yang berlaku sekitar tahun 90-an.Terfikir juga di benak fikiran saya siapakah yang harus dipersalahkan. (more…)

Assalamualaikum wbt
KEJUTAN
Terkejut saya baru-naru ini apabila membaca Harian Metro tentang ubat ‘racun benih’ yang digunakan untuk membunuh janin di dalam kandungan seorang wanita. dengan hanya menggunakan campuran ubat Gastrik + Darah Tinggi, janin di dalam rahim wanita itu akan dibunuh dalam masa 24 jam setelah wanita tadi mengalami sakit perut yang amat menderitakan.
(more…)