perjalananjauh

April 29, 2008

Ana Muslim

Filed under: Al-kisah — perjalananjauh @ 1:32 am

Suara petang yang tenang di kompleks Amanah, hanya sesekali terdengar suara gelak tawa dari beberapa siswa. Terdapat enam orang siswa sedang bermain takraw, di kawasan tengah blok-blok Amanah.

Keadaan di bilik agak suram, mungkin kerana cuaca yang mendung petang itu.

Sebuah apartment di Blok Amanah mempunyai dua buah bilik, satu tandas, ruang kecil dapur dan sedikit ruang tamu. Semuanya berada dalam kondisi yang amat baik dan mewah. Di dalam sebuah bilik pula hanya menempatkan dua orang siswa dalam satu-satu masa.

Lantai apartment sahaja disaluti dengan marmar mewah bewarna putih, kabinet pula diperbuat daripada kayu yang amat berkualiti tinggi. Mewah. Amat mewah.

” Nak ke mana ye petang ni, boring betul la” Hakimi sedikit mengomel. Daripada tadi dia menghadap komputer. Bak kata orang, dah mahu muntah asyik menghadap komputer.

” Ha, lebih baik aku keluar berjalan-jalan” Terlintas idea itu di benak fikiran Hakimi. Lantas dia terus menyalin pakaiannya.

Hakimi memakai seluar track bewarna hitam, terdapat jalur jingga menegak di sisi kiri dan kanan seluar tersebut. Kemudian hanya menyarung baju bewarna biru membaluti tubuhnya. Ringkas tapi amat sopan.Rambutnya disisir kemas dan dibuat belahan ditengah. Ala kadar sahaja namun mampu menggugah hati yang memandang.

Selepas seketika, dia mencapai kasut lalu memulas tombol pintu dan terus berjalan keluar. (more…)

April 24, 2008

MINGGU PENGHAYATAN ISLAM 2008

Filed under: Pengumuman — perjalananjauh @ 10:39 pm

Pengenalan

InsyaAllah pada 25/4/2008-27/4/2008 (Jumaat-Sabtu), satu program akan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas. Kebiasaannya program ini dikenali sebagai ‘Minggu Penghayatan Islam’ tetapi pada tahun ini pihak penganjur telah mencadangkan satu nama yang baru bagi menampakkan sedikit kelainan iaitu ‘Kursus Insan Rabbani’.

Program ini merupakan antara program wajib pihak BADAR SMKA Pedas pada setiap tahun. Kebiasaanya program ini adalah hasil kerjasama antara pihak BADAR dan Alumni SMKA Pedas. Fokus pesertanya pula adalah pelajar-pelajar Tingakatan 1 yang baru mendaftar pada setiap tahun.

Tema yang dipilih untuk tahun ini ialah ‘Akhlak Mulia, Islam Dicinta’. Bersesuaian dengan tema tersebut, antara objektif yang ingin dicapai dalam program ini ialah:

  1. Memotivasikan peserta dengan sumber motivasi yang agung, Al-Quran dan Assunnah.
  2. Menjana akhlak Islamiah dan nilai-nilai kepimpinan dalam diri peserta.
  3. Membentuk kumpulan peserta yang berukhuwwah Islamiah, saling bantu-membantu sesama rakan dan saling tegur-menegur dalam kesilapan.

Pada tahun ini, pihak Alumni yang terlibat kebanyakannya daripada pelajar-pelajar ‘batch’ SPM 2007 dan sebahagiannya daripada ‘batch’ SPM 2005 & 2006. Program akan bermula pada jam 3 petang hari Jumaat dan berakhir pada jam 12 tengahari hari Ahad.

Harapan

Harapan kami agar program ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai beberapa objektif yang telah digariskan. Semoga usaha kami yang sedikit ini dapat menjadi saham yang akan membantu kehidupan di akhirat kelak. Ameen. Wallahu’alam.

April 23, 2008

Cuti atau cuti-cuti?

Filed under: Fikrah — perjalananjauh @ 3:00 am

Multi-purpose Hall

” Semua pelajar boleh beredar ,sekarang”

Suara ketua pengawas ringkas memberi arahan. (more…)

April 22, 2008

Tol “ AKHIRAT ”

Filed under: Fikrah — perjalananjauh @ 1:49 am

Lebuh raya kita

Kenari gold colour milik Hakim meluncur laju di Lebuh Raya Utara-selatan menuju ke Seremban. Di sebelah kiri masih kelihatan Malaysia-France Institute (MFI )terletak bersebelahan dengan sebuah masjid berbumbung kuning, betul-betul hampir dengan lebuh raya yang kami lalui.

Lebuh raya tiga lorong sehala ini kelihatan agak lengang, yang berderet adalah lori-lori tangki minyak di lorong kiri, beberapa buah kereta Proton Wira dan Perodua Kelisa di lorong tengah, dan kadang kala Proton Waja dan Mercedez Benz memecut laju di lorong paling kanan.


Kehijauan pokok-pokok di kiri kanan amat menyenangkan mata kami, redup di kejauhan pandang, sejuk menyelinap jiwa. Kita masih teguh menjaga fauna.Hati sekadar berbisik. (more…)

April 14, 2008

Nun jauh di sana ada cahaya

Filed under: Fikrah — perjalananjauh @ 2:24 am


Inikah pemuda- pemudi kita?

Pelajar- pelajar perempuan kelihatan berkumpul di satu meja yang diketuai oleh Fazrina, mereka diam seakan-akan terkejut. Kedatangan saya ke meja mereka langsung tidak dipedulikan.

” Ada apa yang beriya sangat nih? Cikgukan suruh buat kerja.” Saya menyergah.

” Cikgu tengok ni.” Ujar mereka. (more…)

April 13, 2008

Iman beku: Fenomena hati kacau

Filed under: Fikrah — perjalananjauh @ 4:01 pm

Biasanya

Kita selalu melihat rakan-rakan kita yang mat kopiah ni ke masjid. Jalan sorang-sorang je, laju menonong, langsung tak pandang kiri kanan. Takut melihat maksiat barang kali.

Hati selalu cuba mendekati kawan-kawan Mat Kopiah ni, ada jugak bertanya masa berjumpa di masjid ” Datang sorang je selalu, mana kawan-kawan yang lain?”


” Alahai diorang tu, mana nak ingat akhirat, asyik leka dengar taghut, biarlah diorang tahu nanti, Allah akan balas dengan azab yang pedih. Tunggulah suatu hari nanti.Kan Allah ada berfirman ‘Dan pada hari itu diperlihatkan naraka jahannam; pada hari itu sedarlah manusia tetapi tidak berguna lagi baginya kesedaran itu( 23:89)‘ Ha tunggulah nanti” Jawab mat kopiah. (more…)

Rehlah hati

Filed under: Rehlah — perjalananjauh @ 12:34 pm

Bila rindu mengundang

Perasaan jauh mengundang rindu. Rindu kami pada sahabat handai, rakan-rakan seperjuangan dan rakan- rakan sepermainan sering membawa kami jauh merentas negeri. Hanya semata ingin kembali mencari sebuah permata hati kami yang kini jauh mengundang rindu di hati.

Bergerak tepat selepas jemaah subuh di surau Al-umm,Jalan Teratai,tanggal 5 April 2008, niat hati kami bermusafir adalah untuk menghantar rakan serumah yang disayangi, Ust. Nazmie ke mantan sekolah beliau iaitu Sekolah Sains Muzaffar Syah, Melaka. Katanya ada urusan bersama pasukan debat sekolah itu. Apabila sampai disana dan menurunkan Ust. Nazmie, kotak pemikiran kami mula ligat memainkan peranan. Mencari sasaran untuk melepaskan kerinduan kepada teman seperjuangan. (more…)

April 11, 2008

Rehlah Ukhuwwah

Filed under: Rehlah — perjalananjauh @ 11:26 am

Hulu Langat, 1 Januari 2008 – Program Rehlah Ukhwah , telah berjaya mengumpulkan ikhwah belia yang terdiri daripada pelajar UniTEN dan UPM.

Program dimulakan seawal 7.00 pagi dengan para peserta berkumpul di rumah ikhwah PEMBINA yang beralamat di Taman Desa Dahlia, Sg. Ramal Dalam. Peserta yang hadir ialah Ihsan, Adli Arif, Abdul Hakim (UniTEN), Afizhi (UPM) dan akh Kamsani sebagai pemandu dan moderator program.

Tujuan rehlah ini adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim diantara ahli dan lebih saling mengenali sahabat yang sentiasa menjadi tulang belakang kehidupan.

Pada mulanya, program ini telah dirancang untuk diadakan di Laguna Biru(Blue Lagoon), Port Dickson, namun atas sebab kesesakan orang ramai, saudara Abdul Hakim telah mencadangkan untuk berpindah lokasi ke Kuala Linggi( KM Chalet). (more…)

Blog at WordPress.com.