perjalananjauh

October 17, 2009

Duduklah Bersama MEREKA

Filed under: tazkiyatun nafs — perjalananjauh @ 9:32 pm

Saudaraku,

Kebersamaan kita di jalan ini adalah kerana wujudnya kasih sayang dan cinta Allah dalam hati-hati kita. Mahal dan istimewanya kebersamaan kita pernah dituturkan oleh Saidina Umar Al-Khattab radhiyallahu anhu dalam kata-katanya: “Tidak ada nikmat Allah yang lebih baik bagi seseorang setelah ia masuk Islam melainkan nikmat memiliki saudara yang soleh.” Sahabat Rasulullah yang terkenal ketegasannya dalam membela kebenaran itu kemudian menyambung, “Jika di antara kalian ada yang merasa senang dengan saudaranya yang lain, hendaklah ia pegang saudaranya itu dengan kuat.” Kerana itu saudaraku, janganlah kita berjauhan daripada orang-orang soleh dan kuatkanlah tekad untuk tetap teguh bersama-sama di jalan ini. (more…)

October 11, 2009

Tiada Tuhan Bagiku Melainkan Allah

Filed under: video — perjalananjauh @ 12:58 am

MAALI RABBUN SIWAH

by: Dai’ Nada  (Me singing)

ما لي رب سواه

Tiada bagiku Tuhan selain Dia

غفار يمحو الذنوب

Tuhan Yang Maha Pengampun dan Penghapus dosa

ما لي رب سواه

Tiada bagiku Tuhan selain Dia

نور يهدى القلوب

Cahaya yang memberi hidayah kepada hati

يا الله عبد كثرت ذنوبي

Ya Allah hamba ini yang banyak berdosa

زادت حولي كروبي

Bertambah-tambah malapetaka di sekelilingku

منك إليك هروبي

Daripadamu dan kepadamulah jalan keluarku

يا الله لا تحرمني نعيما

Ya Allah janganlah haramkanku syurga Naim

لا تتركني سقيما

Jangan tinggalkanku dalam penderitaan

يا منان الرحيم

Wahai Tuhan Yang Maha Mengurnia lagi Maha Mengasihani

يا الله أنت العلى القادر العظيم

Ya Allah Engkaulah Yang Maha Tinggi, Maha Berkuasa dan Maha Agung

يا الله أنت السميع البصير العليم

Ya Allah Engkaulah Yang Maha Mendengar,Maha Melihat dan Maha Mengetahui

ما لي رب سواه

Tiada bagiku Tuhan selain Dia

رب السماء العطوف

Tuhan kerajaan langit, Tuhan Yang Maha Mengasihani

يغفر لمن عصى

Tuhan Yang Mengampuni orang-orang yang berdosa

وهو الحليم الرءوف

Dan Dialah Yang Maha Lembut dan Maha Mempunyai belas kasihan

يا الله رحمن للبرايا

Ya Allah Tuhan yang bersifat Pemurah atas kebaikanku

غفار للخطايا

Tuhan Yang Maha Pengampun kesilapan-kesilapanku

ورجاءي هو هدايا

Dan Dialah tempatku bergantung harap dan Dialah sumber hidayahku

يا الله ارحم ضعفي وحالي

Ya Allah kasihanilah kelemahanku dan keadaanku

فاق الذنب احتمالي

Bertambah dosa yang aku pikul

فاغفرلي يا ذالجلال

Ampunilah aku wahai Tuhan yang Maha Agung

يا الله انت العزيز الغفور الرحيم

Ya Allah Engkaulah Yang Maha Besar, Maha Pengampun dan Maha Mengasihani

يا الله انت القدوس السلام الكريم

Ya Allah Engkaulah Yang Maha Suci, Maha Sejahtera dan Maha Mulia.

Credit to http://www.alternatethunder.com for the lyric and translation.

September 7, 2009

Rehlah Masyi; Putrajaya

Filed under: Fikrah, Rehlah — perjalananjauh @ 11:33 am

akuKalau roboh kota melaka

papan di Jawa kami dirikan

Kalau sungguh bagai dikata

Badan dan nyawa kami serahkan

Kota kegemilangan umat melayu Islam dihancurkan, adakah kita sekadar membisu?

Serahkan jiwa dan raga, perjuangkan bangsa kita.

Ramadhan bulan merdeka.

June 23, 2009

Ujian Datang Di Titik Terlemah

Filed under: Fikrah — perjalananjauh @ 6:52 pm

“Allah ta’ala akan sentiasa menguji antum pada titik terlemah antum. Orang yang lemah dalam masalah harta, namun kuat dalam masalah pangkat dan wanita, tidak diuji dengan wanita dan pangkat. Orang yang sentiasa mudah tersinggung dan pemarah, akan diuji oleh Allah dengan dipertemukan dengan orang-orang yang sentiasa membuatnya tersinggung dan marah. Seseorang yang sentiasa berlambat-lambat dalam dakwah kerana alasan ‘isteri, mertua, tetamu’ akan sentiasa dihadapkan dengan alasan-alasan itu, ‘mertua datang, tetamu datang silih berganti,’ yang akan terus menundanya untuk bersegera menghadiri program dakwah, sampailah dia boleh mengutamakan agenda dakwah dalam kehidupannya” (K.H. Rahmat Abdullah,Episode Cinta Sang Murabbi) (more…)

June 20, 2009

Paintball: Jihad Itu Manis

Filed under: Rehlah — perjalananjauh @ 2:13 pm

pball2

Manisnya Jihad, Jika Ia Kerana Allah,

Manisnya Syahid, Jika Matiku dalam Dakwah. (more…)

June 19, 2009

Kembara Sahabat: Ukhuwah Itu Indah( PinangZOoom)

Filed under: Jaulah — perjalananjauh @ 2:06 am

June 18, 2009

Catatan: Umpama Mentari Siang

Filed under: Fikrah — perjalananjauh @ 12:27 am

budakmoto

Dengan nama Allah, Maha Pengasih dan Penyanyang.

Sembang-sembang di kedai kopi di pagi ahad kadang kala menghasilkan pelbagai cerita dan idea. Idea yang bernas sudah pastinya boleh diambilkira dan dijadikan iktibar serta pedoman. Bak kata pepatah Melayu ‘ Buangkan yang keruh, ambillah yang jernih’.

Sembang-sembang kedai kopi

Kenapa kita tidak sampaikan dakwah kita kepada belia yang ‘degil’, suka buat perangai atau tidak ada gaya orang cerdik? (more…)

June 16, 2009

Paintball- Dakwah itu Seni

Filed under: Rehlah — perjalananjauh @ 12:38 am

painball23

June 12, 2009

Doa Buat Mereka

Filed under: Uncategorized — perjalananjauh @ 1:22 am

Ya Tuhan

Pejuangan yang panjang ini

Menitipkan seribu pengalaman

Ada pejuang yang KAU kekalkan

Lalu mereka mara membawa panji

Sehingga terbit kemenangan

Ya Tuhan

Perjuangan yang panjang ini

Mengimbau detik kematangan

Ada pejuang yang KAU tinggalkan

Kerana ENGKAU tahu kemampuan mereka

Lalu mereka berlalu sekadar menyokong belaka

Ya Tuhan

Perjuangan yang panjang ini

Meniti bibit kesedihan

Ada pejuang yang KAU sayang

Lalu ENGKAU ambil mereka daripada kami

Dan mereka pergi kepadaMu

Dengan senyum ria bersama syahid

Ya Tuhan

Ku mohon padaMu

Ampunkan dosaku dan mereka

Berikan kemenangan pada kami

Atau ijazahkan kami syahid dalam redhaMU

Untukmu pejuang

Al-Fatihah Buat Mereka Semua

KAHERAH, 11 JUN. – Seorang maut sementara 4 yang lain cedera dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan 5 pelajar Malaysia di sini. Kemalangan tersebut berlaku ketika mereka dalm perjalanan pulang dari Ain Sokhna untuk meninjau tempat sempena program lawatan pelajar perubatan yang dirancang diadakan 28 Jun ini.

Menurut sumber, kenderaan yang dipandu salah seorang pelajar tersebut hilang kawalan ketika cuba memotong sebuah lori sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Mangsa yang meninggal dunia, Allahyarham Muhammad Ammar b Zulkifli merupakan pelajar tahun 3 jurusan perubatan Universiti Kaherah. Sehingga berita ini ditulis, kedua-dua mangsa yang parah, saudara Abdul Rahman bin Ramdzan dan saudara Akram bin Abdul Kadir, kedua-duanya pelajar tahun 3 jurusan perubatan Universiti Kaherah masih ditahan di wad ICU. Saudara Abdul Rahman dilaporkan telah sedarkan diri sementara Saudara Akram masih koma dan dijangka akan menjalani pembedahan pada malam ini waktu tempatan kerana mengalami pendarahan dan pembengkakan dalam otak (brain edema).

2 lagi mangsa, Mohd Saif bin Jamaludin, pelajar tahun 2 jurusan perubatan Universiti Kaherah dan Mohd Fitri bin Tokiran palajar tahun 3 jurusan perubatan Universiti Kaherah masing-maing hanya mengalami cedera ringan. Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Suez Al-Am sebelum mangsa yang parah dihantar ke Hospital Kasr El-Ainy kerana kekurangan kemudahan.

Jenazah Ammar tiba di Hospital Zahra’ Abbasiah pagi tadi untuk diuruskan sebelum solat jenazah disempurnakan di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK) selepas solat Zohor. Allahyarham dijangka akan dihantar pulang ke Malaysia esok pagi. Mereka yang mempunyai sebarang hutang piutang diharapkan dapat menuntut daripada waris Allahyarham dan dihalalkan segala salah dan silap.

Ikatan Muslimin Malaysia Mesir merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan kenalan Allahyarham Muhammad Ammar bin Zulkifli juga kepada semua mangsa yang terlibat.

June 10, 2009

PEMBINA Menyerlah

Filed under: Mukhayyam — perjalananjauh @ 10:26 pm

jambori1

Kuala Pilah, 6 JUN- Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) sekali lagi berjaya menghantar kira-kira 20 orang sukarelawan dan ahlinya bagi menjayakan program JAMBORI Remaja Muslim Nasional 2009 yang diadakan di Ulu Bendul ,Kuala Pilah anjuran Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA). Sukarelawan terlibat telah dikerahkan untuk membantu daripada segi pelaksanaan seperti fasilitator dan juga urusetia program.

Jambori yang berlangsung bermula hari sabtu itu disertai oleh hampir 300 orang remaja yang datang daripada seluruh negara. Sukarelawan PEMBINA memainkan peranan yang penting di dalam pelaksanaan program ini kerana terpaksa berhadapan dengan remaja daripada pelbagai latar belakang dan berlainan negeri.

Walaubagaimanapun, Sukarelawan PEMBINA dapat menghadapi situasi yang pelbagai itu dengan penuh kesabaran dan sifat kematangan yang cemerlang. Jambori ini telah berjaya menghimpunkan  sukarelawan PEMBINA daripada beberapa buah negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Kelantan.

jambori3

Ramai remaja yang begitu seronok dan teruja ketika bersama selama empat hari dengan fasilitator PEMBINA, dan jambori2kesedihan untuk berpisah jelas terpampang pada air muka peserta ketika sesi penutupan berlangsung. Salah seorang fasilitator, Amiruddin Husain , 21, mengulas bahawa dia berasa amat senang dengan adik-adik yang begitu besemangat menyertai Jambori kali ini dan dapat berkenalan dengan adik-adik serta ahli sukarelawan PEMBINA daripada negeri yang lain.

Mejar Nazri Musman, 38, Pengarah Program Jambori pula mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada PEMBINA kerana sanggup menghantar barisan sukarelawan yang begitu komited dalam melaksanakan tugas yan diberikan.Ucapan terima kasih itu seringkali diulang-ulang oleh beliau, menunjukkan PEMBINA begitu berjaya mejalankan amanah ini. Kepada sukarelawan dan ahli PEMBINA yang terlibat diucapkan terima kasih. Moga usaha yang sedikit ini akan dikira sebagai satu amalan yang besar oleh Allah Taala. Kepada sesiapa yang berminat menjadi sukarelawan bolehlah menghubungi wakil kawasan dan merasai sendiri keseronokkan bersama PEMBINA.

Tahniah PEMBINA, tahniah semua.

MEMBINA GENERASI BELIA

Next Page »

Blog at WordPress.com.